RASHID KABOD BERITA SABAH

RASHID KABOD BERITA SABAH

MASTER PROF@CIKGU RASHID KABOD
, Master Professional In General Management, Consultancy & Negotiator and Problem Solving(Public Sector, Govt & Private Sector), etc...
Leading to Doctorate Degree : PhD In Professional Communication, PhD In Political Science - Strategy & Implementation, Doctor Of Management, Doctor Of Business Admin, Doctor Of Education
and Doctor Of Laws - International (PR) & Laws(USA).

Qualifications / Skills / Experiences :
Executive Master - MBA (BWI-SCU) London UK, International Professional Fellowship (FIPFM) London UK, Kursus Diploma In Banking (UiTM), Kursus Sarjana Muda Undang - Undang (UM), Dip In Mgmt (DIM-UM),
Dip In Admin (DPA-PIM),
Dip In Edu (DPK-KPM), Cert Of Edu (CED-MPS), Cert Of TESL (JPS), Professional Of English Teaching (MPIK-KL), Professional Of English & Malays Language - College Of International Languages (MPBA-KL), Recognised
Professional In Life Insurance (PCE-LIAM), Recognised Professional In Management (AMIM-MIM), Recognised Professional In Public Relation / Perhubungan Awam (AMPRM-IPRM), Cert Of National Translation Institute (MSIA) / Institut Terjemahan Negara (ITNM), Cert Of Journalist / Wartawan (BERITA SABAH).

PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN PENDUDUK NEGERI SABAH
PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN PENDUDUK DAERAH SEMPORNA
PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN WARIS - WARIS PULAU DENAWAN & KG MENTALITIP SEMPORNA
PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN BAJAU SEMPORNA SABAH

PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI PANGLIMA NUJUM PULAU SIPADAN
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI IMAM HJ KABOD KG MANTALITIP
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI E-LAH DENAWAN SEMPORNA
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI DAYANG MAS & ANAK ANAK MANTALITIP
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI DAYANG LOY & ANAK ANAK SEMPORNA

Blogsite :
www.rashidkabodberitasabah.blogspot.com

Facebook :
Rashid Kabod Berita SABAH
Rashid Kabod Berita SEMPORNA
Rashid Kabod Pembangunan Semporna
Rashid Kabod Sekolah Semporna
Rashid Kabod Politik (Semporna, Sabah, Malaysia)

Nature Of Business :
Services : General References, General Businesses, Advertising & Marketing, Import & Export, Professional In Management, Consultation, Negotiation & Brokerage, etc.....

Organiser :
Master Of Ceremony ( MC ), Speech & Debate, Events, Seminar, Courses, Workshop, Concert, Sport, Games, Cultures & Carnivals, etc.....

Freelance :
Society Activist & Independent & Volunteer People Complaints, Arbitrator, Journalist, Blogger, Political Analyst & Observer, NGO, R & D ( Research & Development) and I & PW - Logistic ( Intelligent & PhsycoWar - Logistic ), etc...

Skills :
MC ( Master Of Ceremony ). Emcee & Deejay,
Declamator & Debator. Facilitator, speech , Mediator, Commentator, Interpreter & Editor, Author & Composer and PRO, Chairperson Of Meeting & Forum, and Permanent Chairperson Of Meeting & Convention, Representative Of Officiate Open Ceremony and Election Campaign & Prime Speech, Forum, Debator and Motion Debator Of Convention etc ...

Recognition : The Best Speaker and Debator Of Competition In Sabah ( Since 1985 ), ProActive In Motion Debator, Dialogue & Discussion, Forum and Seminar ( State, Nation, Asean, BIMP-EAGA & International ), etc...


Charges :
Consultation Fee, Management Cost, Brokerage Commission and Receive ( Other Payments ) etc .....


Jumaat, 17 Jun 2011

Jalan Raya Dalam Bandar Semporna Perlu Diubahsuai

SEMPORNA SABAH       Jumaat, 16hb Jun 2011
Blogger : Rashid Kabod Profesional
Mesej kepada Pihak Berkuasa Tempatan : Jalan - Jalan dalam bandar semporna yang perlu diutamakan diubah sesuai untuk mengelakkan kesesakan lalulintas setiap masa.

Jalan Simpang Bank Simpanan Nasional, Jalan Depan Millimewa, Jalan Simpang Terminal Bas Express Dyana, Jalan Depan Restoran Chicken Rice, Jalan Belakang Maybank, Jalan Depan Maybak, Jalan Pasar Ikan, Jalan Depan Super Market Giant, Jalan Depan Kedai Baru Seafront dan Jalan Simpang Kastam masuk Scuba Junky.

Kerajaan Tempatan / Majlis Daerah jangan biarkan perkara ini berlaku dan hendaklah membuat tindakan yang sewajarnya, demi kebaikan semua pengguna jalan dalam kawasan bandar semporna ini.

Keadaan infrastruktur dalam bandar ini dan keindahan landscape urbanisasi bandar semporna ini sangat cantik dan menarik pelancong tempatan dan luar negara, jika menggunakan kepakaran Kejuruteraan Urbanisai dalam pelbagai kepakaran seperti Project Manager, Arkitek, Civil Engineering,  dan Landscaping Professional dan sebagainya " DAN bukan konservatif, hanya bina apa yang saya mahu dan apa yang saya tahu " Akibatnya, susunatur projek, pembangunan dalam bandar semporna tidak attractive dan tidak competent sepanjang masa.

Khamis, 16 Jun 2011

Prasana Pulau - Pulau Terpencil Dalam Daerah Semporna

SEMPORNA SABAH          Jumaat, 16hb Jun 2011
Blogger : Rashid Kabod Profesional

Kebanyakan pulau - pulau dalam daerah semporna, berpenghuni penduduk tempatan warga negara malaysia dan bukan warga negara malaysia atau pun ada juga duduk disitu pendatang tanpa izin, yang saya tekankan disini, mereka sungguh malang sekali sebab ketiadaan bekalan elektrik 24 jam dan tiada bekalan air bersih, beberapa ikhtiar yang mereka lakukan seperti menggunakan genarator sediri dan membeli air bersih dari bandar semporna dengan menggunakan tangki, drum dan galon, beginilah aktiviti utama kehidupan harian mereka.


Saya terbaca dalam surat khabar tempatan ( Sabah ) dan kebangsaan, yang mana perancangan kerajaan persekutuan melalui tindakan KKLW untuk membuat percubaan 10 buah pulau diberikan bekalan elektrik secara teknologi solar dan generator, dan juga ada disebut bekal air bersih.

Kerajaan persekutuan dan KKLW jangan hanya publisiti dan dalam isu khabar sahaja. Perlu ditunaikan dengan secepat yang mungkin sebab penghuni - penghuni tersebut sudah berabad lamanya, dalam kehidupan yang menderita seperti tersebut.

Ahad, 17 April 2011

ISU MURID TANPA SIJIL LAHIR - BUDI BICARA PPD

KUALA LUMPUR              Sabtu, 16hb April, 2011
Blogger : RashidKabod Profesional

Kesatuan Perkhidmatan Penguruan Kebangsaan ( KPPK ) kelmarin, menggesa pegawai pelajaran daerah menggunakan budibicara apabila mengendalikan kes kanak kanak bersekolah yang tiada mempunyai sijil kelahiran, walaupun ibubapanya rakyat malaysia.

Ulasan Setiausaha Agungnya KPPK         ( Lok Yim Pheng ) disebut sebagai berkata, " sewajarnya kanak - kanak itu dibenarkan bersekolah terlebih dahulu, dan isu sijil kelahiran itu akan diselesaikan kemudian ".

Kementerian Pelajaran wajar mengeluarkan Pekeliling yang menasihatkan Pegawai Pelajaran dan Guru Besar agar mengutamakan pelajaran daripada hanya berbalah mengenai teknikal isu ketiadaan sijil kelahiran murid - murid .
   
Kes sembilan kanak - kanak SRJK Tamil Ladang Limsun di Seremban yang dihalang bersekolah akibat ketiadaan sijil lahir kini dapat bersekolah semula seperti biasa Febuari 2011 lepas, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr. Wee Ka Siong dan Perunding Jawatankuasa Kabinet mengenai komuniti India di Jabatan Perdana Menteri Datuk N. Siva Subramaniam.

Kes tersebut berlaku ketika Pegawai Pelajaran memberitahu Guru Besar di sekolah itu, bagi setiap pelajar yang tiada sijil lahir jika didapati belajar disekolah tersebut Guru Besar itu akan didenda RM1,000 bagi setiap murid, jika sabit kesalahan.

Selasa, 29 Mac 2011

PILIHAN RAYA UMUM NEGERI SARAWAK 16HB APRIL 2011

KUCING :             Isnin,, 21hb Mac 2011

Dewan Undangan Negeri Sarawak telah dibubarkan pada Isnin, 21hb Mac 2011 oleh Ketua Menteri Sarawak ( Datuk Amar Taib Mahmud ).

Tarikh penamaan calon pada 6hb April 2011 dan buang undi pada 16hb april 2011, bermakna tempoh berkempen hanya 1o hari sahaja.

Bilangan Dewan Undangan Negeri Sarawak adalah 71 kerusi dan 63 kerusi di menangi oleh Barisan Nasional ( BN ) seperti berikut : Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ( PBB ) 35 kerusi, Sarawak United People Party ( SUPP ) 12 kerusi , Parti Rakyat Sarawak ( PRS ) 08 kerusi, Sarawak Progressive Democratic Party ( SPDP ) 08 kerusi. Manakala Parti DAP ada 6 kerusi, PKR 01 kerusi dan Parti Cinta Malaysia 01 kerusi

Lapan ( 8 ) kerusi PANAS 1. Pantai Damai 2. Kota Sentosa 3. Batu Kawa 4. Keduk 5. Repok 6. Palawan 7. Nangka 8. Balingian.

Kenderaan yang digunakan sampai ke destinasi / lokasi / daerah menggundi 1. boat 2. four wheel drive 3. helicopter bantuan dari Phillipine dan Indonesia.

Suruhjaya Pilihan Raya menasihatkan petugas petugas, ketika berkempen jangan bertentangan dengan amanah atau tugas yang dipikul..... 


 

UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA STAFS SSM MENARA SENTRAL KL

Kuala Lumpur :      Rabu, 16hb Mac 2011. Jam 4:45pm


 

SALAM HORMAT,

Saya RashidKabod Berita Sabah dan rombongan telah / pernah berurusan pada tarikh / hari / jam tersebut di atas, di Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia, di Ibu Pejabat nya di Menara SSM Sentral, No.7, Jalan Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral. 50470 Kuala Lumpur. Tel : 603-2299 4400 Fak : 603-2299 4411.

Semua Stafs di situ mesra pelanggan dan sentiasa membantu pelanggan serta berdedikasi, lagi bijaksana dan cekap serta ada inisiatif dan kesungguhan menyelesaikan keperluan dan maksud pelanggan dalam masa yang singkat sesuai sekali dengan saya yang datang dari jauh dari Kota Kinabalu Sabah, " masa dan kecekapan pengurusan menjadi perhitungan "

Oleh yang demikian, saya mengucapkan SYABAS, TAHNIAH DAN TERIMA KASIH di atas perkhidmatan STAFS SSM khasnya kaunter tingkat 17 ( carian setiausaha syarikat ) dan amnya di kaunter ground floor ( carian e-info service ) yang sangat baik, lagi membanggakan dan mengagumkan.

Terima Kasih.

Daripada Kami :

1.  Abdul Rashid Bin Kabod ( Pengarah Urusan )
2.  Dayang Zar Binti Sali ( PA / Pembantu Peribadi )
3.  Amir Hassan Bin Ali Hussin  ( Usahawan )
4.  Latif Bin Abdul Rahman ( Usahawan )
5.  Yakob Bin Amil Hussin ( Pemandu di Kuala Lumpur )

Sabtu, 22 Januari 2011

Teacher Runs Amok With Sword

Guru Berlari - Lari Mengamuk Memegang Pedang


Daily Express, Thursday, 20th, January 2011

Kudat: A group of teachers ran helter-skelter and hid in a mangrove swamp for about 10 hours after one of their colleagues went berserk and threatened them with a Samurai sword in the middle of the night. 

The man, in his 30s, went over to the teachers' quarters and flayed his sword on the wall, rousing the startled teachers from sleep. 

The incident took place at about midnight Sunday at Kg Sabur in Banggi Island, off here, where he and the group of teachers taught at SK Sabur. 

It was learnt that one of the teachers opened the door and saw him brandishing the sword, waving it threateningly at them and striking it on the wall. 

Fearing for their lives, the 14 teachers dashed out of their quarters and into the swamp to hide, emerging only after they heard the police turn up at about 10am Monday. 

District Police Chief DSP Dawi Ossen on Wednesday said police who were alerted by one of the teachers could not get there sooner owing to strong winds and stormy conditions in the sea.

Ramalan PRU Malaysia Ke-13 / 2011 akan diadakan serentak

Najib timbang adakan PRU lebih awal ikut Sarawak

KUALA LUMPUR: 

Datuk Seri Najib Razak semalam tidak menolak kemungkinan mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak, ketika mandat yang diberikan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) berbaki 35 bulan lagi. 



Jika Pengerusi BN itu memilih mengadakan PRU-13 serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak, maka tarikh itu perlu diadakan sebelum Julai ini. 

Mandat Kerajaan Persekutuan pimpinan BN hanya berakhir pada Mei 2013, manakala kerajaan negeri Sarawak berakhir Julai ini.  
“Boleh... tunggu dan lihat,” kata Perdana Menteri ketika ditanya sama ada Barisan Nasional (BN) bersedia menghadapi dua pilihan raya serentak
“Dalam pilihan raya, sebarang kemungkinan boleh (berlaku). Saya pertimbangkan segala-galanya dan apa juga berkemungkinan,” katanya.

Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ditemui selepas majlis pecah tanah bangunan tambahan Sekolah Agama Labis bernilai RM2.4 juta, di Labis semalam bagi mengulas isu sama berkata, terpulang kepada Perdana Menteri untuk membuat keputusan.
Semalam, akhbar melaporkan pemimpin BN dan pembangkang menyatakan kesediaan parti masing-masing menghadapi PRU-13 jika diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak yang akan diadakan pada bila-bila masa sehingga tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu berakhir pada 24 Julai depan.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dalam rancangan Dialog Pembangunan Sosioekonomi dan Politik Sarawak yang disiarkan menerusi TV1 dilaporkan berkata, beliau akan berunding dengan Perdana Menteri mengenai kemungkinan pilihan raya negeri diadakan serentak dengan pilihan raya umum.

Sementara itu, diminta mengulas pilihan raya kecil DUN Merlimau berikutan kematian wakil rakyat kawasan itu, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan yang juga Exco Kerajaan Negeri Melaka kelmarin, Najib berkata, pilihan raya kecil itu adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan tidak diduga sama sekali.

“Saya percaya BN Melaka akan membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya kecil itu,” katanya

Jumaat, 21 Januari 2011

Berita Baik Untuk 1,614 Orang GSTT Tahun 2011

1,614 guru akan dipanggil kembali berkhidmat bagi tampung kekurangan

KUALA LUMPUR: 

Seramai 1,614 guru sandaran tidak terlatih (GSTT) akan kembali senyum apabila Kementerian Pelajaran menyambung semula kontrak yang ditamatkan tahun lalu dalam masa terdekat bagi menampung kekurangan tenaga pengajar. 
 
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata bagi 578 guru GSTT di Sabah yang ditamatkan kontrak tahun lalu pula, kementerian turut memutuskan mengkaji semula kedudukan mereka berikutan sebahagian besar daripada mereka hanya berkhidmat selama dua tahun

Katanya, guru GSTT yang disambung kembali kontraknya adalah mereka yang berkhidmat selama tiga tahun berturut-turut.

Kementerian juga dalam proses untuk menyerap guru GSTT yang masih dalam kontrak dan sudah bertugas lebih tiga tahun ke jawatan guru tetap melalui Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Dalam Cuti (KDC).


“Kita akan panggil kembali (guru GSTT) untuk ditempatkan semula di sekolah yang ada kekurangan guru. Jika sekolah mereka (mengajar) sebelum ini sudah dipenuhi guru terlatih, maka guru GSTT ini akan ditempatkan di sekolah lain.


“Daripada 1,614 guru GSTT berkenaan 388 akan ditempatkan di sekolah rendah dan selebihnya di sekolah menengah. Kedudukan guru GSTT di Sabah pula kita akan kaji, kerana ada juga guru GSTT yang berkhidmat lebih tiga tahun tetapi tidak secara berturut-turut,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sebelum ini, guru GSTT yang ditamatkan kontrak oleh Kementerian Pelajaran merayu supaya kontrak mereka dilanjutkan semula selain berharap dapat diserap sebagai guru tetap.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Hashim Adnan, berkata kementerian perlu mencari mekanisme khusus untuk menyerap lebih ramai guru GSTT sebagai guru tetap.


“Kalau boleh kementerian turut memanggil kembali guru GSTT yang sudah bertugas lebih setahun ataupun dua tahun, kerana mereka ini sudah memiliki pengalaman. Jadi kumpulan ini juga perlu dipertimbangkan,” katanya.


Hashim berkata, guru GSTT lepasan ijazah perlu diberi ruang untuk diserap sebagai guru tetap terutama bagi menampung keperluan kekurangan guru di sekolah menengah.


Ketua Menteri Sarawak & Perdana Menteri Berunding PR Serentak

PRU KE-13 / 2011, di Jangka Serentak Semenanjung, Sabah dan Sarawak 


KUCHING: Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan berunding dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung ke-mungkinan mengadakan pilihan raya peringkat Parlimen serentak dengan pilihan negeri Sarawak atau sebaliknya.Taib, yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, berkata beliau telah mempunyai ilham untuk mengadakan pilihan raya negeri namun tidak dapat menentukan tarikhnya.

“Pembangkang pun kecewa jugalah,” katanya pada rancangan Dialog “Pembangunan Sosioekonomi dan Politik Sarawak” yang disiarkan melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM) TV1 malam Rabu.
Pilihan raya negeri untuk kesemua 71 kawasan mesti diadakan sebelum Julai tahun ini apabila tempoh dewan undangan negeri (DUN) Sara-wak berakhir.Ditanya mengenai cabaran dan tangungjawab yang di-pikul untuk menentukan Sarawak kekal menjadi ‘deposit tetap’ BN, beliau berkata politik di Sarawak masih lagi bersandar kepada keinginan rakyat untuk menikmati pembangunan yang lebih pesat yang menentukan masa depan negeri ini.
 
“Jadi politik yang sumbang sikit, kurang mendapat sambutan di Sarawak tetapi di dalam bandar penduduk sudah merasa soal pembangunan ini sebagai perkara biasa,” katanya sambil menambah bahawa parti komponen BN negeri, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) akan bertangungjawab untuk menghadapi isu pembangunan di dalam bandar dengan lebih hebat.
 
Taib, yang merupakan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), berkata di peringkat PBB, persiapan pilihan raya telah berjalan sejak enam bulan lepas dengan mengadakan banyak seminar, khasnya bagi pemimpin akar umbi dan sayap wanita.
 
Beliau percaya PBB serta dua komponen BN lain, iaitu Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) tidak menghadapi banyak masalah tentang siapa akan menjadi calon pilihan raya nanti berikutan nasihat Najib pada konvenysen SUPP di sini pada Ahad lepas.
 
Merujuk kepada nasihat Najib agar hanya mereka yang boleh membawa kemenangan dicalonkan, beliau berkata : “Kita sudah tahu siapa yang kita nak gantikan dan kebanyakan mereka (penyandang) ini akan memberi laluan kepada muka baru.”
 
Bagaimanapun, Taib berharap SUPP dapat menentukan mereka yang patut menjadi calon pilihan raya serta menarik penyokong baru se-telah mempunyai semangat baru bagi menawan semula lapan daripada 19 kerusi yang hilang dalam pilihan raya ne-geri pada 2006. — Bernama

Selasa, 18 Januari 2011

EKONOMI TRANSFORMASI MALAYSIA

Transformasi sosial perlu untuk wujudkan masyarakat seimbang

Posted on January 18, 2011, Tuesday

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata transformasi sosial perlu dilaksanakan oleh kerajaan dalam mewujudkan masya-rakat yang seimbang, adil dan saksama.
Menyifatkannya sebagai cabaran yang paling besar, Perdana Menteri berkata transformasi sosial boleh dianggap sebagai pelengkap kepada pelbagai program transformasi oleh kerajaan seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Tranformasi Ekonomi (ETP) dan projek permulaan (EPP).

“Jika kita ingin lihat transformasi yang tuntas dan menyeluruh adalah melalui ‘social transformation’. Cabaran paling besar, sebab bukan mudah untuk ubah sikap dan nilai masyarakat,” katanya ketika berucap pada sambutan ulang tahun ke-10 penubuhan Kementerian Pembangunan Wanita, Ke-luarga dan Masyarakat (KPWKM) di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini semalam.

Najib berkata dalam me-wujudkan masyarakat seimbang, kerajaan komited me-mastikan setiap individu di negara ini dapat menikmati hasil kesejahteraan negara.

“Kita mahu memastikan setiap nikmat negara dapat dirasai oleh semua. Kita wajib tolong mereka yang kurang bernasib baik, kita prihatin pada yang susah, yang me-ngalami tekanan hidup, mas-alah keluarga dan tidak ber-kemampuan, supaya kesejahteraan negara tidak hanya jadi milik yang kaya dan yang berkemampuan sahaja,” kata-nya.

Justeru, kata Perdana Menteri, untuk menjamin bantuan dapat terus disalurkan kepada golongan yang memerlukan, kerajaan harus menumpukan kepada usaha menggerakkan dan menggalakkan pertumbuhan eko-nomi negara.

“Kalau ekonomi kita lembap, sudah tentu hendak tolong orang pun kita kurang mampu. Kalau ekonomi kita meningkat, bolehlah kita agihkan kepada mereka yang kurang bernasib baik dan memerlukan pertolongan. Maka akan wujudlah ‘balance society’,” katanya.
Mengenai ulang tahun KPWKM, Najib menyifatkan kementerian itu telah melalui proses evolusi yang dinamik dan signifikan.

Beliau berkata sebagai kementerian yang mempunyai kumpulan sasar yang besar, KWKPM juga telah berjaya memenuhi mandat dan bidang tugas yang diserahkan.
“Sebut apa sahaja kelompok masyarakat, tidak ada yang tidak berkait dengan kementerian ini.

“Daripada isu berkaitan kanak-kanak, hal ehwal wa-nita, merencana usaha ke arah meningkatkan kesejahteraan golongan kelainan upaya, permasalahan keluarga hinggalah tumpuan untuk meningkat-kan infrastruktur dan akses kepada kemudahan kesihatan warga emas, menyedia rumah perlindungan mencukupi serta penglibatan mereka secara aktif dalam aktiviti sosial dan ekonomi negara.

“Isu yang diperjuangkan pula merentasi pelbagai sektor dan peringkat. Pendek kata KPWKM dalam bahasa Inggeris adalah ‘from cradle to grave’,” katanya.

Mengenai kedudukan kaum wanita dalam pembangunan negara, Najib berkata perjuangan bagi kepentingan kaum wanita di negara ini bukan lagi terletak pada hak kesamarataan jantina mahupun soal emansipasi.
Bagaimanapun, katanya dalam mencapai sasaran 30 peratus penyertaan wanita sebagai pembuat dasar, beliau berharap wanita yang dikete-ngahkan itu berjaya atas dasar merit dan kebolehan mereka sendiri.

“Kita juga mahu pastikan wanita yang berjaya mampu menghasilkan kejayaan yang mapan, bukan setakat cemerlang semasa di peringkat sekolah dan universiti tetapi kemudiannya berhenti selepas lima tahun bekerja.
“Jika ini berlaku kuranglah wanita yang akan dapat kita pilih untuk mengisi jawatan yang penting dalam swasta dan juga kerajaan,” katanya.

Najib berkata beliau tidak ragu mengenai kebolehan wanita di negara ini, tetapi mereka harus membuktikan daripada soal kemapanan sahaja.

“Jika mereka boleh bekerja secara berterusan, saya percaya mereka boleh mencapai sasaran untuk mengisi 30 peratus wanita sebagai pembuat dasar dalam masa terdekat,” katanya. — Bernama

DATUK SERI SALLEH SAID KERUAK ANGKAT SUMPAH


Salleh takes oath as Speaker
Published on: Tuesday, January 18, 2011

Kota Kinabalu: Head of State Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin congratulating Datuk Salleh Said Keruak on the latter's official appointment as the Sabah Legislative Assembly's eighth Speaker. Salleh, who took his oath at the occasion yesterday, is also Deputy Sabah Umno head and was formerly Science Advisor to the Chief Minister.
He replaces Juhar who was appointed the State's 10th Tuan Yang Terutama (Governor) on Jan. 1, this year.

Ahad, 16 Januari 2011

ANUGERAH " DATUK " OLEH SULTAN SULU SELEPAS 1936 TIDAK SAH

'Datu" title no longer conferred

15th January, 2011  

KOTA KINABALU: The interim government of the Sulu Sultanate has cautioned Malaysians not to be duped into buying the ‘Datu’ title purportedly conferred by the Sultan of Sulu.

Its ‘interim Prime Minister’, Datu Albi Ahmad Julkarnain said the Sultanate no longer confers such title since 1936 following the death of the last Sultan, Sultan Jamalul Kiram II (1894-1936).

In other words, all those ‘Datu’ titles purportedly conferred by the Sulu Sultan after 1936 are invalid. “only the reigning Sultan can confer such title to a deserving person who has exhibited excellent service and contribution,” Albi Asid said in a statement issued here yesterday.

Albi who is currently here with his entourage of senior government officials for a private visit, was responding to complaints received from some local dignitaries over the alleged syndication of such title by certain individuals who proclaimed themselves as the Sultan of Sulu.

He appealed to the Malaysian authority to act against those individuals and syndicates who are involved in the syndication of such titles.

“This such be stopped once and for all,” he said.

Meanwhile, he also urged the Tausug people, citizens of Sulu Sultanate currently living and working in Malaysia,Sabah in particular, to bear with the interim government while it strives to restore the Sultanate. – MICHAEL TEH (michael@newsabahtimes.com.my)

KEMALANGAN DI JALAN TUNGKU LAHAD DATU

Two dead in three-car crash


15th January, 2011

LAHAD DATU:  Two people were killed, one seriously injured and two others hurt in a three-vehicle crash at KM19 of Jalan Lahad Datu-Tunku yesterday morning.

The victims were identified as Abdul Santa Maung, 42, and Tanjung Jelenty, 42. Abdul was driving a Proton Aeroback and Tanjung was seated in front.

They died on the spot as a result of serious injuries sustained to the head and body.

The identities of the three others who were hurt have not yet been ascertained and they have been sent to the Lahad Datu Hospital.

Other than the Proton Aeroback, the two other vehicles in the accident that occurred at about 8.30am, were a 10-tonne lorry and a four-wheel-drive (4WD) vehicle.

Acting Lahad Datu District Police Chief, ASP Bong Kuet Khiun,said the accident was believed to have occurred when the lorry, while on the way from Tunku to Lahad Datu, attempted to overtake the Proton Aeroback which was carrying the family of six.

“While attempting to overtake, a 4WD vehicle appeared from the opposite direction causing the lorry to cut into the path of the Aeroback. In the ensuing move, the lorry clipped the front right of the Proton Aeroback which caused the smaller vehicle to swerve and veer straight into the collision path of the approaching 4WD vehicle,” he said yesterday.

Bong said the lorry driver fled immediately from the scene of the accident.

“Investigations are underway and we are tracking the lorry driver,” he said.

Bong also said that the Lahad Datu Fire and Rescue Team rushed immediately to the scene to help extricate the victims trapped inside the Proton Aeroback.

The bodies of both victims were sent to the Lahad Datu Hospital before they were claimed by their families. – MARLINA MACPEE (marlina@neb)

ISU GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH


Kementerian Pelajaran diminta tunai janji
5th January, 2011
 
KOTA MARUDU : Kementerian Pelajaran Malaysia diminta menunaikan janjinya terhadap guru-guru sandaran sekolah menengah yang tidak terlatih akan dilantik semula seperti mana guru yang sama di Sekolah Ugama Islam dan Sekolah Rendah Kebangsaan.


Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Marudu, Baintin Adun @ Abdul Halim memberitahu beliau amat terkilan apabila ramai guru-guru yang terbabit bertemu dengan beliau dan mohon masalah ini dikemukakan ke Kementerian Pelajaran Malaysia.


Baintin berkata beliau difahamkan lebih 1,000 orang guru sandaran belum menerima pelantikan semula jawatan mereka sehingga ke hari ini.


Katanya sebagai pemimpin (NGO) di pering- kat Bahagian dan akar umbi beliau menghubungi Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia Datuk Dr Fuad Zarkashi untuk menyelesaikan masalah ini namun tidak ada sebarang tindakan yang diambil setakat ini.


“Memandangkan guru merupakan pendidik kepada anak-anak bangsa yang amat besar maknanya kepada semua pihak saya merayu kepada Timbalan Menteri Pelajaran khasnya agar perkara ini dapat diselesaikan dalam masa yang terdekat disebabkan musim persekolahan sudah pun bermula dua hari lepas,” katanya.


Baintin yang juga Presiden Persatuan Kimaragang yang ditemui di Pejabat Perhubungan Umno Kota Marudu di sini kelmarin, juga merayu kepada guru-guru terbabit agar bersabar akan perlantikan mereka.


Katanya tidak ada kerajaan sebaik kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak mahu rakyatnya senantiasa bermasalah didalam negara sendiri.