RASHID KABOD BERITA SABAH

RASHID KABOD BERITA SABAH

MASTER PROF@CIKGU RASHID KABOD
, Master Professional In General Management, Consultancy & Negotiator and Problem Solving(Public Sector, Govt & Private Sector), etc...
Leading to Doctorate Degree : PhD In Professional Communication, PhD In Political Science - Strategy & Implementation, Doctor Of Management, Doctor Of Business Admin, Doctor Of Education
and Doctor Of Laws - International (PR) & Laws(USA).

Qualifications / Skills / Experiences :
Executive Master - MBA (BWI-SCU) London UK, International Professional Fellowship (FIPFM) London UK, Kursus Diploma In Banking (UiTM), Kursus Sarjana Muda Undang - Undang (UM), Dip In Mgmt (DIM-UM),
Dip In Admin (DPA-PIM),
Dip In Edu (DPK-KPM), Cert Of Edu (CED-MPS), Cert Of TESL (JPS), Professional Of English Teaching (MPIK-KL), Professional Of English & Malays Language - College Of International Languages (MPBA-KL), Recognised
Professional In Life Insurance (PCE-LIAM), Recognised Professional In Management (AMIM-MIM), Recognised Professional In Public Relation / Perhubungan Awam (AMPRM-IPRM), Cert Of National Translation Institute (MSIA) / Institut Terjemahan Negara (ITNM), Cert Of Journalist / Wartawan (BERITA SABAH).

PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN PENDUDUK NEGERI SABAH
PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN PENDUDUK DAERAH SEMPORNA
PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN WARIS - WARIS PULAU DENAWAN & KG MENTALITIP SEMPORNA
PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN BAJAU SEMPORNA SABAH

PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI PANGLIMA NUJUM PULAU SIPADAN
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI IMAM HJ KABOD KG MANTALITIP
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI E-LAH DENAWAN SEMPORNA
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI DAYANG MAS & ANAK ANAK MANTALITIP
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI DAYANG LOY & ANAK ANAK SEMPORNA

Blogsite :
www.rashidkabodberitasabah.blogspot.com

Facebook :
Rashid Kabod Berita SABAH
Rashid Kabod Berita SEMPORNA
Rashid Kabod Pembangunan Semporna
Rashid Kabod Sekolah Semporna
Rashid Kabod Politik (Semporna, Sabah, Malaysia)

Nature Of Business :
Services : General References, General Businesses, Advertising & Marketing, Import & Export, Professional In Management, Consultation, Negotiation & Brokerage, etc.....

Organiser :
Master Of Ceremony ( MC ), Speech & Debate, Events, Seminar, Courses, Workshop, Concert, Sport, Games, Cultures & Carnivals, etc.....

Freelance :
Society Activist & Independent & Volunteer People Complaints, Arbitrator, Journalist, Blogger, Political Analyst & Observer, NGO, R & D ( Research & Development) and I & PW - Logistic ( Intelligent & PhsycoWar - Logistic ), etc...

Skills :
MC ( Master Of Ceremony ). Emcee & Deejay,
Declamator & Debator. Facilitator, speech , Mediator, Commentator, Interpreter & Editor, Author & Composer and PRO, Chairperson Of Meeting & Forum, and Permanent Chairperson Of Meeting & Convention, Representative Of Officiate Open Ceremony and Election Campaign & Prime Speech, Forum, Debator and Motion Debator Of Convention etc ...

Recognition : The Best Speaker and Debator Of Competition In Sabah ( Since 1985 ), ProActive In Motion Debator, Dialogue & Discussion, Forum and Seminar ( State, Nation, Asean, BIMP-EAGA & International ), etc...


Charges :
Consultation Fee, Management Cost, Brokerage Commission and Receive ( Other Payments ) etc .....


Selasa, 8 Julai 2014


FRIDAY, MAY 10, 2013

Senarai Menteri & Pembantu Menteri Kabinet Negeri Sabah 2013


Ketua Menteri/Menteri Kewangan
Datuk Seri Panglima Musa Aman

 Timbalan Ketua Menteri (TKM1)/Menteri Pembangunan Infrastruktur
Tan Sri Joseph Pairin Kitingan

TKM2/Menteri Pertanian & Industrial Makanan
Datuk Seri Panglima Yahya Hussin 

 TKM3/ Menteri Pembangunan Perindustrian
Datuk Raymond Tan Shu Kiah

 Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan
Datuk Hajiji Haji Noor

 Menteri Pelancongan, Kebudayaan & Alam Sekitar
Datuk Masidi Manjun

Menteri Pembangunan Luar Bandar
Datuk Radin Maleh 

 Menteri Tugas Tugas Khas
Datuk Teo Chee King

Menteri Pembangunan Sumber & Kemajuan Teknologi Maklumat
Datuk Siringan Gubat 

 Menteri Belia & Sukan
Datuk Haji Tawfiq Datuk Hj Abu Bakar Titingan

Menteri Pembangunan Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna
Datuk Hajjah Jainab Hj Ahmad Ayib 



Assistant Ministers

Pembantu Menteri Di Jabatan Ketua Menteri
Datuk Yong Oi Fan
Datuk Ellron Angin
Datuk Hj Arifin Arif

Belia & Sukan 
 Masiung Banah

Kementerian Kewangan
Datuk Ramlee Marahaban
Datuk Michael Asang

Pembangunan Infrastruktur
Datuk Bobby Ahfang Suan
Datuk Ghulam Haidar

Kerajaan Tempatan & Perumahan
Datuk Zakaria Idris
Datuk Joachim Gunsalam

Pembangunan Sumber & Teknologi Maklumat
Datuk Hajjah Hamisah Samah

Pertanian & Industri Makanan
Datuk Musbah Hj Jamli
Datuk Hj Sairin Karno

Pembangunan Perindustrian
Datuk Bolkiah Ismail

Pembangunan Luar Bandar
Datuk Nilwan Kabang

Pelancongan, Kebudayaan & Alam Sekitar
Datuk Pang Yuk Ming
Datuk Kamarlin Ombi

Pembangunan Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna
Puan Anita Baranting

Isnin, 7 Julai 2014

MB Selangor nafi letak jawatan

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) menafikan bahawa beliau meletak jawatan sebagai menteri besar Selangor seperti yang tersebar di laman sosial sejak malam tadi. Beliau berkata perkara itu tidak benar sama sekali.

"Tidak benar...saya baru lepas mesyuarat dan saya ada satu lagi mesyuarat petang ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat perancangan negeri di Bangunan Darul Ehsan (SUK II) di Shah Alam hari ini.

Khalid mengulas penyebaran maklumat di aplikasi Whatsapp bahawa beliau akan menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di istana pagi ini bagi menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai menteri besar Selangor.

Ditanya sama ada tindakan penyebaran maklumat palsu itu merupakan serangan peribadi terhadapnya, beliau berkata walau apapun sebabnya, maklumat itu tidak benar dan individu yang melakukan perkara itu hanya membuang masa.

Khalid meminta individu berkenaan menghentikan tindakan penyebaran maklumat palsu itu.
Ditanya kemungkinan ia dilakukan lawannya dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR), beliau menjawab: "Bulan puasa saya tidak boleh cakap benda yang tidak betul."

Terdahulu, pihak media berkumpul di hadapan Istana Bukit Kayangan dan Istana Mestika di Shah Alam susulan penyebaran maklumat itu.

Bagaimanapun, selepas menunggu hampir dua jam mereka bergegas ke Bangunan Darul Ehsan selepas mendapat maklumat Khalid sedang menghadiri mesyuarat perancangan negeri di situ.

Ketika menunggu Menteri Besar selesai mesyuarat, pihak media sekali lagi dikejutkan dengan berita terkini (flash) kononnya daripada Bernama bahawa Khalid meletak jawatan dan tempatnya digantikan dengan Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad.

Bernama bagaimanapun mengeluarkan kenyataan ia mengesan ada pihak tertentu menggunakan namanya untuk menyebarkan berita palsu mengenai peletakan jawatan menteri besar Selangor.

Iskandar, yang turut hadir pada mesyuarat sama, ketika ditemui pemberita juga menafikan berita itu. "Tidak benar...ia hanya khabar angin," katanya.

Khalid kini dikatakan menerima tekanan daripada beberapa pimpinan PKR secara terbuka yang mahukan beliau meletak jawatan menteri besar.

Jumaat lepas, sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei sebagai berkata peletakan jawatan Khalid sebagai menteri besar diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PKR pada 15 Januari lalu.

Ini bagi memastikan kemenangan parti itu dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Mac lalu. - Bernama, 7 Julai, 2014.

Rabu, 18 Jun 2014

Isnin, 16-06-2014

Insiden penculikan Sabah 
kerana risikan lemah, kata Zahid 



Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kelonggaran kawalan keselamatan yang lemah di Sabah bukan berpunca daripada kekurangan peruntukan tapi kerana kelemahan risikan. Menteri Dalam Negeri tersebut berkata peruntukan yang diberikan kepada Zon Keselamatan Timur Laut Sabah (Esscom) mencukupi. "Kurang peruntukan?

Saya rasa cukup buat ketika ini," kata Zahid dalam sidang media selepas pertemuan dengan Kedutaan Amerika Syarikat hari ini di Hotel Royale Chulan, Damansara.

Menurut Zahid, pihak Esscom tidak boleh bergantung kepada kawalan dan peralatan yang canggih semata-mata tetapi perlu mengukuhkan risikan mereka. "Ia tidak boleh ditingkatkan hanya menggunakan kaedah konvensional sahaja dan peralatan serta aset yang canggih tidak mencukupi. "Ia mesti dilakukan dengan meletakan jaringan memperoleh maklumat melalui risikan daripada pihak Filipina," kata beliau.

Zahid juga tidak menolak kes-kes seperti penculikan tersebut akan sentiasa berulang, memandangkan kumpulan penculik mahu mendapatkan wang tebusan. Beliau menggesa supaya Esscom supaya mengukuhkan lagi persiapan mereka dan mengetatkan kawalan di perairan Sabah. "Pihak Esscom perlu lebih bersiap siaga dan jangan pernah lalai dalam operasi yang dilakukan," kata beliau.

Insiden penculikan di Sabah semakin membimbangkan, malah hari ini dua lagi insiden penculikan dilaporkan berlaku di Kunak, Tawau. April lalu, insiden penculikan di Semporna berulang selepas pelancong dikenali sebagai Gao Hua Yun, 29, dari Shanghai, China dan pekerja Filipina, Marcy Dayawan @ Mimi dibawa lari dari Singamata Reef Resort. Bagaimanapun, warga China tersebut dibebaskan sebulan kemudiaan.

Kejadian terbaru ini mengulangi insiden yang berlaku tahun lepas dimana dua kes penculikan membabitkan nelayan di atas bot mereka pada April dan pada November pula, pelancong Taiwan diculik dari Pulau Pom-Pom. Esscom ditubuhkan susulan insiden penculikan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah serta menerima peruntukan tambahan sebanyak RM75 juta daripada kerajaan pusat daripada peruntukan awal bernilai RM286 juta.

 Bagaimanapun keberkesanan agensi tersebut menjadi pertikaian apabila insiden penculikan masih berulang di Sabah. – 16 Jun, 2014.

Kementerian Kewangan nafi kutipan cukai akan dilabur dalam saham


Kementerian Kewangan hari ini menafikan laporan bahawa cukai yang dikutip oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan digunakan untuk melabur dalam saham atau bon.

"Kami mahu LHDN mampu berdikari dengan memberikannya fi agensi untuk mengurus kos operasi.
"Sebagai contoh, selepas perbelanjaan seperti pembayaran bonus, ia boleh menyimpan semua simpanan dalam deposit tetap sebagai pelaburan," kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah selepas menghadiri Sidang Kemuncak CFO 2014 di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian semasa ditanya pemberita mengenai kontroversi pembentangan rang undang-undang mengenai cadangan pindaan kepada LHDN Malaysia 1995 [Akta 533].
"Cadangan rang undang-undang itu bertujuan memberikan LHDN fleksibiliti untuk menyediakan skim gaji dan mengambil pekerjanya sendiri, yang akan meningkatkan produktiviti dan kecekapan," kata Irwan.

Beliau berkata Singapura dan Kanada sebagai contoh, LHDN negara berkenaan berdikari, dan menyumbang kepada peningkatan produktiviti selain kutipan cukai juga tinggi.

Menurut Irwan, pihak berkuasa mengkaji menawarkan 1.5% daripada cukai yang dikutip sebagai fi agensi kepada LHDN, namun cadangan itu belum dimuktamadkan.

Angka itu diperoleh daripada hasil yang dikutip LHDN sejak 10 tahun lepas, dan perbelanjaan operasinya dalam tempoh itu, katanya.

Semalam, Kementerian Kewangan berkata kerajaan menangguhkan pembentangan rang undang-undang itu yang dijadual pada minggu ini ke sesi Parlimen akan datang, pada Oktober, bagi membolehkan semakan lanjut dibuat. – Bernama, 18 Jun, 2014

Laporan audit tebal tapi perasuah tidak dibawa ke muka pengadilan, kata DAP



DAP membidas Putrajaya kerana walaupun Laporan Ketua Audit Negara yang tebal setiap tahun dikeluarkan tetapi masih tiada pesalah rasuah diheret ke muka pengadilan.



Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua menyifatkan tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low membandingkan laporan audit Malaysia dan Singapura sebagai tidak wajar.

"Laporan Audit Negara Malaysia lebih tebal 70 muka surat daripada laporan audit Singapura, tapi masih gagal membawa pesalah ke muka pengadilan yang menjadi punca kerugian berjuta ringgit," kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.

Pua menyelar kenyataan Low yang disifatkannya tidak bertanggungjawab dan memperbodohkan tahap pemikiran rakyat.

"Low jangan menghina tahap pemikiran rakyat Malaysia dengan mengatakan kerajaan lebih telus dan bertanggungjawab kerana laporan audit Malaysia lebih tebal berbanding Singapura," kata Pua.
Menurut Pua, jika dibandingkan dengan Singapura, kedudukan rasuah Putrajaya lebih parah malahan Indeks Persespi Rasuah (CPI) negara juga tidak memuaskan.

"Singapura berada pada tangga ke-5 dalam CPI yang dikeluarkan Transparency International, berbanding Malaysia yang berada pada kedudukan ke-53," kata Pua.

Pua juga berkata, tidak ada gunanya jika menjadi terbuka dan telus jika pembaziran masih lagi berulang hampir setiap tahun.

"Menteri tersebut patut malu kerana kerajaan gagal mengambil langkah berkesan untuk memperbaiki ketirisan yang berlaku dalam  laporan audit setiap tahun," kata Pua.

Semalam, Putrajaya mengadakan majlis taklimat untuk media mengenai Siri Pertama dan Kedua Laporan Ketua Audit Negara 2012 dan 2013 di Institut Integriti Malaysia di Kuala Lumpur.
Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dan ketua setiausaha beberapa kementerian.

Dalam ucapannya, Low memuji Laporan Audit Negara kerana lebih tebal berbanding Singapura.
Sebelum itu, dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) juga dihalang daripada sesi taklimat tersebut atas alasan ia merupakan tertutup untuk media sahaja. – 18 Jun, 2014.

SEMPORNA :  Rabu, 18-06-2014

Insiden penculikan di Sabah kebelakangan ini mesti diatasi segera agar tidak menjejas keyakinan rakyat terhadap tahap keselamatan negara, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal (gambar).

"Saya berharap sungguh supaya perkara ini dapat kita banteras sebaik mungkin, sama ada pembabitan orang dalam, kelemahan pasukan keselamatan atau pun ada unsur-unsur rasuah dan sebagainya.
"Buat apa yang sepatutnya. Jangan perkara ini di luar kawalan kita sehingga ia tidak boleh dikawal dan akan memudaratkan," kata Shafie.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Semporna, mengulas kejadian penculikan terbaharu di Kampung Sapang, barat Pulau Timbun Mata, Sabah pada 15 Jun.

Dalam kejadian kira-kira 12.40 tengah malam itu, pengusaha pusat ternakan ikan dalam sangkar, Chan Sai Chiun, 32, dan seorang pekerja yang hanya dikenali sebagai Mazlan berumur sekitar 20-an diculik dua lelaki bersenjata di pusat itu.

Ini merupakan kes penculikan ketiga di kawasan pantai timur Sabah tahun ini.
Pada 6 Mei lepas, lima lelaki bersenjata menculik seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China di Pulau Baik di Lahad Datu, sebulan selepas seorang pelancong wanita warga China diculik di sebuah resort di Semporna.

Mengulas lanjut Shafie berkata kejadian seumpama itu menjejaskan kehadiran pelancong ke negeri itu.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata insiden penculikan di Sabah memberi impak negatif terhadap sektor pelancongan, terutama kedatangan pelancong dari China.

Menurutnya, sehingga April lepas, sebanyak 76 penerbangan berjadual dan sewa khas dari China ke Kota Kinabalu dibatalkan. – Bernama, 18 Jun, 2014.

KOTA KINABALU:  Rabu, 18-06-2014

 Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) menetapkan kadar zakat fitrah yang wajib dibayar setiap individu Muslim yang bermastautin di Sabah pada tahun ini ialah RM7.

Pengerusi Muis Datuk Mohd Suhaili Said berkata, kadar berkenaan ditetapkan berdasarkan satu gantang Baghdad atau bersamaan 2.7kg beras yang dimakan oleh majoriti penduduk di Sabah.
"(Kutipan) Zakat fitrah pada tahun ini kita unjurkan daripada RM8.2 juta (tahun lalu) kepada RM8.5 juta iaitu anggaran pertambahan RM300,000," katanya ketika mengumumkan kadar zakat fitrah di Wisma Muis di sini hari ini.

Berdasarkan unjuran berkenaan Mohd Suhaili berkata pihak Muis akan berusaha meningkatkan kesedaran dan pengetahuan umat Islam di Sabah mengenai kewajipan membayar zakat serta fungsinya dalam sistem sosial masyarakat Islam termasuk melalui khutbah yang bakal disampaikan di masjid di seluruh Sabah.
Menurut Mohd Suhaili membayar zakat merupakan satu daripada bentuk penyucian harta yang dimiliki umat Islam termasuk pemastautin di Sabah dan jika ini difahami maka lebih ramai umat Islam akan menunaikan kewajiban mereka membayar zakat.

"Mereka (umat Islam bermastautin) yang bekerja di Sabah melebihi enam bulan atau setahun sepatutnya membayar zakat kepada amil-amil Muis atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (Jheains) yang wujud di kawasan masing-masing," katanya.

Mohd Suhaili berkata rakyat asing beragama Islam yang bekerja atau berniaga di Sabah sepatutnya membayar zakat di Sabah kerana di negeri itulah mereka mencari rezeki.
Katanya pada tahun ini Muis melantik 36 ketua amil dan 1,935 wakil amil di seluruh Sabah.
Mohd Suhaili juga berkata unjuran kutipan semua jenis zakat di Sabah tahun ini ialah RM55 juta berbanding RM49.2 juta yang dikutip pada tahun lepas.

Pada tahun ini juga katanya, Muis akan mengagihkan wang zakat berjumlah RM7.39 juta kepada 36,996 golongan asnaf termasuk fakir miskin serta mualaf dengan setiap asnaf menerima RM200.
"Kita sudah ada beberapa mekanisme dan pendekatan yang dirancang Bahagian Zakat bagaimana untuk meningkatkan kutipan zakat terutama zakat perniagaan," katanya. - Bernama

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,  Rabu, 18-06-2014

Hari ini memerintahkan syarikat penerbit dan dua editor laman portal Malaysiakini.com memfailkan pembelaan berhubung kes saman fitnah yang difailkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh.

Timbalan Pendaftar, Norfauzani Mohd Nordin menetapkan 1 Julai depan untuk Mkini Dotcom Sdn Bhd, Ketua Editor Malaysiakini.com, Steven Gan dan Ketua Pengarang, Fathi Aris Omar (defendan) berbuat demikian.



Kes itu didengar di dalam kamar dengan dihadiri peguam Ashok Kandiah yang mewakili semua defendan dan peguam Wan Azmir Wan Majid bagi pihak Najib dan Ab Rauf.

Di luar mahkamah, Ashok memberitahu pemberita Norfauzani turut menetapkan 15 Julai untuk Najib dan Ab Rauf memfailkan pernyataan balas iaitu selepas pembelaan difailkan defendan.

Ditanya adakah pihaknya akan membuat permohonan untuk membatalkan saman tersebut, Ashok berkata:"Saya akan merujuk kepada anak guam terlebih dahulu."

Norfauzani juga menetapkan 24 Julai untuk pengurusan kes.

Pada 30 Mei lalu, Najib yang memfailkan saman itu atas kapasiti peribadi dan Ab Rauf bagi pihak Umno mendakwa ketiga-tiga defendan melapor, mengeluar dan membenarkan penerbitan dua artikel berasingan bertajuk 'A case of the PM reaping what he sows' dan 'How much will Najib spend to keep Terengganu?'.
Kedua-dua artikel itu didakwa diterbitkan pada 14 Mei lalu.

Plaintif mendakwa, artikel tersebut diletakkan di bawah ruangan 'Yoursay' di laman web portal www.malaysiakini.com oleh semua defendan sendiri atau pembantu mereka melalui komen daripada pelanggan atau pengguna laman web itu yang kemudiannya digabungkan sebagai satu artikel di bawah tajuk utama.

Artikel pertama iaitu 'A case of the PM reaping what he sows' adalah berkaitan dasar kerajaan dan hudud manakala artikel kedua 'How much will Najib spend to keep Terengganu?' berhubung isu kemelut politik di Terengganu bulan lalu.

Najib dan Ab Rauf mendakwa defendan membenarkan penerbitan artikel berkenaan dengan sengaja selain mengetahui ia adalah tidak benar dan tuduhan melulu tanpa mempedulikan kebenarannya.
Najib mendakwa, kata-kata fitnah itu menjejaskan reputasinya sebagai ahli politik, presiden Umno dan perdana menteri.

Selain itu, kedua-dua plaintif mendakwa komen berkenaan membawa maksud secara sindiran untuk menunjukkan Umno tidak kompeten sebagai sebuah parti politik dan tulang belakang Barisan Nasional.
Mereka juga mendakwa, kata-kata finah itu bertujuan menggambarkan Umno menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan parti politik dan sebuah parti yang tidak demokratik serta sengaja mengada-adakan situasi yang tidak diingini.

Kedua-dua plaintif mendakwa akibat daripada penerbitan artikel itu, reputasi mereka terjejas teruk apabila Umno dikecam terutama di media sosial dan media massa.

Kedua-dua plaintif menuntut ganti rugi am dan khas yang akan ditaksirkan mahkamah serta ganti rugi teruk, ganti rugi keterlaluan, faedah, injunksi untuk menahan defendan atau pembantu mereka menerbitkan artikel itu dan perintah defendan menerbitkan permohonan maaf secara bertulis untuk diterbitkan di akhbar dan kos.

Bernama, 18 Jun, 2014.

Rantau Panjang:
Reference Harian Metro. Rabu, 18-06-2014

Orang ramai pasti mencemuh dan menganggap saya kejam kerana sanggup merantai kaki adik sendiri, namun saya tiada pilihan demi keselamatannya,” kata Rohani Abdul Rahman, 30, mengenai keadaan adik bongsunya, Muhamad Saiful Riduan, 19. Muhamad Saiful yang mengalami masalah sindrom Down terpaksa dirantai oleh keluarga di rumahnya di Kampung Kuin Merah, di sini, sejak empat tahun lalu, bagi mengelak dia keluar rumah dan membahayakan nyawa sendiri.



Menurut Rohani, adiknya sebelum itu pernah beberapa kali keluar dari semak sebaik melihat lori atau treler di jalan raya sebelum merebahkan dirinya di atas jalan.
Katanya, keadaan itu amat merisaukannya sebelum dia mengambil keputusan berbuat demikian ke atas adiknya itu.

Sebab itu saya mengambil tindakan begini, bukan kerana mahu mendera atau benci. Dia tetap dilayan seperti biasa kerana tidak pandai menguruskan diri,” katanya yang mengambil alih tugas arwah ibunya Rohmah Mat yang meninggal dunia hampir 10 tahun lalu.

Tinjauan semalam mendapati remaja terbabit ditempatkan di atas sebuah pangkin di depan rumah dengan kaki kanannya dirantai. Terdahulu, keluarga itu menerima kunjungan daripada Ketua Puteri UMNO Rantau Panjang Marie Suriani Abdullah.

Marie Suriani berkata pihaknya bersedia untuk membantu keluarga terbabit termasuk membantunya menjalani kehidupan seperti insan lain.
Kita bersedia membantu sekiranya jika perlu dirujuk ke bahagian psikiatrik dan menjalani rawatan,” katanya.

Rabu, 22 Januari 2014

Kuala Lumpur:  Rabu,22/01/2014





Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengemukakan bukti terhadap tuduhan Wisma Putra dalang di sebalik larangan memasuki Jepun.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainudin, berkata Anwar perlu berhenti membuat tuduhan jika gagal mengemukakan bukti menyokong dakwaannya. 

Katanya, bukti kukuh perlu dikemukakan sebelum bertindak menuding jari dan menuduh pihak lai

“Kerajaan sudah menjelaskan dengan terperinci punca dan alasan larangan itu, begitu juga penjelasan daripada kerajaan Jepun berhubung larangan itu,” katanya.

Hamzah berkata, pemergian Anwar ke Jepun sebelum ini diuruskan khas Kedutaan Jepun di Malaysia.

“Bagaimanapun, pada kali ini beliau pergi ke negara itu tanpa membuat permohonan terlebih dahulu, kerana itu beliau tidak dibenarkan masuk atas sebab yang dinyatakan sebelum ini,” katanya.

Anwar diminta mengambil penerbangan pertama pulang ke Malaysia sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Ahad lalu atau dihantar pulang. 
Beliau dimaklumkan pihak berkuasa Jepun, larangan itu kerana Ahli Parlimen Permatang Pauh itu pernah disabitkan atas kesalahan jenayah pada 1999.
 
Tak mohon visaDalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun di Malaysia, Takaharu Suegami semalam dilaporkan berkata, Anwar dilarang memasuki Jepun kerana tidak membuat permohonan mendapatkan visa.

Beliau turut memaklumkan Ketua Pembangkang itu sebelum ini pernah melawat Jepun dua kali, masing-masing pada April dan Jun 2012.

“Untuk kedua-dua lawatan itu, Anwar ada membuat permohonan mendapatkan visa dan ia membolehkan Kedutaan Jepun mengeluarkan ‘kebenaran khas’ untuk beliau memasuki Jepun.

“Kerajaan Jepun berhak melarang sesiapa saja memasuki negara itu mengikut Akta Kawalan Imigresen dan Pengiktirafan Pelarian,” katanya.

Sementara itu, Hamzah menasihatkan rakyat Malaysia di Bangkok, Thailand, memaklumkan lokasi masing-masing kepada pejabat Kedutaan Malaysia di negara itu bagi membolehkan langkah keselamatan diambil jika mereka menghadapi sebarang masalah susulan pengisytiharan darurat selama 60 hari oleh kerajaan Thailand, berkuat kuasa hari ini.

Beliau berkata, rakyat Malaysia juga diminta mematuhi segala arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan terjamin atau menangguhkan perjalanan ke ibu negara Thailand itu.

Rabu, 25 Disember 2013

  • Ribuan ikan melompat ke darat di Lahad DatuPenduduk mengambil kesempatan mengutip ikan yang terdampar di persisir pantai Pulau Tambisan.
 1 / 2 
SHAH ALAM - Beribu-ribu ikan yang kebiasaannya hanya berenang di tengah lautan, hari ini dilihat berpusu-pusu berenang ke pesisiran pantai dan melompat naik ke daratan.
 
Fenomena aneh yang mengejutkan penduduk setempat ini berlaku di Pulau Tambisan, Lahad Datu, kira-kira jam 9 pagi tadi.
 
Menurut pembaca Sinar Harian Online, Luludaprincess Oja yang berkongsi maklumat itu, kejadian itu disedari oleh penduduk sekitar yang melalui kawasan itu secara tiba-tiba melihat ikan meloncat naik ke daratan.
 
"..situasi ini disedari oleh orang kampung yang kebetulan berada di tepi pantai, melihat kelainan dalam air tersebut di mana ikan-ikan meloncat naik ke darat.
 
"Sesetengah penduduk mengambil kesempatan untuk memungut ikan tersebut.
 
"Ini merupakan fenomena pertama berlaku di kampung tersebut," katanya.
 
Dalam pada itu, Sinar Harian Online mendapati video mengenai peristiwa itu yang berdurasi dua minit tiga puluh lima saat telah dimuatnaikkan di laman Youtube.
 
Sebelum ini, kejadian tsunami yang berlaku di Acheh pada 26 Disember 2004 turut mencatatkan tanda-tanda pelik sebelum berlaku bencana alam tersebut.
Thu, 19 Dec 2013 03:30:00 GMT | By Kee Thuan Chye

BLOG: Najib deserves his ratings drop

According to the Merdeka Centre survey, approval ratings for Najib have dropped from 62 per cent in August to 52 per cent. It is his lowest since September 2009, which was five months after he took over as prime minister. 
 
Barisan Nasional
The toll rate hike that will be starting on January 1 intensifies the distrust. Originally, Works Minister Fadillah Yusof was quoted in the New Straits Times as saying that 15 national highways would be affected, but in the aftermath of a public outcry against the hike, he claimed that he had not specified the number.

He also said that the Cabinet had not made any final decision on the matter, resorting to the current standard operating procedure of the Government to provide itself an escape route whenever it is squeezed into a corner. This means it might flip-flop on its original decision if the response is negative. No wonder it’s losing the trust of Malaysians; after having performed so many flip-flops in the last few years, how could it not?

More than that, the toll hike issue has prompted people to ask questions also related to trust. Is there a real need for the hike when the financial burden on the rakyat is already getting heavier? Can’t the agreement with the highway concessionaires be renegotiated to defer it? Does the new rate have to be so high? Have the concessionaires not made enough – or even more than that – after so many years of collecting toll? Who are the people who are actually benefitting from this while the rakyat suffer?

The Government claims the toll hike will save it RM400 million which would otherwise have to be paid as compensation to the concessionaires. It says this money can be used instead for the country’s development. With our trust in the Government being at rock-bottom, can we be sure this will be the case?
Besides, after having seen the Government use our money in profligate ways, such as inflating the costs of mega-projects so that certain quarters would benefit from kickbacks or bribing the people to vote for the ruling party so it could retain power at GE13, are we confident it will use our money for the right purposes?

The Merdeka Centre Survey shows us we are not. On the question of whether our country is going in the right direction, only 41 per cent said it is. Opposing that was 49 per cent. This is the first time since 2008 that those who said wrong direction outnumber those who said right.

In this regard, the majority of respondents are worried about the Government’s handling of the economy, with 67 per cent saying it is the number one problem facing our country today – way above crime, social problems, racial issues and political issues.

No doubt Najib will pooh-pooh the survey findings, as he did those of Umcedel (Universiti Malaya Centre for Democracy and Elections) done just before GE13 which showed that Opposition Leader Anwar Ibrahim was perceived to be more qualified to be prime minister. But however Najib reacts, he can’t run away from the fact that he has not proven to be a competent leader.

He is weak, he flip-flops, he spends public money extravagantly and gets sarcastic when he’s questioned about it, he keeps silent when the rakyat need him to say something to reassure them, he talks about instituting reform but he dares not go the whole hog. As a result, his so-called reforms have merely been half-measures.

He makes amendments to draconian laws, falling short of repealing them. He did repeal the Internal Security Act (ISA) and the Emergency Ordinance but after GE13, he brought back preventive detention through amendments to the Prevention of Crime Act (PCA). He also gave us the dreaded Public Assembly Act (PAA), which narrows our democratic space.

And I haven’t even begun to talk about his colourless record for tackling corruption. Does he even have the guts for it?
So, yes, his ratings have dropped – and this is all I can say: he certainly deserves it. Yes, I reiterate, he does indeed.
 
Thu, 19 Dec 2013 03:30:00 GMT | By Kee Thuan Chye

BLOG: Najib deserves his ratings drop

According to the Merdeka Centre survey, approval ratings for Najib have dropped from 62 per cent in August to 52 per cent. It is his lowest since September 2009, which was five months after he took over as prime minister. 
 
 
PM Najib Razak
DATO' SERI HJ NAJIB TUN RAZAK - PM MALAYSIA
I asked what it was, and he said, “The latest Merdeka Centre survey findings. Najib’s ratings have dropped 10 points. This shows it’s not just you and I who are saying negative things about him.”
“He deserves it,” I said, emphatically.

According to the Merdeka Centre survey, approval ratings for Najib have dropped from 62 per cent in August to 52 per cent. It is his lowest since September 2009, which was five months after he took over as prime minister. Then, he had ratings of 59 per cent.

The current drop was due to declining belief in him expressed by Malay, Chinese and Indian respondents hailing from different social backgrounds. Of the 1,005 individuals polled from all states throughout Peninsular Malaysia, 41 per cent were dissatisfied with Najib’s performance as prime minister.

Asked how happy they were with the Government, 39 per cent said they were dissatisfied with it and 8 per cent said they were angry with it. Only 38 per cent gave it a nod. This is also a drop of 12 per cent from the 50 per cent who were happy with the Government in August.

“People asked me if the ratings drop was because he’s bringing on GST (goods and services tax),” my friend said, “but I told them no, because that’s coming on only in 2015.”

My friend is right. The main reason is the rising costs of daily living. Electricity tariffs, highway toll rates, assessment rates for Kuala Lumpurians, petrol prices, the price of sugar. They will inevitably snowball into inflation. Transport costs will increase, rents will go up, raw and prepared food prices will rise further, etc, etc. The Malaysian rakyat are not looking forward with cheer to the new year. Goodness knows what other hazards lie in wait.

Another reason is the rakyat’s realisation that the Government makes promises but doesn’t keep them. To give one of its slogans a twist, we say, “Janji tidak ditepati.” (Promises unfulfilled.) It’s interesting to note that the ethnic group that registered the biggest disappointment in Najib was the Indians. From 76 per cent in August, their faith in him has dropped to 57 per cent. That’s a slump of 19 per cent. They must have realised that even with former Hindraf leader P. Waythamoorthy having been made a deputy prime minister through some deal struck between him and Najib, the Indians are still on a losing wicket.

Worse, what another Government slogan says about the needs of the people being considered first (rakyat didahulukan) is turning out to be a lie. How are the people being given priority when they are becoming increasingly burdened with rising prices?

Appropriately then, this ratings drop is a double whammy for Najib. At the last general election (GE13), he led his Barisan Nasional (BN) coalition to electoral victory but lost the popular vote, garnering 47 per cent compared to the Opposition’s 51 per cent. Now his own popularity has dived. It says a lot about how the people by and large have come to distrust him and his government.

 

Isnin, 9 Disember 2013

JPJ laksana sistem gred, nilai Institusi Memandu

8th December, 2013  

KUALA TERENGGANU: Mulai Januari depan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakann sistem penggredan terhadap kesemua 195 Institusi Memandu (IM), di seluruh negara.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad berkata ia bagi menilai perkhidmatan yang disediakan IM, seterusnya memberi gred berdasarkan bintang untuk mewujudkan persaingan sihat antara institusi berkenaan.

Beliau berkata, JPJ telah membangunkan sistem khas dengan kriteria yang akan dijadikan garis panduan untuk memberi gred kepada IM berkenaan.

“IM dengan perkhidmatan terbaik akan dikategorikan sebagai IM lima bintang dan yang paling minimum ialah satu bintang di mana kita yakin sebelum akhir tahun depan, semua IM akan selesai dinilai.

“IM terbaik akan diraikan dalam satu majlis khas untuk memberi anugerah itu seterusnya diharap dapat memberi motivasi kepada IM lain,” katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan pembukaan sebuah IM baharu di Batu Buruk di sini kelmarin.

Setiap tahun, kira-kira 1.5 juta kenderaan berdaftar dengan JPJ manakala jumlah pemohon lesen untuk motokar dan motosikal pula ialah sebanyak 450,000, katanya.

Ismail berkata penambahan mendadak jumlah kenderaan dan pengguna jalan raya itu memerlukan banyak IM baharu untuk menampung jumlah calon pemandu yang semakin meningkat saban tahun.

“Sehubungan itu, bermula tahun depan juga, JPJ akan memperkenalkan Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) yang lebih menitikberatkan aspek kesedaran, disiplin dan sikap berhemah di jalan raya.
“Di institusi inilah, calon-calon diberi pendedahan mengenai
keselamatan di jalan raya dan ia adalah elemen penting sebelum mereka diberikan lesen,” katanya.