RASHID KABOD BERITA SABAH

RASHID KABOD BERITA SABAH

MASTER PROF@CIKGU RASHID KABOD
, Master Professional In General Management, Consultancy & Negotiator and Problem Solving(Public Sector, Govt & Private Sector), etc...
Leading to Doctorate Degree : PhD In Professional Communication, PhD In Political Science - Strategy & Implementation, Doctor Of Management, Doctor Of Business Admin, Doctor Of Education
and Doctor Of Laws - International (PR) & Laws(USA).

Qualifications / Skills / Experiences :
Executive Master - MBA (BWI-SCU) London UK, International Professional Fellowship (FIPFM) London UK, Kursus Diploma In Banking (UiTM), Kursus Sarjana Muda Undang - Undang (UM), Dip In Mgmt (DIM-UM),
Dip In Admin (DPA-PIM),
Dip In Edu (DPK-KPM), Cert Of Edu (CED-MPS), Cert Of TESL (JPS), Professional Of English Teaching (MPIK-KL), Professional Of English & Malays Language - College Of International Languages (MPBA-KL), Recognised
Professional In Life Insurance (PCE-LIAM), Recognised Professional In Management (AMIM-MIM), Recognised Professional In Public Relation / Perhubungan Awam (AMPRM-IPRM), Cert Of National Translation Institute (MSIA) / Institut Terjemahan Negara (ITNM), Cert Of Journalist / Wartawan (BERITA SABAH).

PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN PENDUDUK NEGERI SABAH
PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN PENDUDUK DAERAH SEMPORNA
PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN WARIS - WARIS PULAU DENAWAN & KG MENTALITIP SEMPORNA
PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN BAJAU SEMPORNA SABAH

PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI PANGLIMA NUJUM PULAU SIPADAN
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI IMAM HJ KABOD KG MANTALITIP
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI E-LAH DENAWAN SEMPORNA
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI DAYANG MAS & ANAK ANAK MANTALITIP
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI DAYANG LOY & ANAK ANAK SEMPORNA

Blogsite :
www.rashidkabodberitasabah.blogspot.com

Facebook :
Rashid Kabod Berita SABAH
Rashid Kabod Berita SEMPORNA
Rashid Kabod Pembangunan Semporna
Rashid Kabod Sekolah Semporna
Rashid Kabod Politik (Semporna, Sabah, Malaysia)

Nature Of Business :
Services : General References, General Businesses, Advertising & Marketing, Import & Export, Professional In Management, Consultation, Negotiation & Brokerage, etc.....

Organiser :
Master Of Ceremony ( MC ), Speech & Debate, Events, Seminar, Courses, Workshop, Concert, Sport, Games, Cultures & Carnivals, etc.....

Freelance :
Society Activist & Independent & Volunteer People Complaints, Arbitrator, Journalist, Blogger, Political Analyst & Observer, NGO, R & D ( Research & Development) and I & PW - Logistic ( Intelligent & PhsycoWar - Logistic ), etc...

Skills :
MC ( Master Of Ceremony ). Emcee & Deejay,
Declamator & Debator. Facilitator, speech , Mediator, Commentator, Interpreter & Editor, Author & Composer and PRO, Chairperson Of Meeting & Forum, and Permanent Chairperson Of Meeting & Convention, Representative Of Officiate Open Ceremony and Election Campaign & Prime Speech, Forum, Debator and Motion Debator Of Convention etc ...

Recognition : The Best Speaker and Debator Of Competition In Sabah ( Since 1985 ), ProActive In Motion Debator, Dialogue & Discussion, Forum and Seminar ( State, Nation, Asean, BIMP-EAGA & International ), etc...


Charges :
Consultation Fee, Management Cost, Brokerage Commission and Receive ( Other Payments ) etc .....


Selasa, 18 Jun 2013

BANGUNAN SURAU HUJUNG KASTAM SEMPORNA AKAN DIROBOH OLEH USAHAWAN CINA BERAGAMA KRISTIAN



Ulasan Oleh ADMIN, Blogger : Rashid Kabod Berita Sabah

SEMPORNA SABAH :

LAPORAN OLEH PENGERUSI JAWATAN KUASA BERTINDAK :

TUAN SAKMAN BIN ASKAN

SEAFEST HOTEL SDN BHD, sedang / telah menimbus dengan tanah air laut kawasan depan melibatkan kawasan Kastam Semporna dan bangunan serta tapak SURAU HUJUNG KASTAM SEMPORNA, ( seperti dalam gambar - gambar tersebut di atas ).

SEAFEST HOTEL tersebut, merancang MEROBOH BANGUNAN SURAU ITU tanpa gantian bangunan surau yang baru, sebab surau itu berada dalam kawasan tanah yang di pohon oleh Seafest Hotel tersebut dan telah diluluskan oleh Pejabat Tanah & Ukur Negeri Sabah, Cawangan Semporna ( PPHT SEMPORNA ).

SURAU HUJUNG KASTAM SEMPORNA ITU, telah dirikan oleh Orang - Orang Islam Penduduk Daerah Semporna sejak Tahun 1985, kewujudannya sudah lama di lokasi itu, lebih kurang sudah 27 tahun sehingga tahun 2013 ini.

OLEH YANG DEMIKIAN, majoriti Penduduk Islam Daerah Semporna, Orang - Orang Islam yang berhampiran, Nelayan - Nelayan Islam, Pelawat dan Pelancong Islam dalam dan luar Daerah / Negeri Sabah serta dalam dan luar Negara Malaysia adalah ............................

mencadangkan supaya dibina SURAU YANG BARU di kawasan yang berhampiran atau berdekatan dengan lokasi surau itu, untuk kemudahan mereka Orang Islam singgah MENUNAIKAN SHOLAT / SEMBAHYANG seperti biasa mereka lakukan di situ dan yang diwajibkan kepada Orang - Orang Islam.

Jika cadangan diterima dan diluluskan membina surau yang baharu di kawasan itu sungguh baik sekali dan dengan design moden untuk menambah kecantikan landscape Seafest Hotel tersebut yang berorientasikan konsep pelancongan adalah sangat di alu - alukan dan dirakamkan penghargaan setinggi - tinggi tahniah dan terima kasih.

PERBUATAN MEROBOHKAN SURAU TANPA GANTIAN ADALAH DIKUTUK DAN DIBENCI SERTA DIMURKA OLEH ALLAH SWT ....... SAMPAI HARI KIAMAT.

Jika yang meroboh SURAU itu pengusaha Seafest Hotel itu yang berbangsa CINA  ( Datuk Chua Ching Wah ) yang beragama Kristian atau Buddha atau Hindu atau Pagan atau jika ada Pemimpin Islam dibelakangnya ( berlakon disebalik tabir ) yang terlibat hanya sekadar untuk kepentingan peribadi dan busines mereka, sanggup MEROBOHKAN SURAU RUMAH ALLAH...

MAKA ORANG ISLAM ITU WAJAR JIHAD MENENTANGNYA DEMI PERTAHANKAN MARUAH AGAMA ISLAM DAN ORANG - ORANG ISLAM...............

Pihak - Pihak yang berkenaan adalah dituntut melibatkan diri sebagai perunding atau alternator ( orang tengah ) untuk menyelesaikan krisis ini secara diplomasi dan damai demi kebaikan bersama ...... INSYALLAH .......

DAN Pahala serta Ganjaran Besar kurniaan Allah SWT sedang menanti ANDA yang bijaksana sebagai Pembela Agama Islam Agama Suci Agama ALLAH SWT ........SUBAHANALLAH........

TAKBIR ..... ALLAHU AKHBAR

TAKBIR ...... ALLAHU AKHBAR

TAKBIR........ALLAHU AKHBAR 






Isnin, 17 Jun 2013

SURAU HUJUNG KASTAM SEMPORNA, Depan Seafest Hotel Sdn Bhd , Jalan Causeway. 91309 Semporna Sabah Malaysia



SEAFEST HOTEL SEMPORNA, SABAH - MALAYSIA

Ahad, 16 Jun 2013

Di parlimen dan parti, Najib mengalami 

déjà vu



Oleh Jahabar Sadiq, Pengarang

Dengan seminggu sebelum sidang Parlimen bermula, ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengadakan perbincangan yang boleh menentukan sama ada Datuk Seri Najib Razak mampu meneruskan mandat peribadinya sehingga pilihan raya umum akan datang.

Walaupun tiada ancaman serta merta terhadap pengerusi BN itu untuk jawatannya, sekumpulan penggubal undang-undang gabungan pemerintah itu mahukan tawaran lebih baik untuk menghentikan mereka daripada sama ada untuk menyokong Tengku Razaleigh Hamzah atau menukar kepimpinan dalam pemilihan Umno akhir tahun ini.

Dengan hanya memenangi 133 kerusi Parlimen, penganalisis mengatakan Najib tidak berada dalam kedudukan untuk berhujah dengan ahli-ahli Parlimen ini kerana hanya dengan pembelotan 23 daripada mereka menyertai Pakatan Rakyat (PR) untuk jawatan atau keistimewaan lain boleh menyaksikan kerajaan baru terbentuk di Malaysia.

Akan tetapi The Malaysian Insider difahamkan, ancaman tersirat itu digunakan dalam lingkungan Umno untuk memastikan Najib tunduk kepada garis parti dan mengurangkan pembaharuan ekonomi, kerajaan dan politik beliau.

Penulis-penulis blog pro Umno dari kem Mahathir telah mendesak agar penasihat-penasihat penting Najib meletakan jawatan untuk mengambil tanggungjawab terhadap kegagalan strategi bagi membantu BN menang lebih banyak kerusi dalam Pilihan Raya 2013, termasuk memberikan lebih banyak wang tunai dan bantuan kepada sekolah dan organisasi bukan Melayu selain dari mengurangkan sekatan perniagaan.

Bersama-sama dengan kumpulan dan pertubuhan perniagaan Melayu, mereka percaya Najib sekarang harus memberikan lebih banyak kepada Melayu dan tidak perlu menghiraukan kaum lain – pandangan membimbangkan sekutu Najib dan negara lain yang mesra kepada perdana menteri.

Akan tetapi Najib telah mengatakan beliau akan meneruskan polisi di bawah program transformasinya untuk merancakkan ekonomi tempatan dan menggerakkan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Beliau juga telah menamakan 20 ahli Parlimen Malaysia Timur sebagai menteri dan timbalan menteri akan tetapi selebihnya turut mahukan jawatan selain daripada ahli-ahli Parlimen Umno yang tidak dinamakan menyertai Kabinet dan dilantik jawatan kanan lain.

“Beliau perlu memuaskan ahli-ahli Parlimen Borneo dan juga ahli-ahli Parlimen Umno atau akan berhadapan dengan pemberontakan,” kata ahli politik kanan BN kepada The Malaysian Insider.

Najib bukanlah presiden Umno pertama yang berhadapan dengan ancaman seperti ini.
Pendahulunya mengalami ancaman sama selepas Pilihan Raya 2008, dari dalam partinya dan juga PR yang mengatakan mereka akan merampas Putrajaya pada 16 September, 2008 dengan pembelotan ahli-ahli Parlimen BN.

Pentadbiran Abdullah menguruskan ancaman itu dengan serius apabila menghantar 49 ahli Parlimen ke Taiwan untuk lawatan sambil belajar mengenai teknologi pertanian, lebih seminggu sebelum tarikh itu yang juga merupakan Hari Malaysia.

Parti tunjang PR, PKR menghantar beberapa orang pemimpin ke Taiwan untuk bercakap dengan ahli-ahli Parlimen BN akan tetapi ancaman itu tidak menjadi kenyataan.

Tetapi ia mencukupi untuk menyebabkan Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan presiden Umno enam bulan kemudian pada April 2009, selepas menerima tekanan dari ahli-ahli Parlimen BN dan partinya.

Ironinya, sesetengah ahli-ahli Parlimen yang menyertai lawatan ke Taiwan itu sekarang merupakan sebahagian daripada kumpulan - berbincang dengan Tengku Razaleigh untuk membelot menyertai PR.
Putera Kelantan itu, sekarang merupakan satu-satunya ahli Parlimen sejak era bapa Najib, Tun Abdul Razak Hussein dan bercita-cita untuk menjadi perdana menteri semenjak 1987 apabila beliau mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan presiden Umno.

“Mereka yang berjumpa dengan Ku Li boleh memulakan seawal minggu hadapan untuk menonjolkan pendirian mereka,” kata sumber BN menggunakan nama samaran bekas naib presiden Umno itu.

Akan tetapi terdapat keraguan Tengku Razaleigh boleh berjaya mendapatkan cukup ahli-ahli Parlimen BN bagi menyertai PR dalam undi tidak percaya kepada Najib atau pembelotan untuk kerajaan perpaduan.
“Seperti Pak Lah, Najib boleh melawan semula cabaran seperti itu. Akan tetapi seperti Pak Lah juga, adakah itu mencukupi untuk menghentikan Umno untuk bertindak terhadapnya?” kata sumber BN itu merujuk kepada nama gelaran Abdullah.

“Sekarang itulah persoalan besarnya,” tambah beliau.

Akan tetapi sumber mengatakan beliau menjangkakan Najib akan memulakan langkah untuk menghentikan dua ancaman terhadap kedudukannya pada minggu hadapan sebelum Parlimen bermula.
“Ia seharusnya menjadi minggu yang menarik,” katanya. – 17 Jun, 2013.

Sabtu, 15 Jun 2013

Najib, Anwar in Jakarta, speculation mounts of possible meeting


By Jahabar Sadiq
Editor
KUALA LUMPUR, June 15

 Datuk Seri Najib Razak and political arch-rival Datuk Seri Anwar Ibrahim are in Jakarta today, fueling talk of a meeting that could help the prime minister face down possible rivals in parliament and his own party after poor results in Election 2013.

The Malaysian Insider understands that the meeting has been in the works for at least a week, just as Najib is facing a likely challenge in the Umno elections this year end and a possible motion of no confidence after parliament convenes on June 24.

It is learnt that Home Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, who is close to both leaders, has been tasked to facilitate the meeting. He is in Jakarta for a bilateral visit.

"A meeting has been set up with Najib before Anwar meets Indonesian President Susilo Bambang Yudhoyono on Satuday," a source told The Malaysian Insider.

Aides to both leaders are tightlipped about the meeting but sources say the duo have a common interest in preventing other challengers for the prime minister's post.

Tengku Razaleigh Hamzah has been meeting disgruntled Barisan Nasional (BN) lawmakers this past week to discuss his leadership bid in the 222-seat Dewan Rakyat while Najib's deputy, Tan Sri Muhyiddin Yassin, has been coy about a possible challenge in Umno polls this year end.

Most political analysts say Najib is too popular, even more than his party, to lose his government and party posts.

"But Najib is facing twin strikes against him, so he needs to find some allies," another source told The Malaysian Insider, noting the irony that Anwar himself wanted the country's top post.

It is not known if the Indonesian president is aware of the talks in his capital city but former Indonesian vice-president Jusuf Kalla mediated between both leaders before the May 5 general elections for a peaceful electoral campaign.

But Kalla had said the deal broke after Anwar began a nationwide campaign to protest the Election 2013 results. The PKR leader said Najib never signed the pact despite a verbal agreement.

Malaysian leaders, especially Umno, have been known to hold private meetings in Jakarta, which is about two hours flight from Kuala Lumpur, to avoid publicity and gossip.

Najib and Anwar are known to have close ties with Indonesian leaders, who are keen to see stability in neighbouring Malaysia which employs some two million Indonesian professionals, workers and housemaids.

Both Anwar and Najib were part of the Team Wawasan or Vision Team that swept through top posts in the 1993 Umno polls, with Muhyiddin, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib and Datuk Seri Abdul Rahim Thamby Chik.

Umno sacked Anwar in 1998 after he was fired on sodomy and corruption charges while Muhammad left the party before last month's general elections.

Zahid was the then Anwar ally and Umno Youth leader who used the Indonesian term KKN for corruption, cronyism and nepotism in a thinly-veiled attack against Malaysia's longest-serving prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad in the 1998 Umno assembly.

He was briefly held under the Internal Security Act (ISA) while Anwar was fired as deputy prime minister and deputy Umno president on sodomy and corruption charges just months after that assembly.

Selepas PRU13, Dr M tunai janji untuk mula kritik Najib



Oleh Jahabar Sadiq
Pengarang
KUALA LUMPUR, 15 Jun – Beberapa minggu sebelum Pilihan Raya 2013 dalam satu sesi tertutup dengan ahli politik Umno Johor, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa semua orang bersatu di belakang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan kemenangan besar Barisan Nasional (BN).

Bekas perdana menteri itu menegaskan, ini bukan masanya untuk bercakap soal kelemahan kepimpinan Najib atau tindakannya yang sering tidak menggerakkan polisi sehingga mendapat konsensus.

Akan tetapi pemimpin kanan Umno Johor mengatakan, Dr Mahathir memberitahu dengan jelas, sebaik sahaja pilihan raya berakhir, beliau akan bercakap dan mengkritik Najib secara terbuka jika perlu.

Ahli politk di Kedah juga mengatakan Dr Mahathir bercakap dengan nada sama mengenai Najib dalam pertemuan tertutup sebelum pilihan raya.

Dr Mahathir kelihatan menunaikan janjinya.

Selepas pilihan raya umum 5 Mei yang menggembalikan kuasa BN akan tetapi tidak membawa kembali majoriti dua pertiga atau kemenangan di Selangor atau Pulau Pinang, perdana menteri paling lama berkhidmat itu telah mengkritik strategi pilihan raya Najib, kelemahan penasihat Najib dan halatuju pentadbirannya.

Dr Mahathir juga memberitahu dengan jelas pertandingan jawatan tertinggi Umno seharusnya diadakan, mengatakan ia akan menunjukkan kepada rakyat Malaysia demokrasi masih lagi hidup dalam parti nasionalis Melayu itu.

Setakat ini, Dr Mahathir masih belum lagi bercakap secara terbuka tentang Najib akan tetapi telah melakukan dalam perjumpaan tertutup dengan eksekutif kewangan dan ahli politik serta dalam surat-menyurat.

Beliau juga mengulangi keperluan untuk pertandingan bagi jawatan presiden Umno di perjumpaan dengan pengurus-pengurus dana di Kuala Lumpur semalam.

Penulis blog pro Umno - menyokong bekas perdana menteri itu telah menyelar ahli-ahli politik yang menggesa tiada pertandingan bagi dua jawatan tertinggi parti, jika di sokong oleh majlis tertinggi parti akan menyaksikan Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai perdana menteri dan timbalan perdana menteri.

Seorang penulis blog menjalankan tinjauan atas talian sama ada Najib harus kekal sebagai presiden Umno, dengan 75 peratus daripada responden setakat ini tidak menyokong Najib.

Walaupun tidak lagi aktif dalam Umno atau memegang sebarang jawatan, Dr Mahathir terus mendapat sokongan dalam parti dan pernah mengetuai gerakan untuk mendesak peletakan jawatan Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas pilihan raya umum 2008.

Masih belum terdapat bukti beliau mahu menyingkirkan Najib akan tetapi terdapat meklumat mengatakan Dr Mahathir mahu memberikan lebih banyak input untuk polisi dan pembuatan keputusan peringkat tertinggi dan menubuhkan badan penasihat ekonomi.