RASHID KABOD BERITA SABAH

RASHID KABOD BERITA SABAH

MASTER PROF@CIKGU RASHID KABOD
, Master Professional In General Management, Consultancy & Negotiator and Problem Solving(Public Sector, Govt & Private Sector), etc...
Leading to Doctorate Degree : PhD In Professional Communication, PhD In Political Science - Strategy & Implementation, Doctor Of Management, Doctor Of Business Admin, Doctor Of Education
and Doctor Of Laws - International (PR) & Laws(USA).

Qualifications / Skills / Experiences :
Executive Master - MBA (BWI-SCU) London UK, International Professional Fellowship (FIPFM) London UK, Kursus Diploma In Banking (UiTM), Kursus Sarjana Muda Undang - Undang (UM), Dip In Mgmt (DIM-UM),
Dip In Admin (DPA-PIM),
Dip In Edu (DPK-KPM), Cert Of Edu (CED-MPS), Cert Of TESL (JPS), Professional Of English Teaching (MPIK-KL), Professional Of English & Malays Language - College Of International Languages (MPBA-KL), Recognised
Professional In Life Insurance (PCE-LIAM), Recognised Professional In Management (AMIM-MIM), Recognised Professional In Public Relation / Perhubungan Awam (AMPRM-IPRM), Cert Of National Translation Institute (MSIA) / Institut Terjemahan Negara (ITNM), Cert Of Journalist / Wartawan (BERITA SABAH).

PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN PENDUDUK NEGERI SABAH
PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN PENDUDUK DAERAH SEMPORNA
PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN WARIS - WARIS PULAU DENAWAN & KG MENTALITIP SEMPORNA
PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN BAJAU SEMPORNA SABAH

PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI PANGLIMA NUJUM PULAU SIPADAN
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI IMAM HJ KABOD KG MANTALITIP
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI E-LAH DENAWAN SEMPORNA
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI DAYANG MAS & ANAK ANAK MANTALITIP
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI DAYANG LOY & ANAK ANAK SEMPORNA

Blogsite :
www.rashidkabodberitasabah.blogspot.com

Facebook :
Rashid Kabod Berita SABAH
Rashid Kabod Berita SEMPORNA
Rashid Kabod Pembangunan Semporna
Rashid Kabod Sekolah Semporna
Rashid Kabod Politik (Semporna, Sabah, Malaysia)

Nature Of Business :
Services : General References, General Businesses, Advertising & Marketing, Import & Export, Professional In Management, Consultation, Negotiation & Brokerage, etc.....

Organiser :
Master Of Ceremony ( MC ), Speech & Debate, Events, Seminar, Courses, Workshop, Concert, Sport, Games, Cultures & Carnivals, etc.....

Freelance :
Society Activist & Independent & Volunteer People Complaints, Arbitrator, Journalist, Blogger, Political Analyst & Observer, NGO, R & D ( Research & Development) and I & PW - Logistic ( Intelligent & PhsycoWar - Logistic ), etc...

Skills :
MC ( Master Of Ceremony ). Emcee & Deejay,
Declamator & Debator. Facilitator, speech , Mediator, Commentator, Interpreter & Editor, Author & Composer and PRO, Chairperson Of Meeting & Forum, and Permanent Chairperson Of Meeting & Convention, Representative Of Officiate Open Ceremony and Election Campaign & Prime Speech, Forum, Debator and Motion Debator Of Convention etc ...

Recognition : The Best Speaker and Debator Of Competition In Sabah ( Since 1985 ), ProActive In Motion Debator, Dialogue & Discussion, Forum and Seminar ( State, Nation, Asean, BIMP-EAGA & International ), etc...


Charges :
Consultation Fee, Management Cost, Brokerage Commission and Receive ( Other Payments ) etc .....


Sabtu, 2 Julai 2016

Tindakan pemimpin Umno, ketua cawangan Semporna keluar parti memalukan

Ref: New Sabah Time ONLINE

1st July, 2016
OLEH NAZRINI BADARUN
SEMPORNA: Tindakan pemimpin Umno dan ketua cawangan Semporna yang mengambil keputusan keluar parti tanpa berfikir dan terpengaruh dengan emosi semata-mata adalah sesuatu yang amat memalukan, kata Pemangku Ketua Umno Bahagian Semporna, Dato Sri Nasir Tun Sakaran.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Senallang berkata, tindakan itu seharusnya tidak berlaku kerana perjuangan parti bukan memperjuang nasib pemimpin tetapi perjuangan agama dan bangsa untuk membela rakyat dan daerah secara keseluruhannya.
“Pemimpin ini datang silih berganti tetapi parti itu kekal dan kalau keluar parti itu boleh bawa kebaikan kepada rakyat dan daerah mungkin boleh difikirkan tapi kalau sebaliknya ia bukan sahaja menyusahkan diri sendiri tetapi juga kepada rakyat dan daerah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perjumpaan Khas Bersama Ketua-Ketua Cawangan Umno Senallang di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Semporna di sini kelmarin.
Menurutnya, pemimpin dan ketua cawangan yang terlibat seharusnya tidak bertindak membuat keputusan sewenang-wenangnya keluar parti dan meninggalkan Umno tetapi perlu bertenang dan istiqamah serta berbincang terlebih dahulu di meja bulat.
“Jangan ikut emosi dan hati kerana apa yang berlaku kepada Datuk Mohd Shafie Apdal hanya digantung dan bukan dipecat, dan tindakan yang diambil Majlis Tertinggi Umno itu bukan sesuka hati tapi bersebab, jika ada kesalahan baru ambil tindakan, kalau tidak dia (Shafie) masih pemimpin kita,” katanya.
Jelasnya, mereka yang terlibat juga seharusnya memikirkan jasa parti bukan sahaja kepada diri tetapi juga kepada rakyat dan daerah yang merasai kuasa pemerintahan dengan kerajaan yang tidak pernah mengabaikan kebajikan dan segala kemudahan infrastuktur di daerah ini.
“Lupakah kita masa susah dulu dalam tempoh yang begitu lama dan dengan kedatangan Umno maka terselamat Sabah dan sama-sama kita merasa kuasa pemerintahan, jadi ini harus difikirkan jangan ikut hati perasaan, perlu istiqamah, bertenang, berbincang,”ujarnya lagi.
Mengulas lanjut Nasir berkata, Umno perlu terus kukuh dan kekal kuat di daerah ini seperti mula bertapak dan bukan berpecah belah serta perlu terus berjuang untuk membela nasib rakyat dan daerah ini agar terus membangun dan tidak ketinggalan daripada daerah lain.
“Kita perlu terus bersatu demi rakyat dan bukan atas kepentingan peribadi kerana rakyat dan daerah ini masih memerlukan bantuan kerajaan, jangan jadikan rakyat dan daerah kita ini tidak mendapat pembangunan kerana tidak seiring dengan kerajaan negeri dan pusat,” katanya.
Sementara itu mengenai jawatan pemangku Umno Bahagian itu, Nasir berkata beliau tidak pernah ingin merebut atau memgambil jawatan yang diserahkan kepadanya tetapi hanya bagi memastikan Umno Bahagian itu tidak terumbang ambing tanpa haluan.
Majlis berkenaan dihadiri 90 peratus ketua cawangan dan ajk bahagianDUN Senallang yang dibuat bagi memberi penerangan ekoran pengumuman perletakkan jawatan Naib Presiden Umno Bahagian Semporna, Datuk Jaujan Sambakong dan beberapa ketua cawangan bahagian ini pada Isnin.