RASHID KABOD BERITA SABAH

RASHID KABOD BERITA SABAH

MASTER PROF@CIKGU RASHID KABOD
, Master Professional In General Management, Consultancy & Negotiator and Problem Solving(Public Sector, Govt & Private Sector), etc...
Leading to Doctorate Degree : PhD In Professional Communication, PhD In Political Science - Strategy & Implementation, Doctor Of Management, Doctor Of Business Admin, Doctor Of Education
and Doctor Of Laws - International (PR) & Laws(USA).

Qualifications / Skills / Experiences :
Executive Master - MBA (BWI-SCU) London UK, International Professional Fellowship (FIPFM) London UK, Kursus Diploma In Banking (UiTM), Kursus Sarjana Muda Undang - Undang (UM), Dip In Mgmt (DIM-UM),
Dip In Admin (DPA-PIM),
Dip In Edu (DPK-KPM), Cert Of Edu (CED-MPS), Cert Of TESL (JPS), Professional Of English Teaching (MPIK-KL), Professional Of English & Malays Language - College Of International Languages (MPBA-KL), Recognised
Professional In Life Insurance (PCE-LIAM), Recognised Professional In Management (AMIM-MIM), Recognised Professional In Public Relation / Perhubungan Awam (AMPRM-IPRM), Cert Of National Translation Institute (MSIA) / Institut Terjemahan Negara (ITNM), Cert Of Journalist / Wartawan (BERITA SABAH).

PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN PENDUDUK NEGERI SABAH
PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN PENDUDUK DAERAH SEMPORNA
PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN WARIS - WARIS PULAU DENAWAN & KG MENTALITIP SEMPORNA
PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN BAJAU SEMPORNA SABAH

PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI PANGLIMA NUJUM PULAU SIPADAN
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI IMAM HJ KABOD KG MANTALITIP
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI E-LAH DENAWAN SEMPORNA
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI DAYANG MAS & ANAK ANAK MANTALITIP
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI DAYANG LOY & ANAK ANAK SEMPORNA

Blogsite :
www.rashidkabodberitasabah.blogspot.com

Facebook :
Rashid Kabod Berita SABAH
Rashid Kabod Berita SEMPORNA
Rashid Kabod Pembangunan Semporna
Rashid Kabod Sekolah Semporna
Rashid Kabod Politik (Semporna, Sabah, Malaysia)

Nature Of Business :
Services : General References, General Businesses, Advertising & Marketing, Import & Export, Professional In Management, Consultation, Negotiation & Brokerage, etc.....

Organiser :
Master Of Ceremony ( MC ), Speech & Debate, Events, Seminar, Courses, Workshop, Concert, Sport, Games, Cultures & Carnivals, etc.....

Freelance :
Society Activist & Independent & Volunteer People Complaints, Arbitrator, Journalist, Blogger, Political Analyst & Observer, NGO, R & D ( Research & Development) and I & PW - Logistic ( Intelligent & PhsycoWar - Logistic ), etc...

Skills :
MC ( Master Of Ceremony ). Emcee & Deejay,
Declamator & Debator. Facilitator, speech , Mediator, Commentator, Interpreter & Editor, Author & Composer and PRO, Chairperson Of Meeting & Forum, and Permanent Chairperson Of Meeting & Convention, Representative Of Officiate Open Ceremony and Election Campaign & Prime Speech, Forum, Debator and Motion Debator Of Convention etc ...

Recognition : The Best Speaker and Debator Of Competition In Sabah ( Since 1985 ), ProActive In Motion Debator, Dialogue & Discussion, Forum and Seminar ( State, Nation, Asean, BIMP-EAGA & International ), etc...


Charges :
Consultation Fee, Management Cost, Brokerage Commission and Receive ( Other Payments ) etc .....


Sabtu, 11 September 2010

26,880 ADUAN GUNA HANDPHONE KEPADA JPJ

JPJ terima 26,880 rakaman MMS kesalahan trafik


8th September, 2010

KOTA BAHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan menerima 26,880 aduan bergambar melalui Khidmat Pesanan Multimedia (MMS) daripada orang awam yang merakamkan kesalahan trafik dari Januari hingga Ogos lepas.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan, berkata daripada jumlah aduan itu, 16,349 sudah selesai, 4,659 kes disenarai hitam dan 5,872 lagi masih dalam siasatan.

Antara kesalahan kes aduan MMS itu ialah melanggar lampu isyarat (7,890 kes); memotong garisan berkembar (2,012); memotong barisan (3,190) dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu (850) selain tidak memakai topi keledar (5,597 kes), katanya kepada pemberita ketika membuat pemeriksaan di terminal bas ekspres Lembah Kampung Sireh, dekat sini, kelmarin.
Solah berkata bahawa untuk musim perayaan ini, JPJ tidak akan mengadakan sekatan jalan raya sebaliknya menggunakan pendekatan yang lebih berkesan melalui aduan orang awam menggunakan MMS.

Ditanya sama bantuan orang ramai dalam menggunakan khidmat aduan menerusi MMS itu menyalahi undang-undang, beliau berkata perkara itu sudah dibincangkan secara terperinci.

“Ini kerana setiap aduan yang diterima perlu mempunyai keterangan yang cukup seperti gambar, masa dan tempat kesalahan yang jelas sebelum sesuatu tindakan diambil. Kita juga akan memanggil pesalah ke pejabat JPJ terdekat untuk temu janji dan soal siasat,” katanya.


Mengenai pemeriksaan bas ekspres, Solah berkata, JPJ telah mengadakan pemeriksaan di 32 depot atau terminal bas itu di seluruh negara bagi memastikan pengusaha syarikat bas mematuhi peraturan jalan raya.

Beliau juga berkata hasil pemeriksaan yang dijalankan dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), tiada pemandu dikesan menggunakan dadah tetapi dua penumpang didapati positif HIV melalui ujian air kencing.




Rabu, 8 September 2010

HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 1431H / 2010, PADA JUMAAT, 10hb OKTOBER

KUALA LUMPUR :

Pemegang Mohor Besar Raja - Raja mengumumkan pada petang, Rabu, 08hb Oktober 2010, menerusi TV1 / TV3 dan Radio Malaysia / Radio Sabah VFM - MENGISYTIHARKAN BAHAWA HARI RAYA AIDILFITRI 1431H / 2010 SERENTAK SELURUH NEGARA (  MALAYSIA ) ADALAH PADA HARI JUMAAT, 01 SYAWAL 1431H bersamaan 10hb OKTOBER 2010,

Selasa, 7 September 2010

WANG PENDAHULUAN NAFKAH BAGI ISTERI YANG TERABAI

KUALA LUMPUR :

Kerajaan telah memperuntukkan DANA RM15JUTA untuk Bahagian Sokongan Keluarga ( BSK ), sebagai membantu isteri - isteri yang terabai oleh suami mereka ketika dalam proses perceraian di Mahkamah Syariah di Malaysia dan apabila suami menghilangkan diri tanpa nafkah, pemberian wang pendahuluan tersebut dapat meringankan bebanan isteri - isteri berkenaan.  

Cara permohonan bantuan kewangan tersebut, bagi isteri - isteri yang masih belum mendapat keputusan Perintah Mahkamah berkenaan soal nafkah dan kes masih tergantung di mahkamah, boleh mendapatkan Perintah Nafkah terlebih dahulu sebelum memohon wang bantuan tersebut. 

Wang Pendahuluan tersebut hanyalah diberikan kepada mereka yang memperolehi perintah daripada Mahkamah Syariah berdasarkan keperluan ibu dan bilangan anak serta umur anak - anaknya.

Tabungan Pusingan ini hendaklah dibayar semula kepada BSK oleh bekas suami atau bapa berdasarkan kriteria utama penyerahan bantuan kewangan itu.

Lelaki yang sengaja mengingkari Perintah Mahkamah akan tetap dikesan / dijejaki oleh BSK yang akan memfailkan kes Penguatkuasaan dan Pelaksanaan Perintah Mahkamah.

Manakala bagi ibu - ibu tunggal pula, sekiranya BSK berpendapat mereka layak mendapat Bantuan Dana tersebut, seperti bekas suami atau bapa gagal dikesan atau tidak berkemampuan, permohonan bantuan kewangan itu akan dipanjangkan kepada Majlis Agama Islam Negeri atau Agensi Kerajaan lain seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk dipertimbangkan bagi mendapat bantuan tersebut.

TAMBANG MAKSIMUM BAS EXPRESS SELURUH SABAH, 2010

KOTA KINABALU :

LPKP - Lembaga Perlesenan dan Kementeian Pengangkutan memberi peringatan kepada semua operator Bas Express yang hendak menaikan tambang bas mestilah mengikut kadar maksimum yang dibenarkan oleh Lembaga tersebut.

Tambang Maksimum yang dibenarkan oleh LPKP tersebut adalah seperti berikut :

RM61.40     KK - KUNAK
RM72.20     KK - TAWAU
RM43.60     KK - SANDAKAN
RM73.50     KK - SEMPORNA
RM52.50     KK - LAHAD DATU
RM24.70     KK - KUDAT
RM17.00     KK - KENINGAU
RM22.50     KK - TENOM
RM12.60     KK - BEAUFORT
RM20.20     KK - MENUMBOK
RM18.20     KK - SIPITANG

RM31.60     SANDAKAN - KUNAK
RM47.10     SANDAKAN - TAWAU
RM43.70     SANDAKAN - SEMPORNA
RM22.80     SANDAKAN - LAHAD DATU

RM10.80     TAWAU - KUNAK
RM19.60     TAWAU - LAHAD DATU
RM14.00     TAWAU - SEMPORNA
RM84.20     TAWAU - BEAUFORT
RM94.20     TAWAU - SIPITANG
RM79.80     TAWAU - KOTA MERUDU
RM87.50     TAWAU - KUDAT

RM12.10      SEMPORNA - KUNAK
RM20.90     SEMPORNA - LAHAD DATU

PEMBERITAHUAN KEPADA PENUMPANG :

Cara membuat ADUAN adalah seperti berikut :
LPKP melalui SMS Dial 088 - 231 024 
HOTLINE 1 - 800 - 88 4266

JANGAN TERPENGARUH RAYA 2010, HARI KHAMIS, 09hb OKT.

KUALA LUMPUR :

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menasihatkan semua Rakyat Malaysia supaya menunggu pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja - Raja pada malam Rabu, 8hb Oktober 2010, jangan dengar khabar angin atau ramalan yang disebarkan oleh pihak - pihakk tertentu yang mengatakan Hari Raya tersebut pada Khamis, 9hb Oktober 2010.