RASHID KABOD BERITA SABAH

RASHID KABOD BERITA SABAH

MASTER PROF@CIKGU RASHID KABOD
, Master Professional In General Management, Consultancy & Negotiator and Problem Solving(Public Sector, Govt & Private Sector), etc...
Leading to Doctorate Degree : PhD In Professional Communication, PhD In Political Science - Strategy & Implementation, Doctor Of Management, Doctor Of Business Admin, Doctor Of Education
and Doctor Of Laws - International (PR) & Laws(USA).

Qualifications / Skills / Experiences :
Executive Master - MBA (BWI-SCU) London UK, International Professional Fellowship (FIPFM) London UK, Kursus Diploma In Banking (UiTM), Kursus Sarjana Muda Undang - Undang (UM), Dip In Mgmt (DIM-UM),
Dip In Admin (DPA-PIM),
Dip In Edu (DPK-KPM), Cert Of Edu (CED-MPS), Cert Of TESL (JPS), Professional Of English Teaching (MPIK-KL), Professional Of English & Malays Language - College Of International Languages (MPBA-KL), Recognised
Professional In Life Insurance (PCE-LIAM), Recognised Professional In Management (AMIM-MIM), Recognised Professional In Public Relation / Perhubungan Awam (AMPRM-IPRM), Cert Of National Translation Institute (MSIA) / Institut Terjemahan Negara (ITNM), Cert Of Journalist / Wartawan (BERITA SABAH).

PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN PENDUDUK NEGERI SABAH
PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN PENDUDUK DAERAH SEMPORNA
PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN WARIS - WARIS PULAU DENAWAN & KG MENTALITIP SEMPORNA
PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN BAJAU SEMPORNA SABAH

PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI PANGLIMA NUJUM PULAU SIPADAN
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI IMAM HJ KABOD KG MANTALITIP
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI E-LAH DENAWAN SEMPORNA
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI DAYANG MAS & ANAK ANAK MANTALITIP
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI DAYANG LOY & ANAK ANAK SEMPORNA

Blogsite :
www.rashidkabodberitasabah.blogspot.com

Facebook :
Rashid Kabod Berita SABAH
Rashid Kabod Berita SEMPORNA
Rashid Kabod Pembangunan Semporna
Rashid Kabod Sekolah Semporna
Rashid Kabod Politik (Semporna, Sabah, Malaysia)

Nature Of Business :
Services : General References, General Businesses, Advertising & Marketing, Import & Export, Professional In Management, Consultation, Negotiation & Brokerage, etc.....

Organiser :
Master Of Ceremony ( MC ), Speech & Debate, Events, Seminar, Courses, Workshop, Concert, Sport, Games, Cultures & Carnivals, etc.....

Freelance :
Society Activist & Independent & Volunteer People Complaints, Arbitrator, Journalist, Blogger, Political Analyst & Observer, NGO, R & D ( Research & Development) and I & PW - Logistic ( Intelligent & PhsycoWar - Logistic ), etc...

Skills :
MC ( Master Of Ceremony ). Emcee & Deejay,
Declamator & Debator. Facilitator, speech , Mediator, Commentator, Interpreter & Editor, Author & Composer and PRO, Chairperson Of Meeting & Forum, and Permanent Chairperson Of Meeting & Convention, Representative Of Officiate Open Ceremony and Election Campaign & Prime Speech, Forum, Debator and Motion Debator Of Convention etc ...

Recognition : The Best Speaker and Debator Of Competition In Sabah ( Since 1985 ), ProActive In Motion Debator, Dialogue & Discussion, Forum and Seminar ( State, Nation, Asean, BIMP-EAGA & International ), etc...


Charges :
Consultation Fee, Management Cost, Brokerage Commission and Receive ( Other Payments ) etc .....


Rabu, 18 Jun 2014

Isnin, 16-06-2014

Insiden penculikan Sabah 
kerana risikan lemah, kata Zahid 



Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kelonggaran kawalan keselamatan yang lemah di Sabah bukan berpunca daripada kekurangan peruntukan tapi kerana kelemahan risikan. Menteri Dalam Negeri tersebut berkata peruntukan yang diberikan kepada Zon Keselamatan Timur Laut Sabah (Esscom) mencukupi. "Kurang peruntukan?

Saya rasa cukup buat ketika ini," kata Zahid dalam sidang media selepas pertemuan dengan Kedutaan Amerika Syarikat hari ini di Hotel Royale Chulan, Damansara.

Menurut Zahid, pihak Esscom tidak boleh bergantung kepada kawalan dan peralatan yang canggih semata-mata tetapi perlu mengukuhkan risikan mereka. "Ia tidak boleh ditingkatkan hanya menggunakan kaedah konvensional sahaja dan peralatan serta aset yang canggih tidak mencukupi. "Ia mesti dilakukan dengan meletakan jaringan memperoleh maklumat melalui risikan daripada pihak Filipina," kata beliau.

Zahid juga tidak menolak kes-kes seperti penculikan tersebut akan sentiasa berulang, memandangkan kumpulan penculik mahu mendapatkan wang tebusan. Beliau menggesa supaya Esscom supaya mengukuhkan lagi persiapan mereka dan mengetatkan kawalan di perairan Sabah. "Pihak Esscom perlu lebih bersiap siaga dan jangan pernah lalai dalam operasi yang dilakukan," kata beliau.

Insiden penculikan di Sabah semakin membimbangkan, malah hari ini dua lagi insiden penculikan dilaporkan berlaku di Kunak, Tawau. April lalu, insiden penculikan di Semporna berulang selepas pelancong dikenali sebagai Gao Hua Yun, 29, dari Shanghai, China dan pekerja Filipina, Marcy Dayawan @ Mimi dibawa lari dari Singamata Reef Resort. Bagaimanapun, warga China tersebut dibebaskan sebulan kemudiaan.

Kejadian terbaru ini mengulangi insiden yang berlaku tahun lepas dimana dua kes penculikan membabitkan nelayan di atas bot mereka pada April dan pada November pula, pelancong Taiwan diculik dari Pulau Pom-Pom. Esscom ditubuhkan susulan insiden penculikan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah serta menerima peruntukan tambahan sebanyak RM75 juta daripada kerajaan pusat daripada peruntukan awal bernilai RM286 juta.

 Bagaimanapun keberkesanan agensi tersebut menjadi pertikaian apabila insiden penculikan masih berulang di Sabah. – 16 Jun, 2014.

Kementerian Kewangan nafi kutipan cukai akan dilabur dalam saham


Kementerian Kewangan hari ini menafikan laporan bahawa cukai yang dikutip oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan digunakan untuk melabur dalam saham atau bon.

"Kami mahu LHDN mampu berdikari dengan memberikannya fi agensi untuk mengurus kos operasi.
"Sebagai contoh, selepas perbelanjaan seperti pembayaran bonus, ia boleh menyimpan semua simpanan dalam deposit tetap sebagai pelaburan," kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah selepas menghadiri Sidang Kemuncak CFO 2014 di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian semasa ditanya pemberita mengenai kontroversi pembentangan rang undang-undang mengenai cadangan pindaan kepada LHDN Malaysia 1995 [Akta 533].
"Cadangan rang undang-undang itu bertujuan memberikan LHDN fleksibiliti untuk menyediakan skim gaji dan mengambil pekerjanya sendiri, yang akan meningkatkan produktiviti dan kecekapan," kata Irwan.

Beliau berkata Singapura dan Kanada sebagai contoh, LHDN negara berkenaan berdikari, dan menyumbang kepada peningkatan produktiviti selain kutipan cukai juga tinggi.

Menurut Irwan, pihak berkuasa mengkaji menawarkan 1.5% daripada cukai yang dikutip sebagai fi agensi kepada LHDN, namun cadangan itu belum dimuktamadkan.

Angka itu diperoleh daripada hasil yang dikutip LHDN sejak 10 tahun lepas, dan perbelanjaan operasinya dalam tempoh itu, katanya.

Semalam, Kementerian Kewangan berkata kerajaan menangguhkan pembentangan rang undang-undang itu yang dijadual pada minggu ini ke sesi Parlimen akan datang, pada Oktober, bagi membolehkan semakan lanjut dibuat. – Bernama, 18 Jun, 2014

Laporan audit tebal tapi perasuah tidak dibawa ke muka pengadilan, kata DAP



DAP membidas Putrajaya kerana walaupun Laporan Ketua Audit Negara yang tebal setiap tahun dikeluarkan tetapi masih tiada pesalah rasuah diheret ke muka pengadilan.



Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua menyifatkan tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low membandingkan laporan audit Malaysia dan Singapura sebagai tidak wajar.

"Laporan Audit Negara Malaysia lebih tebal 70 muka surat daripada laporan audit Singapura, tapi masih gagal membawa pesalah ke muka pengadilan yang menjadi punca kerugian berjuta ringgit," kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.

Pua menyelar kenyataan Low yang disifatkannya tidak bertanggungjawab dan memperbodohkan tahap pemikiran rakyat.

"Low jangan menghina tahap pemikiran rakyat Malaysia dengan mengatakan kerajaan lebih telus dan bertanggungjawab kerana laporan audit Malaysia lebih tebal berbanding Singapura," kata Pua.
Menurut Pua, jika dibandingkan dengan Singapura, kedudukan rasuah Putrajaya lebih parah malahan Indeks Persespi Rasuah (CPI) negara juga tidak memuaskan.

"Singapura berada pada tangga ke-5 dalam CPI yang dikeluarkan Transparency International, berbanding Malaysia yang berada pada kedudukan ke-53," kata Pua.

Pua juga berkata, tidak ada gunanya jika menjadi terbuka dan telus jika pembaziran masih lagi berulang hampir setiap tahun.

"Menteri tersebut patut malu kerana kerajaan gagal mengambil langkah berkesan untuk memperbaiki ketirisan yang berlaku dalam  laporan audit setiap tahun," kata Pua.

Semalam, Putrajaya mengadakan majlis taklimat untuk media mengenai Siri Pertama dan Kedua Laporan Ketua Audit Negara 2012 dan 2013 di Institut Integriti Malaysia di Kuala Lumpur.
Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dan ketua setiausaha beberapa kementerian.

Dalam ucapannya, Low memuji Laporan Audit Negara kerana lebih tebal berbanding Singapura.
Sebelum itu, dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) juga dihalang daripada sesi taklimat tersebut atas alasan ia merupakan tertutup untuk media sahaja. – 18 Jun, 2014.

SEMPORNA :  Rabu, 18-06-2014

Insiden penculikan di Sabah kebelakangan ini mesti diatasi segera agar tidak menjejas keyakinan rakyat terhadap tahap keselamatan negara, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal (gambar).

"Saya berharap sungguh supaya perkara ini dapat kita banteras sebaik mungkin, sama ada pembabitan orang dalam, kelemahan pasukan keselamatan atau pun ada unsur-unsur rasuah dan sebagainya.
"Buat apa yang sepatutnya. Jangan perkara ini di luar kawalan kita sehingga ia tidak boleh dikawal dan akan memudaratkan," kata Shafie.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Semporna, mengulas kejadian penculikan terbaharu di Kampung Sapang, barat Pulau Timbun Mata, Sabah pada 15 Jun.

Dalam kejadian kira-kira 12.40 tengah malam itu, pengusaha pusat ternakan ikan dalam sangkar, Chan Sai Chiun, 32, dan seorang pekerja yang hanya dikenali sebagai Mazlan berumur sekitar 20-an diculik dua lelaki bersenjata di pusat itu.

Ini merupakan kes penculikan ketiga di kawasan pantai timur Sabah tahun ini.
Pada 6 Mei lepas, lima lelaki bersenjata menculik seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China di Pulau Baik di Lahad Datu, sebulan selepas seorang pelancong wanita warga China diculik di sebuah resort di Semporna.

Mengulas lanjut Shafie berkata kejadian seumpama itu menjejaskan kehadiran pelancong ke negeri itu.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata insiden penculikan di Sabah memberi impak negatif terhadap sektor pelancongan, terutama kedatangan pelancong dari China.

Menurutnya, sehingga April lepas, sebanyak 76 penerbangan berjadual dan sewa khas dari China ke Kota Kinabalu dibatalkan. – Bernama, 18 Jun, 2014.

KOTA KINABALU:  Rabu, 18-06-2014

 Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) menetapkan kadar zakat fitrah yang wajib dibayar setiap individu Muslim yang bermastautin di Sabah pada tahun ini ialah RM7.

Pengerusi Muis Datuk Mohd Suhaili Said berkata, kadar berkenaan ditetapkan berdasarkan satu gantang Baghdad atau bersamaan 2.7kg beras yang dimakan oleh majoriti penduduk di Sabah.
"(Kutipan) Zakat fitrah pada tahun ini kita unjurkan daripada RM8.2 juta (tahun lalu) kepada RM8.5 juta iaitu anggaran pertambahan RM300,000," katanya ketika mengumumkan kadar zakat fitrah di Wisma Muis di sini hari ini.

Berdasarkan unjuran berkenaan Mohd Suhaili berkata pihak Muis akan berusaha meningkatkan kesedaran dan pengetahuan umat Islam di Sabah mengenai kewajipan membayar zakat serta fungsinya dalam sistem sosial masyarakat Islam termasuk melalui khutbah yang bakal disampaikan di masjid di seluruh Sabah.
Menurut Mohd Suhaili membayar zakat merupakan satu daripada bentuk penyucian harta yang dimiliki umat Islam termasuk pemastautin di Sabah dan jika ini difahami maka lebih ramai umat Islam akan menunaikan kewajiban mereka membayar zakat.

"Mereka (umat Islam bermastautin) yang bekerja di Sabah melebihi enam bulan atau setahun sepatutnya membayar zakat kepada amil-amil Muis atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (Jheains) yang wujud di kawasan masing-masing," katanya.

Mohd Suhaili berkata rakyat asing beragama Islam yang bekerja atau berniaga di Sabah sepatutnya membayar zakat di Sabah kerana di negeri itulah mereka mencari rezeki.
Katanya pada tahun ini Muis melantik 36 ketua amil dan 1,935 wakil amil di seluruh Sabah.
Mohd Suhaili juga berkata unjuran kutipan semua jenis zakat di Sabah tahun ini ialah RM55 juta berbanding RM49.2 juta yang dikutip pada tahun lepas.

Pada tahun ini juga katanya, Muis akan mengagihkan wang zakat berjumlah RM7.39 juta kepada 36,996 golongan asnaf termasuk fakir miskin serta mualaf dengan setiap asnaf menerima RM200.
"Kita sudah ada beberapa mekanisme dan pendekatan yang dirancang Bahagian Zakat bagaimana untuk meningkatkan kutipan zakat terutama zakat perniagaan," katanya. - Bernama

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,  Rabu, 18-06-2014

Hari ini memerintahkan syarikat penerbit dan dua editor laman portal Malaysiakini.com memfailkan pembelaan berhubung kes saman fitnah yang difailkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh.

Timbalan Pendaftar, Norfauzani Mohd Nordin menetapkan 1 Julai depan untuk Mkini Dotcom Sdn Bhd, Ketua Editor Malaysiakini.com, Steven Gan dan Ketua Pengarang, Fathi Aris Omar (defendan) berbuat demikian.



Kes itu didengar di dalam kamar dengan dihadiri peguam Ashok Kandiah yang mewakili semua defendan dan peguam Wan Azmir Wan Majid bagi pihak Najib dan Ab Rauf.

Di luar mahkamah, Ashok memberitahu pemberita Norfauzani turut menetapkan 15 Julai untuk Najib dan Ab Rauf memfailkan pernyataan balas iaitu selepas pembelaan difailkan defendan.

Ditanya adakah pihaknya akan membuat permohonan untuk membatalkan saman tersebut, Ashok berkata:"Saya akan merujuk kepada anak guam terlebih dahulu."

Norfauzani juga menetapkan 24 Julai untuk pengurusan kes.

Pada 30 Mei lalu, Najib yang memfailkan saman itu atas kapasiti peribadi dan Ab Rauf bagi pihak Umno mendakwa ketiga-tiga defendan melapor, mengeluar dan membenarkan penerbitan dua artikel berasingan bertajuk 'A case of the PM reaping what he sows' dan 'How much will Najib spend to keep Terengganu?'.
Kedua-dua artikel itu didakwa diterbitkan pada 14 Mei lalu.

Plaintif mendakwa, artikel tersebut diletakkan di bawah ruangan 'Yoursay' di laman web portal www.malaysiakini.com oleh semua defendan sendiri atau pembantu mereka melalui komen daripada pelanggan atau pengguna laman web itu yang kemudiannya digabungkan sebagai satu artikel di bawah tajuk utama.

Artikel pertama iaitu 'A case of the PM reaping what he sows' adalah berkaitan dasar kerajaan dan hudud manakala artikel kedua 'How much will Najib spend to keep Terengganu?' berhubung isu kemelut politik di Terengganu bulan lalu.

Najib dan Ab Rauf mendakwa defendan membenarkan penerbitan artikel berkenaan dengan sengaja selain mengetahui ia adalah tidak benar dan tuduhan melulu tanpa mempedulikan kebenarannya.
Najib mendakwa, kata-kata fitnah itu menjejaskan reputasinya sebagai ahli politik, presiden Umno dan perdana menteri.

Selain itu, kedua-dua plaintif mendakwa komen berkenaan membawa maksud secara sindiran untuk menunjukkan Umno tidak kompeten sebagai sebuah parti politik dan tulang belakang Barisan Nasional.
Mereka juga mendakwa, kata-kata finah itu bertujuan menggambarkan Umno menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan parti politik dan sebuah parti yang tidak demokratik serta sengaja mengada-adakan situasi yang tidak diingini.

Kedua-dua plaintif mendakwa akibat daripada penerbitan artikel itu, reputasi mereka terjejas teruk apabila Umno dikecam terutama di media sosial dan media massa.

Kedua-dua plaintif menuntut ganti rugi am dan khas yang akan ditaksirkan mahkamah serta ganti rugi teruk, ganti rugi keterlaluan, faedah, injunksi untuk menahan defendan atau pembantu mereka menerbitkan artikel itu dan perintah defendan menerbitkan permohonan maaf secara bertulis untuk diterbitkan di akhbar dan kos.

Bernama, 18 Jun, 2014.

Rantau Panjang:
Reference Harian Metro. Rabu, 18-06-2014

Orang ramai pasti mencemuh dan menganggap saya kejam kerana sanggup merantai kaki adik sendiri, namun saya tiada pilihan demi keselamatannya,” kata Rohani Abdul Rahman, 30, mengenai keadaan adik bongsunya, Muhamad Saiful Riduan, 19. Muhamad Saiful yang mengalami masalah sindrom Down terpaksa dirantai oleh keluarga di rumahnya di Kampung Kuin Merah, di sini, sejak empat tahun lalu, bagi mengelak dia keluar rumah dan membahayakan nyawa sendiri.



Menurut Rohani, adiknya sebelum itu pernah beberapa kali keluar dari semak sebaik melihat lori atau treler di jalan raya sebelum merebahkan dirinya di atas jalan.
Katanya, keadaan itu amat merisaukannya sebelum dia mengambil keputusan berbuat demikian ke atas adiknya itu.

Sebab itu saya mengambil tindakan begini, bukan kerana mahu mendera atau benci. Dia tetap dilayan seperti biasa kerana tidak pandai menguruskan diri,” katanya yang mengambil alih tugas arwah ibunya Rohmah Mat yang meninggal dunia hampir 10 tahun lalu.

Tinjauan semalam mendapati remaja terbabit ditempatkan di atas sebuah pangkin di depan rumah dengan kaki kanannya dirantai. Terdahulu, keluarga itu menerima kunjungan daripada Ketua Puteri UMNO Rantau Panjang Marie Suriani Abdullah.

Marie Suriani berkata pihaknya bersedia untuk membantu keluarga terbabit termasuk membantunya menjalani kehidupan seperti insan lain.
Kita bersedia membantu sekiranya jika perlu dirujuk ke bahagian psikiatrik dan menjalani rawatan,” katanya.