RASHID KABOD BERITA SABAH

RASHID KABOD BERITA SABAH

MASTER PROF@CIKGU RASHID KABOD
, Master Professional In General Management, Consultancy & Negotiator and Problem Solving(Public Sector, Govt & Private Sector), etc...
Leading to Doctorate Degree : PhD In Professional Communication, PhD In Political Science - Strategy & Implementation, Doctor Of Management, Doctor Of Business Admin, Doctor Of Education
and Doctor Of Laws - International (PR) & Laws(USA).

Qualifications / Skills / Experiences :
Executive Master - MBA (BWI-SCU) London UK, International Professional Fellowship (FIPFM) London UK, Kursus Diploma In Banking (UiTM), Kursus Sarjana Muda Undang - Undang (UM), Dip In Mgmt (DIM-UM),
Dip In Admin (DPA-PIM),
Dip In Edu (DPK-KPM), Cert Of Edu (CED-MPS), Cert Of TESL (JPS), Professional Of English Teaching (MPIK-KL), Professional Of English & Malays Language - College Of International Languages (MPBA-KL), Recognised
Professional In Life Insurance (PCE-LIAM), Recognised Professional In Management (AMIM-MIM), Recognised Professional In Public Relation / Perhubungan Awam (AMPRM-IPRM), Cert Of National Translation Institute (MSIA) / Institut Terjemahan Negara (ITNM), Cert Of Journalist / Wartawan (BERITA SABAH).

PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN PENDUDUK NEGERI SABAH
PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN PENDUDUK DAERAH SEMPORNA
PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN WARIS - WARIS PULAU DENAWAN & KG MENTALITIP SEMPORNA
PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN BAJAU SEMPORNA SABAH

PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI PANGLIMA NUJUM PULAU SIPADAN
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI IMAM HJ KABOD KG MANTALITIP
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI E-LAH DENAWAN SEMPORNA
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI DAYANG MAS & ANAK ANAK MANTALITIP
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI DAYANG LOY & ANAK ANAK SEMPORNA

Blogsite :
www.rashidkabodberitasabah.blogspot.com

Facebook :
Rashid Kabod Berita SABAH
Rashid Kabod Berita SEMPORNA
Rashid Kabod Pembangunan Semporna
Rashid Kabod Sekolah Semporna
Rashid Kabod Politik (Semporna, Sabah, Malaysia)

Nature Of Business :
Services : General References, General Businesses, Advertising & Marketing, Import & Export, Professional In Management, Consultation, Negotiation & Brokerage, etc.....

Organiser :
Master Of Ceremony ( MC ), Speech & Debate, Events, Seminar, Courses, Workshop, Concert, Sport, Games, Cultures & Carnivals, etc.....

Freelance :
Society Activist & Independent & Volunteer People Complaints, Arbitrator, Journalist, Blogger, Political Analyst & Observer, NGO, R & D ( Research & Development) and I & PW - Logistic ( Intelligent & PhsycoWar - Logistic ), etc...

Skills :
MC ( Master Of Ceremony ). Emcee & Deejay,
Declamator & Debator. Facilitator, speech , Mediator, Commentator, Interpreter & Editor, Author & Composer and PRO, Chairperson Of Meeting & Forum, and Permanent Chairperson Of Meeting & Convention, Representative Of Officiate Open Ceremony and Election Campaign & Prime Speech, Forum, Debator and Motion Debator Of Convention etc ...

Recognition : The Best Speaker and Debator Of Competition In Sabah ( Since 1985 ), ProActive In Motion Debator, Dialogue & Discussion, Forum and Seminar ( State, Nation, Asean, BIMP-EAGA & International ), etc...


Charges :
Consultation Fee, Management Cost, Brokerage Commission and Receive ( Other Payments ) etc .....


Ahad, 15 September 2013

Esscom Kemuka Empat Opsyen Selesai Penempatan Atas Air Kampung Simunul

Download & Edited By, Admin ( Cikgu Rashid Kabod )
SEMPORNA: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) akan mengemukakan empat opsyen kepada kerajaan mengenai penyelesaian kesesuaian penempatan di sembilan perkampungan atas air kawasan Mukim Simunul, di sini.
Ketua Pengarah Esccom, Datuk Mohammad Mentek berkata, empat opsyen berkenaandiperoleh hasil kajian bersama agensi lain serta susulan bancian yang dilaksanakan pihaknya terhadap perkampungan berkenaan, baru-baru ini.
"Saya akan bentangkan empat opsyen cadangan ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan kita tunggu keputusannya sama ada penduduk kampungair ini berpindah atau kekal di tempat mereka," katanya.
Mohammad berkata demikian kepada pemberita ketika mengumumkan hasil bancian Esscom ke atas sembilan kampung di Mukim Simunul di Pejabat Daerah Semporna di sini, Selasa.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran empat opsyen berkenaan.
Mengenai hasil bancian ke atas 13,738 di sembilan kampung di Mukim Simunul berkenaan, Mohammad berkata bancian yang dilaksanakan mencapai tahap 97 peratus.
Katanya, hanya 170 buah rumah daripada 2,356 rumah di sembilan kampung berkenaan tidak dapat dibanci kerana premis berkenaan bertutup dan tiada penghuni.
Menurutnya, sebanyak 815 rumah yang dibanci di mukim itu didiami penduduk bukan warganegara iaitu mereka yang memegang dokumen penduduk tetap (kad pengenalan merah), pemegang kad pengenalan hijau dan pemegang dokumen IMM13.
"Penghuni 46 buah rumah lagi tidak memiliki sebarang dokumen.
"Kita juga dapati kebanyakan penduduk iaitu 38 peratus bekerja dalam sektor perkhidmatan dan hanya 28.5 peratus dalam sektor sektor perikanan," katanya.
Sehubungan itu, Mohammad berkata segala aspek perlu diteliti sebelum sebarang keputusan diambil terhadap isu penempatan penduduk berkenaan.
Mohammad juga berkata, sembilan buah kampung di Mukim Simunul berkenaan merupakan projek perintis Esscom untuk mengkaji kesesuaian penempatan 131 kampung atas air di kawasan Zon Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esszone) dengan 23 ribu buah rumah membabitkan 116,000 penduduk. - BERNAMA
PEMANDANGAN KAMPUNG SIMUNUL, SEMPORNA - SABAH
Kampung Simunul  Semporna Sabah
Kampung Simunul  Semporna Sabah

Kampung Simunul  Semporna Sabah

Kampung Simunul  Semporna Sabah


Kampung Simunul  Semporna Sabah
Kampung Simunul  Semporna Sabah




DOWNLOAD & EDITED BY, ADMIN ( Rashid kabod berita sabah )


HARI PERTAMA OPERASI BANCIAN SIMUNUL BABITKAN 620 RUMAH, 3,500 PENGHUNI



July 31, 2013

Sebanyak 620 rumah dengan 3,500 penghuni dibanci pada hari pertama "Operasi Bancian Mukim Simunul Semporna" semalam yang dilancar pihak Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom).

Ketua Pengarah Esscom Datuk Mohammad Mentek berkata bancian itu membabitkan 90 pembanci di tiga kampung iaitu Kampung Dap-Dap, Ice Box dan Simunul. Beliau berkata berdasarkan bancian awal, 90 peratus penduduk di kampung berkenaan adalah warga Malaysia.

DATUK MOHAMMAD MENTEK - DIRECTOR GENERAL
Mohammad berkata Esscom turut menugaskan anggotanya termasuk tentera dan polis untuk mengiringi pembanci yang bertugas di perkampungan mukim Simunul. "Kita menugaskan dua pembanci di setiap rumah yang dikunjungi, dan kita pastikan mereka diiringi anggota pasukan keselamatan kita.
"Pembanci kita, yang terdiri daripada pelajar sekolah di daerah Semporna, begitu bersemangat menjalankan tugas yang diamanahkan.

"Untuk hari ini, operasi bancian ditumpu di tiga lagi kampung iaitu Kampung Sri Jaya, Batu dan Kampung Sejati. Jika semuanya berjalan lancar, operasi bancian mukim Simunul akan siap sepenuhnya esok (Khamis), ini seperti yang ditetapkan," katanya sambil menambah notis pemberitahuan bancian dikeluarkan sehari sebelum operasi dilancarkan semalam, sekali gus memudahkan urusan pembancian.

Mohammad berkata operasi bancian mukim Simunul melibatkan sembilan kampung, dan kawasan yang akan dibanci esok ialah Kampung Mesrah, Kampung Sri Aman dan Kampung Selamat. Beliau berkata Kampung Selamat merupakan penempatan pelarian yang diwarta, termasuk mereka yang memegang dokumen IMM13.

Dokumen IMM13 merujuk pas khas Jabatan Imigresen untuk pelarian tulen Filipina akibat perang bagi membolehkan mereka tinggal di Sabah. Mohammad berkata rata-rata penduduk kampung di situ sudah dimaklum atau mengetahui bahawa ia lebih kepada operasi mendapatkan maklumat, dan bukan membabitkan tangkapan yang mungkin menimbulkan rasa ketakutan atau bimbang.

Selain Jabatan Perangkaan Malaysia dan pejabat Daerah Semporna, turut menjayakan program itu ialah anggota pertahanan dan keselamatan Esscom, Jabatan Kesihatan Sabah serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, katanya.

Kampung Simunul Semporna mencatat sejarah hitam sejak pembukaannya pada 9 Mac 1939, apabila enam anggota pasukan keselamatan terkorban dalam insiden serangan hendap pada 2 Mac lepas.

Berikutan insiden pencerobohan di Lahad Datu Februari lepas dan kejadian di Simunul Semporna, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan Esscom pada 7 Mac. 

Bernama, 

July 31, 2013.

Penduduk Mukim Simunul Dipindah Secara Berperingkat - Ketua Pengarah ESSCOM

Download & Edited By, Admin ( Rashid Kabod Berita Sabah )


SEMPORNA, 12 Sept (Bernama) -- Sebanyak 1,371 penduduk berstatus warganegara di Mukim Simunul akan dipindahkan secara berperingkat ke dua penempatan baharu yang disediakan kerajaan dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang, kata Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Mohammad Mentek.


Beliau berkata penduduk warganegara yang bakal berpindah ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Bubul Lama akan dipindahkan dalam tempoh setahun akan datang manakala yang bakal berpindah ke kawasan Dewan Undangan Negeri Bugaya pula dalam tempoh dua tahun.

Katanya ESSCOM akan meminta kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Perumahan Negara agar projek PPR Kampung Bubul Lama yang mengandungi 831 unit dapat disiapkan segera manakala projek PPR di Bugaya dapat dimulakan segera.

"Saya nasihatkan penduduk Mukim Simunul supaya tidak risau kerana urusan perpindahan mereka akan diuruskan sepenuhnya oleh ESSCOM dari mula mereka berpindah hinggalah selepas mereka berpindah. Selepas mereka berpindah, kita akan lihat aspek kebajikan termasuk aspek sosio ekonomi mereka.

"Kita tidak akan tinggalkan mereka begitu sahaja. Konsep kita ialah 'ESSCOM Sentiasa Bersama Mereka'," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk sembilan buah kampung Mukim Simunul di Dewan Masyarakat di sini hari ini.

Mohammad berkata ESSCOM akan memastikan tidak ada penduduk warganegara di Mukim Simunul akan terpinggir atau teraniaya sepanjang proses permindahan itu kerana apa yang dilakukan kerajaan ialah demi kebaikan mereka dan generasi akan datang.

Menurutnya penempatan baharu di Kampung Bubul Lama dan Bugaya, kira-kira tiga kilometer dari pekan Semporna, akan dipastikan jauh lebih selesa dan selamat berbanding kediaman mereka di kawasan setinggan sekarang.

Katanya kawasan penempatan baharu mereka kelak akan disediakan dengan pelbagai kemudahan seperti kelas prasekolah, surau, dewan, pondok polis dan sistem kumbahan dan pembuangan sampah lebih teratur bagi memastikan penduduknya dapat hidup selesa.

Mohammad berkata kehidupan penduduk Mukim Simunul di kawasan setinggan hari ini terdedah kepada pelbagai gejala penyakit seperti kolera dan batuk kering kerana tidak mempunyai sistem pembuangan sampah dan kumbahan yang teratur.

Sebagai contoh katanya pada tahun 2012 sahaja, 320 kes penyakit batuk kering, sejenis penyakit berjangkit, dikesan kawasan Mukim Simunul, tidak termasuk penyakit berbahaya lain seperti denggi dan kolera.

Sementara itu, Mohammad berkata ESSCOM akan mewujudkan sebuah Lembaga Pelawat bagi memantau impak perpindahan penduduk Mukim Simunul bagi membolehkan tindakan segera diambil jika terdapat sebarang kekurangan.

Mengenai 815 penduduk berstatus bukan warganegara, Mohammad berkata mereka akan dipindahkan juga tetapi kerajaan tidak akan menyediakan kemudahan kepada mereka dan perbincangan lanjut mengenainya akan diadakan dengan kerajaan negeri serta agensi berkaitan.

-- BERNAMA




Ahad, 14 Julai 2013

Admin  (Blogger) : Rashid Kabod Berita Sabah

Pemberita Bebas :  SAKMAN BIN AKSAN

SEMPORNA,SABAH :                    Ahad, 14 Julai 2013

Sempena lawatan YB Dato’ Seri Hj Mohd Shafie Bin Hj Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia ( KKLW ) merangkap Ahli Parlimen P189. Semporna ke Daerah Semporna pada hari ini ( Ahad, 14 Julai 2013 ) Datuk Seri tersebut telah mengambil peluang keemasan untuk berbuka puasa bersama – sama 500 orang terdiri daripada Pemimpin – Pemimpin Masyarakt  Tempatan, Ketua – Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri termasuk Sector Swasta dan Penduduk / Rakyat Daerah Semporna di Masjid Bandar Daerah Semporna itu, ADUN yang turut hadir YB Dato’ Seri Hj Nasir Bin Tun Dr Hj Sakaran ( N53 Senallang ) dan YB Dato’ Dr Hj Jaujan Bin Hj Sambakung ( N52 Sulabayan ).

YB Datuk Seri Hj Mohd Shafie sambil memeriksa keadaan fizikal Masjid Bandar Semporna itu seterusnya mengumumkan kepada semua yang hadir Masjid tersebut akan dibaik pulih dengan segera untuk keselesaan Penduduk Daerah Semporna secara keseluruhannya ketika menjalankan ibadah dan aktiviti – aktiviti lain hal ehwal Agama Islam selanjutnya.

Semua yang hadir merasa kagum dan berterima kasih kepada pemimpin – pemimpin yang hadir, tersebut, khususnya lawatan YB Dato’ Seri Hj Mohd Safie itu, sebab membuat lawatan amal ke Daerah Semporna sempena bulan Ramadan Al – Mubarak ketika Penduduk Islam Daerah Semporna menjalankan ibadah puasa dan berkesempatan memberikan peruntukan untuk membaik pulih Masjid Bandar Semporna dengan segera, bermakna apabila menjelang Hari Raya 1434H ( satu Syawal ) sudah pastinya Bangunan / Fizikal Masjid Bandar Semporna akan kelihatan lebih tersergam indah dan menjadi kebangaan seluruh Penduduk Daerah Semporna.

CADANGAN POSITIF : MOHON JUGA DIBAIK PULIH ( RENOVATION ) TANDAS DAN TEMPAT BERWUDHU SERTA PAGAR AGAR SETANDING DENGAN PIAWAIAN ( STANDARD ) KEPERLUAN SEMASA DEMI KESELESAAN SECARA AMNYA.


Terima Kasih YB dan Terima Kasih YB.

Selasa, 18 Jun 2013

BANGUNAN SURAU HUJUNG KASTAM SEMPORNA AKAN DIROBOH OLEH USAHAWAN CINA BERAGAMA KRISTIAN



Ulasan Oleh ADMIN, Blogger : Rashid Kabod Berita Sabah

SEMPORNA SABAH :

LAPORAN OLEH PENGERUSI JAWATAN KUASA BERTINDAK :

TUAN SAKMAN BIN ASKAN

SEAFEST HOTEL SDN BHD, sedang / telah menimbus dengan tanah air laut kawasan depan melibatkan kawasan Kastam Semporna dan bangunan serta tapak SURAU HUJUNG KASTAM SEMPORNA, ( seperti dalam gambar - gambar tersebut di atas ).

SEAFEST HOTEL tersebut, merancang MEROBOH BANGUNAN SURAU ITU tanpa gantian bangunan surau yang baru, sebab surau itu berada dalam kawasan tanah yang di pohon oleh Seafest Hotel tersebut dan telah diluluskan oleh Pejabat Tanah & Ukur Negeri Sabah, Cawangan Semporna ( PPHT SEMPORNA ).

SURAU HUJUNG KASTAM SEMPORNA ITU, telah dirikan oleh Orang - Orang Islam Penduduk Daerah Semporna sejak Tahun 1985, kewujudannya sudah lama di lokasi itu, lebih kurang sudah 27 tahun sehingga tahun 2013 ini.

OLEH YANG DEMIKIAN, majoriti Penduduk Islam Daerah Semporna, Orang - Orang Islam yang berhampiran, Nelayan - Nelayan Islam, Pelawat dan Pelancong Islam dalam dan luar Daerah / Negeri Sabah serta dalam dan luar Negara Malaysia adalah ............................

mencadangkan supaya dibina SURAU YANG BARU di kawasan yang berhampiran atau berdekatan dengan lokasi surau itu, untuk kemudahan mereka Orang Islam singgah MENUNAIKAN SHOLAT / SEMBAHYANG seperti biasa mereka lakukan di situ dan yang diwajibkan kepada Orang - Orang Islam.

Jika cadangan diterima dan diluluskan membina surau yang baharu di kawasan itu sungguh baik sekali dan dengan design moden untuk menambah kecantikan landscape Seafest Hotel tersebut yang berorientasikan konsep pelancongan adalah sangat di alu - alukan dan dirakamkan penghargaan setinggi - tinggi tahniah dan terima kasih.

PERBUATAN MEROBOHKAN SURAU TANPA GANTIAN ADALAH DIKUTUK DAN DIBENCI SERTA DIMURKA OLEH ALLAH SWT ....... SAMPAI HARI KIAMAT.

Jika yang meroboh SURAU itu pengusaha Seafest Hotel itu yang berbangsa CINA  ( Datuk Chua Ching Wah ) yang beragama Kristian atau Buddha atau Hindu atau Pagan atau jika ada Pemimpin Islam dibelakangnya ( berlakon disebalik tabir ) yang terlibat hanya sekadar untuk kepentingan peribadi dan busines mereka, sanggup MEROBOHKAN SURAU RUMAH ALLAH...

MAKA ORANG ISLAM ITU WAJAR JIHAD MENENTANGNYA DEMI PERTAHANKAN MARUAH AGAMA ISLAM DAN ORANG - ORANG ISLAM...............

Pihak - Pihak yang berkenaan adalah dituntut melibatkan diri sebagai perunding atau alternator ( orang tengah ) untuk menyelesaikan krisis ini secara diplomasi dan damai demi kebaikan bersama ...... INSYALLAH .......

DAN Pahala serta Ganjaran Besar kurniaan Allah SWT sedang menanti ANDA yang bijaksana sebagai Pembela Agama Islam Agama Suci Agama ALLAH SWT ........SUBAHANALLAH........

TAKBIR ..... ALLAHU AKHBAR

TAKBIR ...... ALLAHU AKHBAR

TAKBIR........ALLAHU AKHBAR 






Isnin, 17 Jun 2013

SURAU HUJUNG KASTAM SEMPORNA, Depan Seafest Hotel Sdn Bhd , Jalan Causeway. 91309 Semporna Sabah Malaysia



SEAFEST HOTEL SEMPORNA, SABAH - MALAYSIA

Ahad, 16 Jun 2013

Di parlimen dan parti, Najib mengalami 

déjà vu



Oleh Jahabar Sadiq, Pengarang

Dengan seminggu sebelum sidang Parlimen bermula, ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengadakan perbincangan yang boleh menentukan sama ada Datuk Seri Najib Razak mampu meneruskan mandat peribadinya sehingga pilihan raya umum akan datang.

Walaupun tiada ancaman serta merta terhadap pengerusi BN itu untuk jawatannya, sekumpulan penggubal undang-undang gabungan pemerintah itu mahukan tawaran lebih baik untuk menghentikan mereka daripada sama ada untuk menyokong Tengku Razaleigh Hamzah atau menukar kepimpinan dalam pemilihan Umno akhir tahun ini.

Dengan hanya memenangi 133 kerusi Parlimen, penganalisis mengatakan Najib tidak berada dalam kedudukan untuk berhujah dengan ahli-ahli Parlimen ini kerana hanya dengan pembelotan 23 daripada mereka menyertai Pakatan Rakyat (PR) untuk jawatan atau keistimewaan lain boleh menyaksikan kerajaan baru terbentuk di Malaysia.

Akan tetapi The Malaysian Insider difahamkan, ancaman tersirat itu digunakan dalam lingkungan Umno untuk memastikan Najib tunduk kepada garis parti dan mengurangkan pembaharuan ekonomi, kerajaan dan politik beliau.

Penulis-penulis blog pro Umno dari kem Mahathir telah mendesak agar penasihat-penasihat penting Najib meletakan jawatan untuk mengambil tanggungjawab terhadap kegagalan strategi bagi membantu BN menang lebih banyak kerusi dalam Pilihan Raya 2013, termasuk memberikan lebih banyak wang tunai dan bantuan kepada sekolah dan organisasi bukan Melayu selain dari mengurangkan sekatan perniagaan.

Bersama-sama dengan kumpulan dan pertubuhan perniagaan Melayu, mereka percaya Najib sekarang harus memberikan lebih banyak kepada Melayu dan tidak perlu menghiraukan kaum lain – pandangan membimbangkan sekutu Najib dan negara lain yang mesra kepada perdana menteri.

Akan tetapi Najib telah mengatakan beliau akan meneruskan polisi di bawah program transformasinya untuk merancakkan ekonomi tempatan dan menggerakkan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Beliau juga telah menamakan 20 ahli Parlimen Malaysia Timur sebagai menteri dan timbalan menteri akan tetapi selebihnya turut mahukan jawatan selain daripada ahli-ahli Parlimen Umno yang tidak dinamakan menyertai Kabinet dan dilantik jawatan kanan lain.

“Beliau perlu memuaskan ahli-ahli Parlimen Borneo dan juga ahli-ahli Parlimen Umno atau akan berhadapan dengan pemberontakan,” kata ahli politik kanan BN kepada The Malaysian Insider.

Najib bukanlah presiden Umno pertama yang berhadapan dengan ancaman seperti ini.
Pendahulunya mengalami ancaman sama selepas Pilihan Raya 2008, dari dalam partinya dan juga PR yang mengatakan mereka akan merampas Putrajaya pada 16 September, 2008 dengan pembelotan ahli-ahli Parlimen BN.

Pentadbiran Abdullah menguruskan ancaman itu dengan serius apabila menghantar 49 ahli Parlimen ke Taiwan untuk lawatan sambil belajar mengenai teknologi pertanian, lebih seminggu sebelum tarikh itu yang juga merupakan Hari Malaysia.

Parti tunjang PR, PKR menghantar beberapa orang pemimpin ke Taiwan untuk bercakap dengan ahli-ahli Parlimen BN akan tetapi ancaman itu tidak menjadi kenyataan.

Tetapi ia mencukupi untuk menyebabkan Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan presiden Umno enam bulan kemudian pada April 2009, selepas menerima tekanan dari ahli-ahli Parlimen BN dan partinya.

Ironinya, sesetengah ahli-ahli Parlimen yang menyertai lawatan ke Taiwan itu sekarang merupakan sebahagian daripada kumpulan - berbincang dengan Tengku Razaleigh untuk membelot menyertai PR.
Putera Kelantan itu, sekarang merupakan satu-satunya ahli Parlimen sejak era bapa Najib, Tun Abdul Razak Hussein dan bercita-cita untuk menjadi perdana menteri semenjak 1987 apabila beliau mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan presiden Umno.

“Mereka yang berjumpa dengan Ku Li boleh memulakan seawal minggu hadapan untuk menonjolkan pendirian mereka,” kata sumber BN menggunakan nama samaran bekas naib presiden Umno itu.

Akan tetapi terdapat keraguan Tengku Razaleigh boleh berjaya mendapatkan cukup ahli-ahli Parlimen BN bagi menyertai PR dalam undi tidak percaya kepada Najib atau pembelotan untuk kerajaan perpaduan.
“Seperti Pak Lah, Najib boleh melawan semula cabaran seperti itu. Akan tetapi seperti Pak Lah juga, adakah itu mencukupi untuk menghentikan Umno untuk bertindak terhadapnya?” kata sumber BN itu merujuk kepada nama gelaran Abdullah.

“Sekarang itulah persoalan besarnya,” tambah beliau.

Akan tetapi sumber mengatakan beliau menjangkakan Najib akan memulakan langkah untuk menghentikan dua ancaman terhadap kedudukannya pada minggu hadapan sebelum Parlimen bermula.
“Ia seharusnya menjadi minggu yang menarik,” katanya. – 17 Jun, 2013.

Sabtu, 15 Jun 2013

Najib, Anwar in Jakarta, speculation mounts of possible meeting


By Jahabar Sadiq
Editor
KUALA LUMPUR, June 15

 Datuk Seri Najib Razak and political arch-rival Datuk Seri Anwar Ibrahim are in Jakarta today, fueling talk of a meeting that could help the prime minister face down possible rivals in parliament and his own party after poor results in Election 2013.

The Malaysian Insider understands that the meeting has been in the works for at least a week, just as Najib is facing a likely challenge in the Umno elections this year end and a possible motion of no confidence after parliament convenes on June 24.

It is learnt that Home Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, who is close to both leaders, has been tasked to facilitate the meeting. He is in Jakarta for a bilateral visit.

"A meeting has been set up with Najib before Anwar meets Indonesian President Susilo Bambang Yudhoyono on Satuday," a source told The Malaysian Insider.

Aides to both leaders are tightlipped about the meeting but sources say the duo have a common interest in preventing other challengers for the prime minister's post.

Tengku Razaleigh Hamzah has been meeting disgruntled Barisan Nasional (BN) lawmakers this past week to discuss his leadership bid in the 222-seat Dewan Rakyat while Najib's deputy, Tan Sri Muhyiddin Yassin, has been coy about a possible challenge in Umno polls this year end.

Most political analysts say Najib is too popular, even more than his party, to lose his government and party posts.

"But Najib is facing twin strikes against him, so he needs to find some allies," another source told The Malaysian Insider, noting the irony that Anwar himself wanted the country's top post.

It is not known if the Indonesian president is aware of the talks in his capital city but former Indonesian vice-president Jusuf Kalla mediated between both leaders before the May 5 general elections for a peaceful electoral campaign.

But Kalla had said the deal broke after Anwar began a nationwide campaign to protest the Election 2013 results. The PKR leader said Najib never signed the pact despite a verbal agreement.

Malaysian leaders, especially Umno, have been known to hold private meetings in Jakarta, which is about two hours flight from Kuala Lumpur, to avoid publicity and gossip.

Najib and Anwar are known to have close ties with Indonesian leaders, who are keen to see stability in neighbouring Malaysia which employs some two million Indonesian professionals, workers and housemaids.

Both Anwar and Najib were part of the Team Wawasan or Vision Team that swept through top posts in the 1993 Umno polls, with Muhyiddin, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib and Datuk Seri Abdul Rahim Thamby Chik.

Umno sacked Anwar in 1998 after he was fired on sodomy and corruption charges while Muhammad left the party before last month's general elections.

Zahid was the then Anwar ally and Umno Youth leader who used the Indonesian term KKN for corruption, cronyism and nepotism in a thinly-veiled attack against Malaysia's longest-serving prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad in the 1998 Umno assembly.

He was briefly held under the Internal Security Act (ISA) while Anwar was fired as deputy prime minister and deputy Umno president on sodomy and corruption charges just months after that assembly.

Selepas PRU13, Dr M tunai janji untuk mula kritik Najib



Oleh Jahabar Sadiq
Pengarang
KUALA LUMPUR, 15 Jun – Beberapa minggu sebelum Pilihan Raya 2013 dalam satu sesi tertutup dengan ahli politik Umno Johor, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa semua orang bersatu di belakang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan kemenangan besar Barisan Nasional (BN).

Bekas perdana menteri itu menegaskan, ini bukan masanya untuk bercakap soal kelemahan kepimpinan Najib atau tindakannya yang sering tidak menggerakkan polisi sehingga mendapat konsensus.

Akan tetapi pemimpin kanan Umno Johor mengatakan, Dr Mahathir memberitahu dengan jelas, sebaik sahaja pilihan raya berakhir, beliau akan bercakap dan mengkritik Najib secara terbuka jika perlu.

Ahli politk di Kedah juga mengatakan Dr Mahathir bercakap dengan nada sama mengenai Najib dalam pertemuan tertutup sebelum pilihan raya.

Dr Mahathir kelihatan menunaikan janjinya.

Selepas pilihan raya umum 5 Mei yang menggembalikan kuasa BN akan tetapi tidak membawa kembali majoriti dua pertiga atau kemenangan di Selangor atau Pulau Pinang, perdana menteri paling lama berkhidmat itu telah mengkritik strategi pilihan raya Najib, kelemahan penasihat Najib dan halatuju pentadbirannya.

Dr Mahathir juga memberitahu dengan jelas pertandingan jawatan tertinggi Umno seharusnya diadakan, mengatakan ia akan menunjukkan kepada rakyat Malaysia demokrasi masih lagi hidup dalam parti nasionalis Melayu itu.

Setakat ini, Dr Mahathir masih belum lagi bercakap secara terbuka tentang Najib akan tetapi telah melakukan dalam perjumpaan tertutup dengan eksekutif kewangan dan ahli politik serta dalam surat-menyurat.

Beliau juga mengulangi keperluan untuk pertandingan bagi jawatan presiden Umno di perjumpaan dengan pengurus-pengurus dana di Kuala Lumpur semalam.

Penulis blog pro Umno - menyokong bekas perdana menteri itu telah menyelar ahli-ahli politik yang menggesa tiada pertandingan bagi dua jawatan tertinggi parti, jika di sokong oleh majlis tertinggi parti akan menyaksikan Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai perdana menteri dan timbalan perdana menteri.

Seorang penulis blog menjalankan tinjauan atas talian sama ada Najib harus kekal sebagai presiden Umno, dengan 75 peratus daripada responden setakat ini tidak menyokong Najib.

Walaupun tidak lagi aktif dalam Umno atau memegang sebarang jawatan, Dr Mahathir terus mendapat sokongan dalam parti dan pernah mengetuai gerakan untuk mendesak peletakan jawatan Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas pilihan raya umum 2008.

Masih belum terdapat bukti beliau mahu menyingkirkan Najib akan tetapi terdapat meklumat mengatakan Dr Mahathir mahu memberikan lebih banyak input untuk polisi dan pembuatan keputusan peringkat tertinggi dan menubuhkan badan penasihat ekonomi.

Sabtu, 18 Mei 2013

KOTA KINABALU SABAH :

KEPUTUSAN PRU13/2013 SILA RUJUK PORTAL SPR UNTUK SELURUH MALAYSIA


Website :  www.spr.gov.my





SEMPORNA SABAH : 

KEPUTUSAN PRU13/2013 DISAHKAN DAN DIISTIHARKAN  OLEH SPR .......





SEMPORNA SABAH :

Tarikh Bubar Parlimen Malaysia pada Rabu, 03/04/2013 dan Kabinet Sabah pada Khamis, 04/04/2013. Pembuangan undi sudah pun selesai pada Ahad,05/05/2013. Manakala penamaan calon telah berlangsung pada Sabtu, 20/04/2013 di Dewan Masyarakat Semporna...... Keputusan PRU13 / 2013 dalam Pilihan Raya Kawasan P189, terdiri daripada 03 Kawasan Pilihan Raya Negeri ( DUN N52 Sulabayan, DUN N53 Senallang dan DUN N54 Bugaya ).

Keseluruhannya BN yang menang solid majoriti :

Menang P189. Semporna : Datuk Seri Hj Mohd Shafie Hj Apdal - Penyandang / KKLW 

Menang DUN N52 Sulabayan : Dato' Dr Hj Jaujan Hj Sambakung - Setiausaha Politik KKLW.
Manakala Peyandang Datuk Hj Harman Bin Mohammad

Menang DUN N53 Senallang : Dato' Seri Hj Nasir Tun Dr Hj Sakaran - Penyandang / Menteri JKM

Menang DUN N54 Bugaya : Datuk Ramlee Marhaban - Penyandang / Warisan Harta Sabah

Keputusan Penuh PRU13 / 2013 ..... Rujuk kepada SPR website akan dipaparkan dipage berikutnya....

ULASAN RASHIDKABOD BERITA SABAH :

BN ..... Semua Calon / Pengarah Gerakan / Ajk /Paca dan yang lain - lain, telah dilatih dengan mantap dalam praktikal, taklimat, kursus, bengkel dan follow up & monitoring
proses perjalanan PRU Ke-13 / 2013 dalam semua aspek sehingga Jumaat, 04/05/2013. Jam 12:00 Tengah Malam ........dan lagi secara psiwar di pagi Sabtu, 05/05/2013 sehingga selesai masa pembuangan undi ada diantara nya sehingga jam 3:00pm dan 5:00pm.

BN .... Semua petugas petugasnya ZERO (O) defect menjalankan tugas semaksimum mungkin sama ada dalam pejabat, bandar, pdm, di pulau dan dikg kg dan sebagainya .....

MANAKALA ........

PIHAK LAWAN : PKR, PAS, MUPP dan BEBAS ..... hanyalah berpaksikan pengelaman, pengetahuan dan kemahiran calon itu sendiri, yang mana serba kekurangan yang tidak kompeten menghadapi PRU13 / 2013 ini dan tidak setanding dari segi qualiti & quantiti kepimpinan & latarbelakang serta logistik & material calon calon BN tersebut, yang kondusif kepada pengaruh di kalangan pengundi untuk MENANG PRU13/2013 secara keseluruhannya.

Semua petugas petugas pihak lawan tidak mantap dan tidak sekompeten pihak BN .... dalam aspek logistik, teknikal, psiwar, praktikal & ilmu pengetahuan dalam proses perjalanan Pilihan Raya Umum, dan ada diantara tidak jujur, secara psikologi sokong BN .........

Menyebut fasal Pejabat & AJK Cabang PKR Semporna ..... Apabila tak seorang pun dicalonkan majoriti di antaranya belot .... masuk BN dan ada yang senyap senyap sokong BN.
Di mana lagi sejak 2011, 2012 dan 2013 Ketua Cabang, AJK dan Ahli sentiasa tidak sefahaman, berpuak puak dan timbul krisis none-stop.

Menyentuh Calon MUPP dan BEBAS ....... Muncul tiba - tiba sahaja dalam penamaan calon Sabtu, 20/04/2013, tiada Pejabat Gerakan yan mantap, tiada jentera yang terlatih, dalam keadaan tergesa gesa dalam semua situasi dan serba kekurangan dalam semua aspeks.

Akhirnya kelemahan mereka dalam semua keadaan tidak dapat mengatasi kehebatan persediaan logistik dan praktikal BN dalam proses perjalanan PRU13/2013.


" KALAH MENANG ITU TAKDIR ILLAHI "


Terima Kasih.






Sabtu, 27 April 2013

SEMPORNA SABAH :

PRU KE-13 / TAHUN 2013 - Calon Parlimen P189 Semporna - Diantara 3 Calon yang bertanding sejak penamaan calon pada 20/04/2013 adalah Datuk Seri Hj Mohd Shafie Hj Apdal ( BN ), Dr Zamree Bin Hj Abdul Habi ( PKR ) dan Datu Badaruddin Bin Tun Mustapha ( BEBAS ).

ASPEK PENGARUH KELUARGA :

Dr Zamree ramai keluarganya secara keseluruhannya, DS Shafie mempunyai bilangan keluarga yang sederhana jumlahnya. Manakala Datu Bararuddin tiada keluarga langsung, hanya berdasarkan pengaruh rakan rakan nya dan pengaruh simpati dari para pengundi.

ASPEK KEMPEN STRATEGY & PROPAGANDA :

BN menguasai secara keseluruhannya, PKR penyokong / keluarga dan lain - lain tidak tetap pendirian sebab berfokuskan kewangan ( siapa hulurkan yang banyak atau lebih ) itulah nanti yang mereka pilih atau undi pada hari membuang undi 05/05/2013, tambahan lagi PKR Cabang Semporna berpecah belah, anti kepada Dr Zamree dan Bapanya ( Hj Habi), yang paling utama Ketua Cabang dan AJK NYA yang telah berjuang mempopularkan PKR sejak tahun 2010, 2011, 2012 dan 2013 Tetapi akhirnya semua nya kecewa sebab tiada seorang pun dalam senarai cadangan calon yang terpilih untuk dicalon pada 20/04/2013 Sabtu lepas,

Manakala BEBAS - Calon pendatang dari luar ( Kudat dan Kota Kinabalu ) itu rasa terasing masuk calon dan berkempen dalam kawasan pilihan raya parlimen P189 Semporna, Pengarah dan Jentera PRU ke13 nya adalah kurang berpengalaman dalam hal ehwal politik dan geografikal & persekitaran semporna dan budaya politik unik pengundi semporna serta sensitif dengan calon luar daerah atau calon import, ditambah lagi diantaranya jenteranya ada yang dkrisis dalaman prejudis diantara satu dengan yang lain, ketua gerakan di import dari Kota Kinabalu sebagi ketua bilik gerakan yang pengundi pengundi semporna tak kenal siapa dia, kesimpulannya Calon Babas, Jentera Kempen dan AJK AJK NYA secara purata tidak POPULAR dan bukan GOOD CAMPAIGNERS.

RAMALAN KEPUTUSAN :

MENANG MAJORITI SELESA BN ( DS HJ MOHD SHAFIE HJ APDAL )

ALASAN : CALON POPULAR / JENTERA KEMPEN MANTAP / LOJISTIK LENGKAP

DAN SEBAGAI NYA.

KOMEN RASHID KABOD PENGANALISIS POLITIK & PENGKRITIK BEBAS :

DR ZAMREE ( PKR )  : Kalau inginkan kemenangan perlu tukar strategy segera, seperti lantik ketua ketua kempen yang berpengaruh 1. Satukan balik PKR Cabang Semporna sebagai jentera kempen Calon PKR 2. Kuasai para jentenra BN dan lumpuhkan penggempurnnya, tarik masuk diantara ahli nya supaya ahli UMNO yang lain lemah semangat 3. Kempen dari rumah ke rumah diketuai oleh orang yang popular dan disegani 4. dan sebagainya.............

DATU BADARUDDIN ( CALON BEBAS ) : Lantik SEGERA Pengarah Kempen & Strategy Propaganda individu profesional dalam hal ehwal semua aspek politik / perjalanan PRU Ke13 ini di kawasan P189 Semporna ini, taktik &  faham peraturan undang undang Akta Pilihan Raya supaya tidak melanggar & kontroversial dan sebagainya, untuk memperkasa mempromosi calon dan bukan sahaja sekadar meyakinkan pengundi tetapi memantapkan harapan untuk calon menang PRU ke13 ini.( Jika Tidak ) Calon Bebas ini akan kalah teruk.

DS SHAFIE APDAL ( BN ) : KEMENANGAN BERPIHAK KEPADANYA hanya perlu menambah Jentera Kempen & Strategy dan Propanganda dikalangan individu Professional untuk lebih advance lagi cara meraih undi solid majoriti yang besar dalam tempoh 7 hari ini ( satu minggu ).

SELAMAT BERJUANG ..... MENANG KALAH ADALAH KETENTUAN ALLAH






Ahad, 21 April 2013

SEMPORNA SABAH :

Calon - Calon yang berjaya / lulus dalam penamaan calon sempena PRU KE13/Tahun 2013
pada Sabtu, 20hb APRIL 2013. Jam 9:00am hingga 10:00am ( Tutup Pendaftaran )

PARLIMEN P189. SEMPORNA


1. Datuk Seri Mohd Shafie Bin Apdal - BN

2. Zamree @Mohd Suffian Bin Abdul Habi - PKR 
3. Datu Badaruddin Bin Tun Datu Hj Mustapha - BEBAS
4. Halim Bin Bandan - MUPP ( Lewat mendaftar / tidak terima lagi )
[(2008 - DATUK SERI MOHD SHAFIE BIN APDAL (BN) Majoriti 17,462 undi ]

DUN N52. SULABAYAN

1. Hasaman Bin Sagaran - BERSAMA 

2. Hussin Bin Mumakil - BEBAS
3. Dato' Jaujan Bin Sambakung - BN
4. Mamat Bin Barhama - BEBAS
5. Hermeny Bin Mulgal - PKR
6. Julkanali Bin Abdul Rahman - BEBAS
7. Ghazalie Bin Pg Hindi @Abdul Ghani - BEBAS
[(2008 - HARMAN MOHAMAD (BN) Majoriti 2,037undi ] 

DUN N53. SENALLANG

1. Datu Badaruddin Bin Tun Datu Hj Mustapha - BEBAS

2. Amin Bin Abdul Mem - PKR
3. Datuk Nasir Bin Sakaran - ( BN )
4. Abdul Manang Bin Hatib Lawari - BEBAS
5. Ab Karim Bin Talip - BEBAS
[(2008 - DATUK NASIR BIN TUN SAKARAN (BN) Majoriti 5,432 undi ]

DUN N54. BUGAYA

1. Atal Muhammad Bin KK Abd Manang - BEBAS
2. Abdul Hussin Bin Kiamsin - BEBAS
3. Hasai Bin Tudai - PAS
4. Datuk Ramlee Bin Marahaban - BN
5. Abdullah Sani Bin Abdul Salleh - BEBAS
[(2008 - DATUK RAMLEE MARHABAN (BN) TANPA BERTANDING

PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA KALI KE-13 / TAHUN 2014 - SPR

PENAMAAN CALON PADA SABTU, 20hb APRIL 2013 JAM 9:00AM - 10:00AM

TEMPAT : DEWAN MASYARAKAT SEMPORNA


Khamis, 3 Mei 2012

Kota Kinabalu : ( Pada Khamis, 03hb Mei 2012 ) - Surat yang bertarikh pada 15/04/2008 daripada Jabatan Pertubuhan Pendaftaran Malaysia telah selamat diterima pada 25/04/2012 kandungannya mengenai teguran / penolakan selaras dengan seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dan peraturan - peraturan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dan juga diberikan peluang dalam tempoh 30 hari untuk merayu keputusan teguran / penolakan itu.
TUAN USTAZ KUSUGAN BIN ALI

Pengerusi Penaja dan semua ahli jawatan kuasa mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pertubuhan Pendaftaran Malaysia terhadap surat berkenaan.

Pengerusi Penaja ( Tuan Ustaz Kusugan Bin Ali ) bakal Presiden Parti Warisan Rakyat Sabah Bersatu tersebut berkata, " Kami Ahli Jawatan Kuasa Penaja akan merayu kepada menteri dalam masa yang terdekat ini dan keputusan menteri itu adalah muktamad ", dan katanya lagi, " Kami mohon dipertimbangkan semula dan mohon kelulusan pendaftaran parti itu sebelum Pilihan Raya Umum Malaysia yang ke-13 ( PRU KE-13 ) yang dijangka akan diadakan dalam tahun ini 2012 / 2013 atau bila - bila masa dari sekarang ".

SURAT RAYUAN tersebut, akan dikemukakan oleh AJK penaja dan di ketuai oleh Pengerusi Penaja bakal presiden parti itu di Pejabat Menteri Hal Ehwal Dalam Malaysia, di Putrajaya kelak.

Dengan wujudnya kelulusan parti itu sebelum PRUKE13, diatas budibicara dan pertimbangan menteri, sebelum pembubaran Parlimen Malaysia dan sebelum SPR menjalankan Pilihan Raya Umum secara demokrasi, maka parti itu sudah pasti ada peluang menyertai PRU ke-13 kelak, dengan bercadang meletakkan calon - calonnya disemua kawasan 25 Parlimen dan 60 DUN di Negeri Sabah, selepas mengadakan perbincangan dengan pemimpin - pemimpin Barisan Nasional ( BN ) atau komponan - komponan BN di Negeri Sabah atau mengikut nasihat Presiden BN di mana - mana tempat yang sesuai untuk membantu memperolehi keputusan undi solid majoriti BN di Negeri Sabah.

Secara keseluruhannya objektif penubuhan Parti Warisan Rakyat Sabah Bersatu itu, adalah untuk pembangunan secara menyeluruh demi khususnya rakyat malaysia dalam aspek hal ehwal agama, pelajaran, ekonomi, sosial, infrastruktur dan sebagainya, selaras dengan perkembangan zaman kontemporari Malaysia Menuju Wawasan 2020 dengan cemerlang.





Jumaat, 17 Jun 2011

Jalan Raya Dalam Bandar Semporna Perlu Diubahsuai

SEMPORNA SABAH       Jumaat, 16hb Jun 2011
Blogger : Rashid Kabod Profesional
Mesej kepada Pihak Berkuasa Tempatan : Jalan - Jalan dalam bandar semporna yang perlu diutamakan diubah sesuai untuk mengelakkan kesesakan lalulintas setiap masa.

Jalan Simpang Bank Simpanan Nasional, Jalan Depan Millimewa, Jalan Simpang Terminal Bas Express Dyana, Jalan Depan Restoran Chicken Rice, Jalan Belakang Maybank, Jalan Depan Maybak, Jalan Pasar Ikan, Jalan Depan Super Market Giant, Jalan Depan Kedai Baru Seafront dan Jalan Simpang Kastam masuk Scuba Junky.

Kerajaan Tempatan / Majlis Daerah jangan biarkan perkara ini berlaku dan hendaklah membuat tindakan yang sewajarnya, demi kebaikan semua pengguna jalan dalam kawasan bandar semporna ini.

Keadaan infrastruktur dalam bandar ini dan keindahan landscape urbanisasi bandar semporna ini sangat cantik dan menarik pelancong tempatan dan luar negara, jika menggunakan kepakaran Kejuruteraan Urbanisai dalam pelbagai kepakaran seperti Project Manager, Arkitek, Civil Engineering,  dan Landscaping Professional dan sebagainya " DAN bukan konservatif, hanya bina apa yang saya mahu dan apa yang saya tahu " Akibatnya, susunatur projek, pembangunan dalam bandar semporna tidak attractive dan tidak competent sepanjang masa.

Khamis, 16 Jun 2011

Prasana Pulau - Pulau Terpencil Dalam Daerah Semporna

SEMPORNA SABAH          Jumaat, 16hb Jun 2011
Blogger : Rashid Kabod Profesional

Kebanyakan pulau - pulau dalam daerah semporna, berpenghuni penduduk tempatan warga negara malaysia dan bukan warga negara malaysia atau pun ada juga duduk disitu pendatang tanpa izin, yang saya tekankan disini, mereka sungguh malang sekali sebab ketiadaan bekalan elektrik 24 jam dan tiada bekalan air bersih, beberapa ikhtiar yang mereka lakukan seperti menggunakan genarator sediri dan membeli air bersih dari bandar semporna dengan menggunakan tangki, drum dan galon, beginilah aktiviti utama kehidupan harian mereka.


Saya terbaca dalam surat khabar tempatan ( Sabah ) dan kebangsaan, yang mana perancangan kerajaan persekutuan melalui tindakan KKLW untuk membuat percubaan 10 buah pulau diberikan bekalan elektrik secara teknologi solar dan generator, dan juga ada disebut bekal air bersih.

Kerajaan persekutuan dan KKLW jangan hanya publisiti dan dalam isu khabar sahaja. Perlu ditunaikan dengan secepat yang mungkin sebab penghuni - penghuni tersebut sudah berabad lamanya, dalam kehidupan yang menderita seperti tersebut.

Ahad, 17 April 2011

ISU MURID TANPA SIJIL LAHIR - BUDI BICARA PPD

KUALA LUMPUR              Sabtu, 16hb April, 2011
Blogger : RashidKabod Profesional

Kesatuan Perkhidmatan Penguruan Kebangsaan ( KPPK ) kelmarin, menggesa pegawai pelajaran daerah menggunakan budibicara apabila mengendalikan kes kanak kanak bersekolah yang tiada mempunyai sijil kelahiran, walaupun ibubapanya rakyat malaysia.

Ulasan Setiausaha Agungnya KPPK         ( Lok Yim Pheng ) disebut sebagai berkata, " sewajarnya kanak - kanak itu dibenarkan bersekolah terlebih dahulu, dan isu sijil kelahiran itu akan diselesaikan kemudian ".

Kementerian Pelajaran wajar mengeluarkan Pekeliling yang menasihatkan Pegawai Pelajaran dan Guru Besar agar mengutamakan pelajaran daripada hanya berbalah mengenai teknikal isu ketiadaan sijil kelahiran murid - murid .
   
Kes sembilan kanak - kanak SRJK Tamil Ladang Limsun di Seremban yang dihalang bersekolah akibat ketiadaan sijil lahir kini dapat bersekolah semula seperti biasa Febuari 2011 lepas, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr. Wee Ka Siong dan Perunding Jawatankuasa Kabinet mengenai komuniti India di Jabatan Perdana Menteri Datuk N. Siva Subramaniam.

Kes tersebut berlaku ketika Pegawai Pelajaran memberitahu Guru Besar di sekolah itu, bagi setiap pelajar yang tiada sijil lahir jika didapati belajar disekolah tersebut Guru Besar itu akan didenda RM1,000 bagi setiap murid, jika sabit kesalahan.

Selasa, 29 Mac 2011

PILIHAN RAYA UMUM NEGERI SARAWAK 16HB APRIL 2011

KUCING :             Isnin,, 21hb Mac 2011

Dewan Undangan Negeri Sarawak telah dibubarkan pada Isnin, 21hb Mac 2011 oleh Ketua Menteri Sarawak ( Datuk Amar Taib Mahmud ).

Tarikh penamaan calon pada 6hb April 2011 dan buang undi pada 16hb april 2011, bermakna tempoh berkempen hanya 1o hari sahaja.

Bilangan Dewan Undangan Negeri Sarawak adalah 71 kerusi dan 63 kerusi di menangi oleh Barisan Nasional ( BN ) seperti berikut : Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ( PBB ) 35 kerusi, Sarawak United People Party ( SUPP ) 12 kerusi , Parti Rakyat Sarawak ( PRS ) 08 kerusi, Sarawak Progressive Democratic Party ( SPDP ) 08 kerusi. Manakala Parti DAP ada 6 kerusi, PKR 01 kerusi dan Parti Cinta Malaysia 01 kerusi

Lapan ( 8 ) kerusi PANAS 1. Pantai Damai 2. Kota Sentosa 3. Batu Kawa 4. Keduk 5. Repok 6. Palawan 7. Nangka 8. Balingian.

Kenderaan yang digunakan sampai ke destinasi / lokasi / daerah menggundi 1. boat 2. four wheel drive 3. helicopter bantuan dari Phillipine dan Indonesia.

Suruhjaya Pilihan Raya menasihatkan petugas petugas, ketika berkempen jangan bertentangan dengan amanah atau tugas yang dipikul.....