RASHID KABOD BERITA SABAH

RASHID KABOD BERITA SABAH

MASTER PROF@CIKGU RASHID KABOD
, Master Professional In General Management, Consultancy & Negotiator and Problem Solving(Public Sector, Govt & Private Sector), etc...
Leading to Doctorate Degree : PhD In Professional Communication, PhD In Political Science - Strategy & Implementation, Doctor Of Management, Doctor Of Business Admin, Doctor Of Education
and Doctor Of Laws - International (PR) & Laws(USA).

Qualifications / Skills / Experiences :
Executive Master - MBA (BWI-SCU) London UK, International Professional Fellowship (FIPFM) London UK, Kursus Diploma In Banking (UiTM), Kursus Sarjana Muda Undang - Undang (UM), Dip In Mgmt (DIM-UM),
Dip In Admin (DPA-PIM),
Dip In Edu (DPK-KPM), Cert Of Edu (CED-MPS), Cert Of TESL (JPS), Professional Of English Teaching (MPIK-KL), Professional Of English & Malays Language - College Of International Languages (MPBA-KL), Recognised
Professional In Life Insurance (PCE-LIAM), Recognised Professional In Management (AMIM-MIM), Recognised Professional In Public Relation / Perhubungan Awam (AMPRM-IPRM), Cert Of National Translation Institute (MSIA) / Institut Terjemahan Negara (ITNM), Cert Of Journalist / Wartawan (BERITA SABAH).

PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN PENDUDUK NEGERI SABAH
PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN PENDUDUK DAERAH SEMPORNA
PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN WARIS - WARIS PULAU DENAWAN & KG MENTALITIP SEMPORNA
PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN BAJAU SEMPORNA SABAH

PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI PANGLIMA NUJUM PULAU SIPADAN
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI IMAM HJ KABOD KG MANTALITIP
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI E-LAH DENAWAN SEMPORNA
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI DAYANG MAS & ANAK ANAK MANTALITIP
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI DAYANG LOY & ANAK ANAK SEMPORNA

Blogsite :
www.rashidkabodberitasabah.blogspot.com

Facebook :
Rashid Kabod Berita SABAH
Rashid Kabod Berita SEMPORNA
Rashid Kabod Pembangunan Semporna
Rashid Kabod Sekolah Semporna
Rashid Kabod Politik (Semporna, Sabah, Malaysia)

Nature Of Business :
Services : General References, General Businesses, Advertising & Marketing, Import & Export, Professional In Management, Consultation, Negotiation & Brokerage, etc.....

Organiser :
Master Of Ceremony ( MC ), Speech & Debate, Events, Seminar, Courses, Workshop, Concert, Sport, Games, Cultures & Carnivals, etc.....

Freelance :
Society Activist & Independent & Volunteer People Complaints, Arbitrator, Journalist, Blogger, Political Analyst & Observer, NGO, R & D ( Research & Development) and I & PW - Logistic ( Intelligent & PhsycoWar - Logistic ), etc...

Skills :
MC ( Master Of Ceremony ). Emcee & Deejay,
Declamator & Debator. Facilitator, speech , Mediator, Commentator, Interpreter & Editor, Author & Composer and PRO, Chairperson Of Meeting & Forum, and Permanent Chairperson Of Meeting & Convention, Representative Of Officiate Open Ceremony and Election Campaign & Prime Speech, Forum, Debator and Motion Debator Of Convention etc ...

Recognition : The Best Speaker and Debator Of Competition In Sabah ( Since 1985 ), ProActive In Motion Debator, Dialogue & Discussion, Forum and Seminar ( State, Nation, Asean, BIMP-EAGA & International ), etc...


Charges :
Consultation Fee, Management Cost, Brokerage Commission and Receive ( Other Payments ) etc .....


Ahad, 21 November 2010

Kenderaan Elektrik Boleh Didaftar Di Malaysia 2011

KONG (kanan) merasmikan karnival Motor New Straits Times-Maybank COTY2U 2010 sambil disaksikan Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Sdn Bhd, Datuk Syed Nadzri Syed Harun (kiri) dan Timbalan Presiden  Maybank, Lim Hong Tat (tengah).
KONG (kanan) merasmikan karnival Motor New Straits Times-Maybank COTY2U 2010 sambil disaksikan Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Sdn Bhd, Datuk Syed Nadzri Syed Harun (kiri) dan Timbalan Presiden Maybank, Lim Hong Tat (tengah).
Pindaan akta dijangka lulus bulan depan
 
KUALA LUMPUR: Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang dijangka diluluskan Dewan Rakyat, bulan depan, akan membolehkan kenderaan elektrik didaftarkan secara sah di negara ini. 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata, ketika ini, undang-undang yang termaktub dalam akta itu tidak membenarkan kenderaan jenis itu didaftarkan kerana tidak mempunyai nombor enjin seperti kenderaan biasa.

“Untuk mendaftarkan kenderaan memerlukan dua nombor pendaftaran iaitu nombor enjin dan juga nombor casis. Kenderaan elektrik tidak mempunyai nombor enjin, jadi kita harap pindaan akta ini dapat membenarkan pendaftaran dibuat untuk menggunakan nombor casis saja,” katanya selepas merasmikan karnival Motor New Straits Times-Maybank COTY2U 2010, di sini semalam.

Karnival COTY2U selama dua hari berakhir hari ini, adalah yang pertama diadakan bersempena acara tahunan Anugerah Kereta Terbaik 2010 anjuran Car, Bikes and Trucks yang juga sisipan akhbar New Straits Times yang ditaja Maybank Berhad.
 
Karnival itu dibuka kepada orang ramai daripada jam 10 pagi hingga 9 malam dengan bayaran RM5 bagi dewasa dan percuma untuk kanak-kanak.

PM Pinda Perlembagaan BN

Kuala Lumpur :



PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum memulakan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di Menara Dato' Onn, PWTC, semalam. 
- Foto Sairien Nafis
Barisan Nasional pinda perlembagaan benarkan ahli bersekutu, gabungan

 KUALA LUMPUR: Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) semalam me­­minda perlembagaannya bagi mem­­bolehkan sesiapa juga mengemukakan per­­­­­­­­mohonan terus untuk menjadi ahli BN tanpa menyertai mana-mana parti kompo­­nennya berkuat kuasa serta-merta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata walaupun komponen parti BN sebulat suara memutuskan untuk mem­­perkenalkan ke­­ahlian bersekutu dan keahlian bergabung itu, tetapi pada masa sama berwaspada terhadap kemungkinan ada pihak menyertainya dengan ni­­at tidak baik. 

Pengerusi BN itu berkata, langkah ber­­ke­­naan memperlihatkan BN sebagai parti yang inklu­­sif dan bersikap terbuka kepada sesiapa yang mempercayai konsep serta prinsip perjuangan parti itu.

"Sesiapa pun boleh menjadi ahli bersekutu BN tetapi sebagai contoh jika dia dari parti pembangkang hendak masuk, Dewan Tertinggi BN kena bagi kelulusan. Ini satu syarat yang kita tetapkan supaya tidak ada mana-mana orang yang masuk dengan niat tidak baik terhadap BN.

"Selain itu, ahli parti komponen BN juga tidak boleh masuk (menjadi ahli bersekutu). Maknanya jika sudah menjadi ahli UMNO, tidak boleh tinggalkan UMNO (kerana) hendak menjadi ahli bersekutu. Jika MIC pun begitu.

"Kita turut memutuskan bahawa mana-mana pertubuhan politik, persatuan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) boleh menjadi ahli gabungan BN. Ini adalah usaha kita kepada kumpulan lain yang ingin bekerjasama dengan BN kerana mereka percaya kepada matlamat perjuangan parti," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di sini, semalam.

Najib berkata, keputusan Dewan Tertinggi berhubung pindaan perlembagaan BN akan diwartakan, manakala tarikh penguatkuasaannya dimaklumkan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Bagaimanapun, beliau berkata, sebarang keputusan mengenai peraturan dan perkara lain berhubung ahli bersekutu serta ahli bergabung akan diperincikan kemudian oleh Dewan Tertinggi BN dengan mengambil kira pandangan daripada semua parti komponen.

Selain itu, Najib berkata, BN juga memutuskan menubuhkan Kelab Sahabat BN untuk sesiapa yang ingin menjadi rakan atau sahabat kepada parti.

Katanya, Kelab Rakan Muda BN juga akan diwujudkan dengan kumpulan sasaran golongan muda berumur 18 hingga 21 tahun yang belum menjadi pengundi tetapi ingin menghayati dan menyokong perjuangan BN.

KDN Gantian MyKad 1 Hari Seluruh Negara ( Malaysia )

Kucing, Sarawak :



 

  
KUCHING: Rakyat di negeri ini kini boleh mendapatkan MyKad gantian hanya dalam tempoh sehari berbanding 30 hari se-belum ini selepas pencetakan MyKad secara teragih dilaksanakan di Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sarawak.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata kejayaan itu merupakan nilai tambah kepada pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kementerian itu iaitu ke-negaraan, permit masuk dan sijil kelahiran lewat.

Dalam sidang akhbar itu juga Hishammuddin  menyuarakan persetujuan terhadap cadangan Menteri Muda Perhubungan Sarawak Datuk Lee Kim Shin agar ketua-ketua masyarakat di negeri ini diberi taklimat mengenai keperluan dan syarat mengemukakan permohonan dokumen pengenalan diri agar proses permohonan dapat dipercepatkan.

Menurut Lee banyak permohonan rakyat negeri ini khusus-nya dari kawasan pedalaman terpaksa ditolak kerana permohonan mereka tidak dilengkapi dengan dokumen-dokumen diperlukan.

Saya setuju dengan cadangan itu dan KDN telah membuat kaji selidik dan mendapati antara punca kekangan yang wujud terutama daripada penduduk pedalaman Sarawak yang hidup jauh dan berselerak perlu diatasi degan penuh berhemat.

“Sebab itu JPN memperluaskan operasi Unit Khas Bergerak ke kawasan-kawasan pedalamam Sarawak untuk memudahkan golongan ini yang ada juga daripada kumpulan miskin tegar memohon dokumen pengenalan diri,” katanya.

Sementara itu dalam ucapan perasmiannya Hishamuddin berkata setakat ini sebanyak 8,680 MyKad yang sudah siap belum dituntut di seluruh negara.


Pada majlis itu beliau turut berkesempatan menyerahkan sendiri dokumen pengenalan diri kepada 29 penerima dengan 20 daripadanya adalah penerima MyKad yang baru siap manakala sembilan lagi akan menerima sijil kewarganegara

Bukit Tengkorak Di Daerah Semporna, Sabah



Keunikan Bukit Tengkorak


1911-muzium-2
Di lokasi inilah kerja-kerja Ekskavasi Arkeologi dilakukan oleh Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Jabatan Muzium Sabah
 
Bukit Tengkorak terletak kira-kira 500 kaki d atas paras laut di pesisiran pantai Semporna, Timur Sabah (Utara 4 27’ 20.08” dan 118 37’ 04.3” Timur). Bukit Tengkorak merupakan tapak pelindung gua batuan volkanik dan sebahagian daripada bibir gunung berapi yang berdiameter sekitar 2 kilometer.

Kajian arkeologi yang sistematik dan saintifik telah dijalankan di Bukit Tengkorak dan kawasan sekitar daerah Semporna oleh sekumpulan Penyelidik dari Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Jabatan Muzium Sabah semenjak 1994 hingga hari ini.

Hasil kajian arkeologi yang diperolehi menunjukkan bahawa Bukit Tengkorak merupakan sebuah tapak pembuatan tembikar prasejarah yang terbesar di Asia Tenggara. Antara bukti arkeologi yang telah ditemui terdiri daripada ribuan serpihan tembikar prasejarah dan tanah liat yang digunakan untuk pembuatan tembikar. Selain itu, kajian etnoarkeologi menunjukkan bahawa teknologi pembuatan tembikar masih lagi diamalkan sehingga hari ini oleh masyarakat Bajau di Semporna.

Ekskavasi arkeologi di Bukit Tengkorak juga menunjukkan ia kaya dengan pelbagai artifak arkeologi seperti alat batu mikrolit (kecil), batu pemukul kulit kayu, beliung sisa-sisa tulang haiwan serta cengkerang dan tulang ikan laut. Asosiasi arifak-arifak berkenaan yang ditemui semasa ekskavasi menunjukkan bukti kewujudan aktiviti sibsisten seperti pemburuan haiwan dan penangkapan ikan serta pengumpulan cengkarang di laut.

Bukit Tengkorak merupakan sebuah tapak arkeologi yang penting di Malaysia dan Asia Tenggara. Kepentingan Bukit Tengkorak termasuk penemuan bukti dan hipotesis baru mengenai penghijrahan manusia dan perdagangan atau pertukaran maritime prasejarah di kepuluan Asia Tenggara dan Pasifik. Penyelidikan arkeologi di Bukit Tengkorak telah menemui bukti perdagangan laut yang terpanjang di dunia, iaitu dari Timur Sabah ke New Britain di Melanesia, sejauh lebih 3,500 kilometer kiria-kira 3,000 tahun dahulu.

Bukti ini secara tidak langsung mencadangkan bahawa lautan dari Melanesia ke kepulauan Asia Tenggara, 2,000 – 3,000 tahun sebelum Captain James Cook menjelajahi kepulauan Asia Tenggara dan lautan Pasifik pada 1768-1779. Bukit Tengkorak juga telah dikenal pasti sebagai salah satu tapak pembuatan tembikar tanah yang terbesar sekali di Asia Tenggara pada Zaman Neolitik. Berpuluh-puluh ribu serpihan tembikar tanah yang berusia 3,000 tahun dahulu dan dihiasi dengan pelbagai corak telah ditemui di tapak berkenaan.

Penemuan lain yang unik di tapak ini ialah industri pembuatan alat batu mikrolit yang diperbuat daripada batuan akik, cert dan obsidian. Industri alat batu mikrolit itu merupakan penemuan yang luar biasa dan jarang sekali ditemui di kepulauan Asia Tenggara.

Kajian arkeologi pada 2002 hingga 2006 di tapak Melanta Tutup, sebuah tapak baru yang terletak kira-kira 12 kilometer dari Bukit Tengkorak juga telah mendedahkan bukti baru mengenai kewujudan manusia prasejarah manusia di daerah Semporna lebih 10,000 tahun dahulu pada Zaman Paleolitik sehingga Zaman Neolitik (3,000 tahun dahulu), Zaman Logam dan Zaman Sejarah Awal (1,000 tahun dahulu).

Bukti-bukti arkeologi yang ditemui semasa ekskavasi di tapak berkenaan ialah artifak prasejarah seperti pengebumian manusia dalam keranda kayu balak, tempayan, dan pengebumian lunjur, alat batu mikrolit yang dibuat daripada akik, cert dan obsidian, serpihan tembikar tanah dan batu, loceng gangsa, alat-alat besai, manik, dan sisa-sisa flora dan fauna seperti tulang haiwan, ikan dan cengkarang laut.

Kajian perbandingan jumpaan artifak seperti tembikar dan alat batu yang ditemui di Bukit Tengkorak menunjukkan banyak persamaan dengan artifak yang ditemui di tapak-tapak sezaman yang lain di Asia Tenggara dan lautan Pasifik. Kajian paleoantropologi dan perbandingan rangka-rangka manusia yang ditemui di Semporna dan tapak-tapak lain di Asia Tenggara turut menyokong hipotesis migrasi dan penyebaran berleluasa populasi manusia prasejarah di Asia Tenggara pada Zaman Neolitik dan Logam.

Kajian sumber batuan dan artifak obsidian yang ditemui di Bukit Tengkorak turut mencadangkan kewujudan rangkaian perdagangan atau pertukaran dan pergerakan manusia secara jarak jauh melalui lautan antara kepulauam Asia Tenggara dan Pasifik seawal 3,000 tahun dahulu.


Sabtu, 20 November 2010

Pemakaian Burga atau Niqab Di Haramkan Di Perancis

Perancis


Burqa atau Niqab ialah pakaian yang dipakai oleh umat islam di Perancis dan serata dunia sebagai salah satu amalan yang pemakaian yang mengikut hukum islam.

Malah ianya telah menjadi budaya masyarakat islam di sana untuk memakai Niqab ini di mana-mana sahaja mahupun di tempat awam.

Pengharaman pemakaian Burqa ini bukan sahaja dikenakan kepada penduduk tempatan, malah turut tertakluk kepada mana-mana pelancong yang ingin ke negara itu termasuk dari negara-negara timur tengah.

Tempoh selama 6 bulan diberikan untuk memberhentikan praktis pemakaian Burqa, dan selepas tempoh itu, denda sebanyak €150 ($260/RM400+) akan dikenakan kepada pesalah kelakuan.

Timbalan Presiden PAS (Parti-Islam SeMalaysia), Nasaruddin Mat Isa, bercakap mengenai isu itu di sidang media, berkata, “Kami berharap tiada tindakan keganasan dari pengganas yang akan berlaku, ini kerana tindakan Perancis ini telah menyebabkan kemarahan dunia Islam”

Malah, Amidhan, Pengerusi Majlis Ulama Indonesia (MUI), turut berkata, “Perempuan Islam di timur tengah memakai Burqa atau Niqab sebagai budaya dan kepercayaan terhadap islam, tindakan Perancis ini adalah bertentangan dengan isu Hak Manusia”.

Namun, tiada maklum balas mengenai pemakaian tudung diumumkan.
burqa Pemakaian Burqa atau Niqab diharamkan di Perancisburqa niqab Pemakaian Burqa atau Niqab diharamkan di Perancis

Obama Sokong Bina Masjid New York

New York, USA :

 

Perdebatan mengenai pembinaan masjid dan pusat kebudayaan islam New York berhampiran dengan tapak insiden 11 September mendapat perhatian Presiden Obama, dimana beliau menyokong pembinaan tersebut.
Masjid yang turut akan dilengkapi pusat komuniti tersebut telah diluluskan pembinaannya pada 3 Ogos yang lalu, dimana ketika Dewan Bandaraya New York mengumumkan penglulusan tersebut, terdengarnya tepukan dan sahutan gembira.
Namun terdapat juga suara dan bantahan mengenai projek tersebut.
Obama mengatakan masyarakat islam di New York mempunyai hak yang sama untuk mempraktikkan agama islam di New York.
Kerana membuat pilihan yang kurang popular, pendapat Obama tersebut turut ditentang pemimpin konservatif Republikan, Sarah Palin dan Newt Gingrich yang menyokong supaya projek tersebut dilupuskan.
Pusat kebudayaan Islam yang akan dibina itu dikatakan menghina tapak “Ground Zero” walaupun ianya terletak 2 blok berjauhan dari tapak insiden yang mengorbankan lebih 2,700 orang.
Source : rferl
masjid newyork Obama sokong bina masjid New York
ground zero newyork tapak masjid Obama sokong bina masjid New York


Jalan Raya Semporna / Tawau Wajar Dua Hala

Semporna, Sabah

Jalan Raya Semporna / Tawau Perlu Di Perbesarkan

Jalan Raya Semporna / Tawau bermula dari round about Post Office Bandar Semporna sehinggalah      ke round about Kunak / Semporna perlu diperbesarkan / jalan dua hala sebab kenderaan semakin     hari semakin banyak.

Dalam masa puncak, kesesakan kenderaan sangat serius di jalan raya ini, maka nampaklah keadaan pengurusan jalan raya yang tidak mengikut piawaian standard.

Manakala, round about yang berhampiran dengan Petronas Station itu terlalu kecil menyusahkan kenderaan berat ( besar ) dan bas express untuk melaluinya.

Begitu juga, round about di Simpang Bukit Lalang / SMK  Abdullah semporna,Sabah  seringkali terlanggar oleh kenderaan berat, bas express dan kereta biasa di waktu malam serta ketika cuaca gelap sebab terlalu kecil dan jalan rayanya tidak cukup luas.

Perhatian Penting :

Simpang Jalan Kubang Pinang, Semporna terlalu unik mengelirukan dan mengakibatkan kesilapan pemanduan ketika melaluinya dan bagi pemandu - pemandu yang tidak biasa, pada kali pertama melalui di jalan itu, seringkali tersilap terutama diwaktu malam dan cuaca gelap.

CADANGAN YANG MEMBINA :

Di harap pihak yang berkenaan ( Pihak Yang Berkuasa ) dapat mengambil perhatian yang serius dalam perkara tersebut, demi kebaikan kita bersama, ditambah lagi dengan terkenalnya Daerah Semporna dan Pulau - Pulaunya sebagai Destinasi Pelancongan Terindah di Negeri Sabah dan di mata dunia. Oleh yang demiikian, Daerah Semporna sangat memerlukan jalan dua hala.

Dan juga, setiap tahun Perayaan Regatta Lepa dan lain - lain perayaan serta pelbagai aktiviti selalu dianjurkan di Daerah Semporna, situasi ini dapat mendorong lagi perlunya Jalan Raya Semporna / Tawau diperbesarkan (menjadi jalan dua hala ).

Respon Positif dan Kebijaksaan Pihak yang Berkenaan, sangat diharpkan dan terima kasih.

Tinjauan RashidKabod Berita Sabah

Sampah Di Daerah Semporna, Sabah

Semporna, Sabah :  

Pencemaran Alam Sekitar Yang Serius Akibat Pembakaran Sampah Di Daerah Semporna, Sabah.

Apakah Idea Anda atau Alternatif untuk mengatasi pencemaran Alam Sekitar yang serius akibat pembakaran sampah Di Daerah Semporna, Sabah yang berhampiran dengan Kawasan Sekolah Kebangsaan Pekan 2, Semporna, Sabah ?

ULASAN :  Setiap Petang ( Isnin hingga Ahad ) jika sampah dibakar oleh Majlis Daerah Semporna ( MDS ) akibatnya sekitar jam 6:00 petang hingga jam 12:00 tengah malam asap tebal seperti jerubu - gelap menyelubungi kawasan sepanjang jalan kastam dan sepanjang jalan Kg. Simunul termasuklah dari Kawasan Kg. Selamat, Kg. Seri Aman, Kg. Sejati, Kg. Batu, Sekolah Kebangsaan Simunul, Kg. Mesra, Kg. Seri Jaya, Kg. Simunul, Kg. Ice Box, Kg. Dap - Dap, Kawasan Ibu Pejabat Pangkalan Marin dan sampai ke Kawasan Hotel & Pearl ( Floating ) Restoran dan Seafest Hotel.

BUKTINYA :  Asap tebal seperti jerubu gelap ini selalu dialami oleh pengguna jalan raya tersebut dan semua penghuni kawasan dan Kg - Kg tersebut, jika pembakaran sampah tersebut sedang dilakukan oleh MDS pada masa dan hari tersebut.

Terima Kasih.

Tinjauan RashidKabod Berita Sabah.

Rabu, 10 November 2010

DI SEMPORNA, SABAH PENIPUAN PELABURAN RUMPAI LAUT


SEMPORNA, SABAH : 20 pelabur dakwa ditipu skim pelaburan perladangan rumpai laut di Semporna, Sabah.
10th November, 2010
 
PETALING JAYA: Kira-kira 20 pelabur skim pelaburan perladangan membabitkan rumpai laut di Sabah mendakwa kerugian lebih RM5 juta apabila penganjur skim itu melarikan diri.

Pejabat penganjur skim yang menjanjikan pulangan sebanyak 20 peratus daripada jumlah yang dilaburkan pada setiap tiga bulan itu yang terletak di Cheras di sini juga telah disita.

Seorang mangsa, mendakwa syarikat yang diwakilinya mengusahakan ladang tanaman rumpai laut di Semporna. “Satu lot berharga RM3,300 dan jika membeli lima lot pulangan yang akan diterima ialah RM3,300.

“Untuk pelabur yang membeli lebih dari lima lot, mereka juga akan diberi tiket penerbangan, makan serta tempat tinggal untuk pergi melihat ladang itu,” katanya kepada pemberita di Pejabat Biro Aduan Komuniti MCA Petaling Jaya Utara di sini kelmarin.

Beliau berkata bagi menggalakkan lagi bilangan pelabur, lelaki itu melantik 19 syarikat untuk menjadi ejen bagi mencari lebih ramai lagi pelabur.

“Saya merupakan salah seorang dari 19 pengarah syarikat itu, jadi jika saya mencari lebih banyak individu di bawah saya, makin banyak pulangan yang akan saya dapat.

“Di bawah saya ada kira-kira 1,000 orang. Secara peribadi saya telah melabur sebanyak RM500,000 manakala pelaburan oleh individu di bawah saya keseluruhannya kira-kira RM5 juta,” katanya.

Mandy berkata laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 31 Dis 2009 dan kes itu juga telah dirujuk kepada Bank Negara dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada tahun yang sama.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Azli Mohamad, 40, berkata dia terjebak untuk melabur sehingga RM100,000 kerana dipengaruhi dengan janji serta bukti yang ditunjukkan.

“Ketika melawat ladang yang dikatakan kepunyaannya itu, banyak banting-banting logo syarikatnya selain itu kami juga dibawa menaiki bot yang ada nama syarikatnya,” katanya.