Isnin, 16-06-2014
Insiden penculikan Sabah
kerana risikan lemah, kata Zahid
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kelonggaran kawalan keselamatan yang lemah di Sabah bukan berpunca daripada kekurangan peruntukan tapi kerana kelemahan risikan. Menteri Dalam Negeri tersebut berkata peruntukan yang diberikan kepada Zon Keselamatan Timur Laut Sabah (Esscom) mencukupi. "Kurang peruntukan?
Saya rasa cukup buat ketika ini," kata Zahid dalam sidang media selepas pertemuan dengan Kedutaan Amerika Syarikat hari ini di Hotel Royale Chulan, Damansara.
Menurut Zahid, pihak Esscom tidak boleh bergantung kepada kawalan dan peralatan yang canggih semata-mata tetapi perlu mengukuhkan risikan mereka. "Ia tidak boleh ditingkatkan hanya menggunakan kaedah konvensional sahaja dan peralatan serta aset yang canggih tidak mencukupi. "Ia mesti dilakukan dengan meletakan jaringan memperoleh maklumat melalui risikan daripada pihak Filipina," kata beliau.
Zahid juga tidak menolak kes-kes seperti penculikan tersebut akan sentiasa berulang, memandangkan kumpulan penculik mahu mendapatkan wang tebusan. Beliau menggesa supaya Esscom supaya mengukuhkan lagi persiapan mereka dan mengetatkan kawalan di perairan Sabah. "Pihak Esscom perlu lebih bersiap siaga dan jangan pernah lalai dalam operasi yang dilakukan," kata beliau.
Insiden penculikan di Sabah semakin membimbangkan, malah hari ini dua lagi insiden penculikan dilaporkan berlaku di Kunak, Tawau. April lalu, insiden penculikan di Semporna berulang selepas pelancong dikenali sebagai Gao Hua Yun, 29, dari Shanghai, China dan pekerja Filipina, Marcy Dayawan @ Mimi dibawa lari dari Singamata Reef Resort. Bagaimanapun, warga China tersebut dibebaskan sebulan kemudiaan.
Kejadian terbaru ini mengulangi insiden yang berlaku tahun lepas dimana dua kes penculikan membabitkan nelayan di atas bot mereka pada April dan pada November pula, pelancong Taiwan diculik dari Pulau Pom-Pom. Esscom ditubuhkan susulan insiden penculikan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah serta menerima peruntukan tambahan sebanyak RM75 juta daripada kerajaan pusat daripada peruntukan awal bernilai RM286 juta.
Bagaimanapun keberkesanan agensi tersebut menjadi pertikaian apabila insiden penculikan masih berulang di Sabah. – 16 Jun, 2014.
SELAMAT DATANG KE DUNIA INFO PENUH BERMAKLUMAT BERITA ALAM MAYA : My#Online News RASHID KABOD BERITA SABAH
RASHID KABOD BERITA SABAH
MASTER PROF@CIKGU RASHID KABOD
, Master Professional In General Management, Consultancy & Negotiator and Problem Solving(Public Sector, Govt & Private Sector), etc...
Leading to Doctorate Degree : PhD In Professional Communication, PhD In Political Science - Strategy & Implementation, Doctor Of Management, Doctor Of Business Admin, Doctor Of Education
and Doctor Of Laws - International (PR) & Laws(USA).
Qualifications / Skills / Experiences :
Executive Master - MBA (BWI-SCU) London UK, International Professional Fellowship (FIPFM) London UK, Kursus Diploma In Banking (UiTM), Kursus Sarjana Muda Undang - Undang (UM), Dip In Mgmt (DIM-UM),
Dip In Admin (DPA-PIM),
Dip In Edu (DPK-KPM), Cert Of Edu (CED-MPS), Cert Of TESL (JPS), Professional Of English Teaching (MPIK-KL), Professional Of English & Malays Language - College Of International Languages (MPBA-KL), Recognised
Professional In Life Insurance (PCE-LIAM), Recognised Professional In Management (AMIM-MIM), Recognised Professional In Public Relation / Perhubungan Awam (AMPRM-IPRM), Cert Of National Translation Institute (MSIA) / Institut Terjemahan Negara (ITNM), Cert Of Journalist / Wartawan (BERITA SABAH).
PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN PENDUDUK NEGERI SABAH
PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN PENDUDUK DAERAH SEMPORNA
PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN WARIS - WARIS PULAU DENAWAN & KG MENTALITIP SEMPORNA
PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN BAJAU SEMPORNA SABAH
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI PANGLIMA NUJUM PULAU SIPADAN
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI IMAM HJ KABOD KG MANTALITIP
PERSATUAN PENDUDUK NEGERI SABAH
PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN PENDUDUK DAERAH SEMPORNA
PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN WARIS - WARIS PULAU DENAWAN & KG MENTALITIP SEMPORNA
PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN BAJAU SEMPORNA SABAH
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI PANGLIMA NUJUM PULAU SIPADAN
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI IMAM HJ KABOD KG MANTALITIP
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI E-LAH DENAWAN SEMPORNA
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI DAYANG MAS & ANAK ANAK MANTALITIP
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI DAYANG LOY & ANAK ANAK SEMPORNA
Blogsite :
www.rashidkabodberitasabah.blogspot.com
Facebook :
Rashid Kabod Berita SABAH
Rashid Kabod Berita SEMPORNA
Facebook :
Rashid Kabod Berita SABAH
Rashid Kabod Berita SEMPORNA
Rashid Kabod Pembangunan Semporna
Rashid Kabod Sekolah Semporna
Rashid Kabod Politik (Semporna, Sabah, Malaysia)
Nature Of Business :
Services : General References, General Businesses, Advertising & Marketing, Import & Export, Professional In Management, Consultation, Negotiation & Brokerage, etc.....
Organiser :
Master Of Ceremony ( MC ), Speech & Debate, Events, Seminar, Courses, Workshop, Concert, Sport, Games, Cultures & Carnivals, etc.....
Freelance :
Society Activist & Independent & Volunteer People Complaints, Arbitrator, Journalist, Blogger, Political Analyst & Observer, NGO, R & D ( Research & Development) and I & PW - Logistic ( Intelligent & PhsycoWar - Logistic ), etc...
Skills :
MC ( Master Of Ceremony ). Emcee & Deejay, Declamator & Debator. Facilitator, speech , Mediator, Commentator, Interpreter & Editor, Author & Composer and PRO, Chairperson Of Meeting & Forum, and Permanent Chairperson Of Meeting & Convention, Representative Of Officiate Open Ceremony and Election Campaign & Prime Speech, Forum, Debator and Motion Debator Of Convention etc ...
Recognition : The Best Speaker and Debator Of Competition In Sabah ( Since 1985 ), ProActive In Motion Debator, Dialogue & Discussion, Forum and Seminar ( State, Nation, Asean, BIMP-EAGA & International ), etc...
Charges :
Consultation Fee, Management Cost, Brokerage Commission and Receive ( Other Payments ) etc .....
Rabu, 18 Jun 2014
Kementerian Kewangan nafi kutipan cukai akan dilabur dalam saham
The Malaysian Insider – 23 minutes ago, Rabu, 18-06-2014
Kementerian Kewangan hari ini menafikan laporan bahawa cukai yang dikutip oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan digunakan untuk melabur dalam saham atau bon.
"Sebagai contoh, selepas perbelanjaan seperti pembayaran bonus, ia boleh menyimpan semua simpanan dalam deposit tetap sebagai pelaburan," kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah selepas menghadiri Sidang Kemuncak CFO 2014 di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata demikian semasa ditanya pemberita mengenai kontroversi pembentangan rang undang-undang mengenai cadangan pindaan kepada LHDN Malaysia 1995 [Akta 533].
"Cadangan rang undang-undang itu bertujuan memberikan LHDN fleksibiliti untuk menyediakan skim gaji dan mengambil pekerjanya sendiri, yang akan meningkatkan produktiviti dan kecekapan," kata Irwan.
Beliau berkata Singapura dan Kanada sebagai contoh, LHDN negara berkenaan berdikari, dan menyumbang kepada peningkatan produktiviti selain kutipan cukai juga tinggi.
Menurut Irwan, pihak berkuasa mengkaji menawarkan 1.5% daripada cukai yang dikutip sebagai fi agensi kepada LHDN, namun cadangan itu belum dimuktamadkan.
Angka itu diperoleh daripada hasil yang dikutip LHDN sejak 10 tahun lepas, dan perbelanjaan operasinya dalam tempoh itu, katanya.
Semalam, Kementerian Kewangan berkata kerajaan menangguhkan pembentangan rang undang-undang itu yang dijadual pada minggu ini ke sesi Parlimen akan datang, pada Oktober, bagi membolehkan semakan lanjut dibuat. – Bernama, 18 Jun, 2014
Laporan audit tebal tapi perasuah tidak dibawa ke muka pengadilan, kata DAP
The Malaysian Insider – 1 hour 51 minutes agoRabu, 18-06-2014
DAP membidas Putrajaya kerana walaupun Laporan Ketua Audit Negara yang tebal setiap tahun dikeluarkan tetapi masih tiada pesalah rasuah diheret ke muka pengadilan.
"Laporan Audit Negara Malaysia lebih tebal 70 muka surat daripada laporan audit Singapura, tapi masih gagal membawa pesalah ke muka pengadilan yang menjadi punca kerugian berjuta ringgit," kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.
Pua menyelar kenyataan Low yang disifatkannya tidak bertanggungjawab dan memperbodohkan tahap pemikiran rakyat.
"Low jangan menghina tahap pemikiran rakyat Malaysia dengan mengatakan kerajaan lebih telus dan bertanggungjawab kerana laporan audit Malaysia lebih tebal berbanding Singapura," kata Pua.
Menurut Pua, jika dibandingkan dengan Singapura, kedudukan rasuah Putrajaya lebih parah malahan Indeks Persespi Rasuah (CPI) negara juga tidak memuaskan.
"Singapura berada pada tangga ke-5 dalam CPI yang dikeluarkan Transparency International, berbanding Malaysia yang berada pada kedudukan ke-53," kata Pua.
Pua juga berkata, tidak ada gunanya jika menjadi terbuka dan telus jika pembaziran masih lagi berulang hampir setiap tahun.
"Menteri tersebut patut malu kerana kerajaan gagal mengambil langkah berkesan untuk memperbaiki ketirisan yang berlaku dalam laporan audit setiap tahun," kata Pua.
Semalam, Putrajaya mengadakan majlis taklimat untuk media mengenai Siri Pertama dan Kedua Laporan Ketua Audit Negara 2012 dan 2013 di Institut Integriti Malaysia di Kuala Lumpur.
Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dan ketua setiausaha beberapa kementerian.
Dalam ucapannya, Low memuji Laporan Audit Negara kerana lebih tebal berbanding Singapura.
Sebelum itu, dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) juga dihalang daripada sesi taklimat tersebut atas alasan ia merupakan tertutup untuk media sahaja. – 18 Jun, 2014.
SEMPORNA : Rabu, 18-06-2014
Insiden penculikan di Sabah kebelakangan ini mesti diatasi segera agar tidak menjejas keyakinan rakyat terhadap tahap keselamatan negara, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal (gambar).
"Buat apa yang sepatutnya. Jangan perkara ini di luar kawalan kita sehingga ia tidak boleh dikawal dan akan memudaratkan," kata Shafie.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Semporna, mengulas kejadian penculikan terbaharu di Kampung Sapang, barat Pulau Timbun Mata, Sabah pada 15 Jun.
Dalam kejadian kira-kira 12.40 tengah malam itu, pengusaha pusat ternakan ikan dalam sangkar, Chan Sai Chiun, 32, dan seorang pekerja yang hanya dikenali sebagai Mazlan berumur sekitar 20-an diculik dua lelaki bersenjata di pusat itu.
Ini merupakan kes penculikan ketiga di kawasan pantai timur Sabah tahun ini.
Pada 6 Mei lepas, lima lelaki bersenjata menculik seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China di Pulau Baik di Lahad Datu, sebulan selepas seorang pelancong wanita warga China diculik di sebuah resort di Semporna.
Mengulas lanjut Shafie berkata kejadian seumpama itu menjejaskan kehadiran pelancong ke negeri itu.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata insiden penculikan di Sabah memberi impak negatif terhadap sektor pelancongan, terutama kedatangan pelancong dari China.
Menurutnya, sehingga April lepas, sebanyak 76 penerbangan berjadual dan sewa khas dari China ke Kota Kinabalu dibatalkan. – Bernama, 18 Jun, 2014.
KOTA KINABALU: Rabu, 18-06-2014
Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) menetapkan kadar zakat fitrah yang wajib dibayar setiap individu Muslim yang bermastautin di Sabah pada tahun ini ialah RM7.
"(Kutipan) Zakat fitrah pada tahun ini kita unjurkan daripada RM8.2 juta (tahun lalu) kepada RM8.5 juta iaitu anggaran pertambahan RM300,000," katanya ketika mengumumkan kadar zakat fitrah di Wisma Muis di sini hari ini.
Berdasarkan unjuran berkenaan Mohd Suhaili berkata pihak Muis akan berusaha meningkatkan kesedaran dan pengetahuan umat Islam di Sabah mengenai kewajipan membayar zakat serta fungsinya dalam sistem sosial masyarakat Islam termasuk melalui khutbah yang bakal disampaikan di masjid di seluruh Sabah.
Menurut Mohd Suhaili membayar zakat merupakan satu daripada bentuk penyucian harta yang dimiliki umat Islam termasuk pemastautin di Sabah dan jika ini difahami maka lebih ramai umat Islam akan menunaikan kewajiban mereka membayar zakat.
"Mereka (umat Islam bermastautin) yang bekerja di Sabah melebihi enam bulan atau setahun sepatutnya membayar zakat kepada amil-amil Muis atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (Jheains) yang wujud di kawasan masing-masing," katanya.
Mohd Suhaili berkata rakyat asing beragama Islam yang bekerja atau berniaga di Sabah sepatutnya membayar zakat di Sabah kerana di negeri itulah mereka mencari rezeki.
Katanya pada tahun ini Muis melantik 36 ketua amil dan 1,935 wakil amil di seluruh Sabah.
Mohd Suhaili juga berkata unjuran kutipan semua jenis zakat di Sabah tahun ini ialah RM55 juta berbanding RM49.2 juta yang dikutip pada tahun lepas.
Pada tahun ini juga katanya, Muis akan mengagihkan wang zakat berjumlah RM7.39 juta kepada 36,996 golongan asnaf termasuk fakir miskin serta mualaf dengan setiap asnaf menerima RM200.
"Kita sudah ada beberapa mekanisme dan pendekatan yang dirancang Bahagian Zakat bagaimana untuk meningkatkan kutipan zakat terutama zakat perniagaan," katanya. - Bernama
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Rabu, 18-06-2014
Hari ini memerintahkan syarikat penerbit dan dua editor laman portal Malaysiakini.com memfailkan pembelaan berhubung kes saman fitnah yang difailkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh.
Kes itu didengar di dalam kamar dengan dihadiri peguam Ashok Kandiah yang mewakili semua defendan dan peguam Wan Azmir Wan Majid bagi pihak Najib dan Ab Rauf.
Di luar mahkamah, Ashok memberitahu pemberita Norfauzani turut menetapkan 15 Julai untuk Najib dan Ab Rauf memfailkan pernyataan balas iaitu selepas pembelaan difailkan defendan.
Ditanya adakah pihaknya akan membuat permohonan untuk membatalkan saman tersebut, Ashok berkata:"Saya akan merujuk kepada anak guam terlebih dahulu."
Norfauzani juga menetapkan 24 Julai untuk pengurusan kes.
Pada 30 Mei lalu, Najib yang memfailkan saman itu atas kapasiti peribadi dan Ab Rauf bagi pihak Umno mendakwa ketiga-tiga defendan melapor, mengeluar dan membenarkan penerbitan dua artikel berasingan bertajuk 'A case of the PM reaping what he sows' dan 'How much will Najib spend to keep Terengganu?'.
Kedua-dua artikel itu didakwa diterbitkan pada 14 Mei lalu.
Plaintif mendakwa, artikel tersebut diletakkan di bawah ruangan 'Yoursay' di laman web portal www.malaysiakini.com oleh semua defendan sendiri atau pembantu mereka melalui komen daripada pelanggan atau pengguna laman web itu yang kemudiannya digabungkan sebagai satu artikel di bawah tajuk utama.
Artikel pertama iaitu 'A case of the PM reaping what he sows' adalah berkaitan dasar kerajaan dan hudud manakala artikel kedua 'How much will Najib spend to keep Terengganu?' berhubung isu kemelut politik di Terengganu bulan lalu.
Najib dan Ab Rauf mendakwa defendan membenarkan penerbitan artikel berkenaan dengan sengaja selain mengetahui ia adalah tidak benar dan tuduhan melulu tanpa mempedulikan kebenarannya.
Najib mendakwa, kata-kata fitnah itu menjejaskan reputasinya sebagai ahli politik, presiden Umno dan perdana menteri.
Selain itu, kedua-dua plaintif mendakwa komen berkenaan membawa maksud secara sindiran untuk menunjukkan Umno tidak kompeten sebagai sebuah parti politik dan tulang belakang Barisan Nasional.
Mereka juga mendakwa, kata-kata finah itu bertujuan menggambarkan Umno menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan parti politik dan sebuah parti yang tidak demokratik serta sengaja mengada-adakan situasi yang tidak diingini.
Kedua-dua plaintif mendakwa akibat daripada penerbitan artikel itu, reputasi mereka terjejas teruk apabila Umno dikecam terutama di media sosial dan media massa.
Kedua-dua plaintif menuntut ganti rugi am dan khas yang akan ditaksirkan mahkamah serta ganti rugi teruk, ganti rugi keterlaluan, faedah, injunksi untuk menahan defendan atau pembantu mereka menerbitkan artikel itu dan perintah defendan menerbitkan permohonan maaf secara bertulis untuk diterbitkan di akhbar dan kos.
Bernama, 18 Jun, 2014.
Rantau Panjang:
Reference Harian Metro. Rabu, 18-06-2014
Orang ramai pasti mencemuh dan menganggap saya kejam kerana sanggup merantai kaki adik sendiri, namun saya tiada pilihan demi keselamatannya,” kata Rohani Abdul Rahman, 30, mengenai keadaan adik bongsunya, Muhamad Saiful Riduan, 19. Muhamad Saiful yang mengalami masalah sindrom Down terpaksa dirantai oleh keluarga di rumahnya di Kampung Kuin Merah, di sini, sejak empat tahun lalu, bagi mengelak dia keluar rumah dan membahayakan nyawa sendiri.
Menurut Rohani, adiknya sebelum itu pernah beberapa kali keluar dari semak sebaik melihat lori atau treler di jalan raya sebelum merebahkan dirinya di atas jalan.
Katanya, keadaan itu amat merisaukannya sebelum dia mengambil keputusan berbuat demikian ke atas adiknya itu.Sebab itu saya mengambil tindakan begini, bukan kerana mahu mendera atau benci. Dia tetap dilayan seperti biasa kerana tidak pandai menguruskan diri,” katanya yang mengambil alih tugas arwah ibunya Rohmah Mat yang meninggal dunia hampir 10 tahun lalu.
Tinjauan semalam mendapati remaja terbabit ditempatkan di atas sebuah pangkin di depan rumah dengan kaki kanannya dirantai. Terdahulu, keluarga itu menerima kunjungan daripada Ketua Puteri UMNO Rantau Panjang Marie Suriani Abdullah.
Marie Suriani berkata pihaknya bersedia untuk membantu keluarga terbabit termasuk membantunya menjalani kehidupan seperti insan lain.
Kita bersedia membantu sekiranya jika perlu dirujuk ke bahagian psikiatrik dan menjalani rawatan,” katanya.
Rabu, 22 Januari 2014
Kuala Lumpur: Rabu,22/01/2014
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengemukakan bukti terhadap tuduhan Wisma Putra dalang di sebalik larangan memasuki Jepun.
Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainudin, berkata Anwar perlu berhenti membuat tuduhan jika gagal mengemukakan bukti menyokong dakwaannya.
Katanya, bukti kukuh perlu dikemukakan sebelum bertindak menuding jari dan menuduh pihak lai
“Kerajaan sudah menjelaskan dengan terperinci punca dan alasan larangan itu, begitu juga penjelasan daripada kerajaan Jepun berhubung larangan itu,” katanya.
Hamzah berkata, pemergian Anwar ke Jepun sebelum ini diuruskan khas Kedutaan Jepun di Malaysia.
“Bagaimanapun, pada kali ini beliau pergi ke negara itu tanpa membuat permohonan terlebih dahulu, kerana itu beliau tidak dibenarkan masuk atas sebab yang dinyatakan sebelum ini,” katanya.
Anwar diminta mengambil penerbangan pertama pulang ke Malaysia sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Ahad lalu atau dihantar pulang.
Beliau dimaklumkan pihak berkuasa Jepun, larangan itu kerana Ahli Parlimen Permatang Pauh itu pernah disabitkan atas kesalahan jenayah pada 1999.
Tak mohon visaDalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun di Malaysia, Takaharu Suegami semalam dilaporkan berkata, Anwar dilarang memasuki Jepun kerana tidak membuat permohonan mendapatkan visa.
Beliau turut memaklumkan Ketua Pembangkang itu sebelum ini pernah melawat Jepun dua kali, masing-masing pada April dan Jun 2012.
“Untuk kedua-dua lawatan itu, Anwar ada membuat permohonan mendapatkan visa dan ia membolehkan Kedutaan Jepun mengeluarkan ‘kebenaran khas’ untuk beliau memasuki Jepun.
“Kerajaan Jepun berhak melarang sesiapa saja memasuki negara itu mengikut Akta Kawalan Imigresen dan Pengiktirafan Pelarian,” katanya.
Sementara itu, Hamzah menasihatkan rakyat Malaysia di Bangkok, Thailand, memaklumkan lokasi masing-masing kepada pejabat Kedutaan Malaysia di negara itu bagi membolehkan langkah keselamatan diambil jika mereka menghadapi sebarang masalah susulan pengisytiharan darurat selama 60 hari oleh kerajaan Thailand, berkuat kuasa hari ini.
Beliau berkata, rakyat Malaysia juga diminta mematuhi segala arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan terjamin atau menangguhkan perjalanan ke ibu negara Thailand itu.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengemukakan bukti terhadap tuduhan Wisma Putra dalang di sebalik larangan memasuki Jepun.
Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainudin, berkata Anwar perlu berhenti membuat tuduhan jika gagal mengemukakan bukti menyokong dakwaannya.
Katanya, bukti kukuh perlu dikemukakan sebelum bertindak menuding jari dan menuduh pihak lai
“Kerajaan sudah menjelaskan dengan terperinci punca dan alasan larangan itu, begitu juga penjelasan daripada kerajaan Jepun berhubung larangan itu,” katanya.
Hamzah berkata, pemergian Anwar ke Jepun sebelum ini diuruskan khas Kedutaan Jepun di Malaysia.
“Bagaimanapun, pada kali ini beliau pergi ke negara itu tanpa membuat permohonan terlebih dahulu, kerana itu beliau tidak dibenarkan masuk atas sebab yang dinyatakan sebelum ini,” katanya.
Anwar diminta mengambil penerbangan pertama pulang ke Malaysia sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Ahad lalu atau dihantar pulang.
Beliau dimaklumkan pihak berkuasa Jepun, larangan itu kerana Ahli Parlimen Permatang Pauh itu pernah disabitkan atas kesalahan jenayah pada 1999.
Tak mohon visaDalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun di Malaysia, Takaharu Suegami semalam dilaporkan berkata, Anwar dilarang memasuki Jepun kerana tidak membuat permohonan mendapatkan visa.
Beliau turut memaklumkan Ketua Pembangkang itu sebelum ini pernah melawat Jepun dua kali, masing-masing pada April dan Jun 2012.
“Untuk kedua-dua lawatan itu, Anwar ada membuat permohonan mendapatkan visa dan ia membolehkan Kedutaan Jepun mengeluarkan ‘kebenaran khas’ untuk beliau memasuki Jepun.
“Kerajaan Jepun berhak melarang sesiapa saja memasuki negara itu mengikut Akta Kawalan Imigresen dan Pengiktirafan Pelarian,” katanya.
Sementara itu, Hamzah menasihatkan rakyat Malaysia di Bangkok, Thailand, memaklumkan lokasi masing-masing kepada pejabat Kedutaan Malaysia di negara itu bagi membolehkan langkah keselamatan diambil jika mereka menghadapi sebarang masalah susulan pengisytiharan darurat selama 60 hari oleh kerajaan Thailand, berkuat kuasa hari ini.
Beliau berkata, rakyat Malaysia juga diminta mematuhi segala arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan terjamin atau menangguhkan perjalanan ke ibu negara Thailand itu.
Rabu, 25 Disember 2013
Penduduk mengambil kesempatan mengutip ikan yang terdampar di persisir pantai Pulau Tambisan.
SHAH ALAM - Beribu-ribu ikan yang kebiasaannya hanya berenang di tengah lautan, hari ini dilihat berpusu-pusu berenang ke pesisiran pantai dan melompat naik ke daratan.
Fenomena aneh yang mengejutkan penduduk setempat ini berlaku di Pulau Tambisan, Lahad Datu, kira-kira jam 9 pagi tadi.
Menurut pembaca Sinar Harian Online, Luludaprincess Oja yang berkongsi maklumat itu, kejadian itu disedari oleh penduduk sekitar yang melalui kawasan itu secara tiba-tiba melihat ikan meloncat naik ke daratan.
"..situasi ini disedari oleh orang kampung yang kebetulan berada di tepi pantai, melihat kelainan dalam air tersebut di mana ikan-ikan meloncat naik ke darat.
"Sesetengah penduduk mengambil kesempatan untuk memungut ikan tersebut.
"Ini merupakan fenomena pertama berlaku di kampung tersebut," katanya.
Dalam pada itu, Sinar Harian Online mendapati video mengenai peristiwa itu yang berdurasi dua minit tiga puluh lima saat telah dimuatnaikkan di laman Youtube.
Sebelum ini, kejadian tsunami yang berlaku di Acheh pada 26 Disember 2004 turut mencatatkan tanda-tanda pelik sebelum berlaku bencana alam tersebut.
Thu, 19 Dec 2013 03:30:00
GMT | By Kee Thuan
Chye
BLOG: Najib deserves his ratings drop
According to the Merdeka Centre survey, approval ratings
for Najib have dropped from 62 per cent in August to 52 per cent. It is his
lowest since September 2009, which was five months after he took over as prime
minister.
He also said that the Cabinet had not made any final decision on the matter, resorting to the current standard operating procedure of the Government to provide itself an escape route whenever it is squeezed into a corner. This means it might flip-flop on its original decision if the response is negative. No wonder it’s losing the trust of Malaysians; after having performed so many flip-flops in the last few years, how could it not?
More than that, the toll hike issue has prompted people to ask questions also related to trust. Is there a real need for the hike when the financial burden on the rakyat is already getting heavier? Can’t the agreement with the highway concessionaires be renegotiated to defer it? Does the new rate have to be so high? Have the concessionaires not made enough – or even more than that – after so many years of collecting toll? Who are the people who are actually benefitting from this while the rakyat suffer?
The Government claims the toll hike will save it RM400 million which would otherwise have to be paid as compensation to the concessionaires. It says this money can be used instead for the country’s development. With our trust in the Government being at rock-bottom, can we be sure this will be the case?
Besides, after having seen the Government use our money in profligate ways, such as inflating the costs of mega-projects so that certain quarters would benefit from kickbacks or bribing the people to vote for the ruling party so it could retain power at GE13, are we confident it will use our money for the right purposes?
The Merdeka Centre Survey shows us we are not. On the question of whether our country is going in the right direction, only 41 per cent said it is. Opposing that was 49 per cent. This is the first time since 2008 that those who said wrong direction outnumber those who said right.
In this regard, the majority of respondents are worried about the Government’s handling of the economy, with 67 per cent saying it is the number one problem facing our country today – way above crime, social problems, racial issues and political issues.
No doubt Najib will pooh-pooh the survey findings, as he did those of Umcedel (Universiti Malaya Centre for Democracy and Elections) done just before GE13 which showed that Opposition Leader Anwar Ibrahim was perceived to be more qualified to be prime minister. But however Najib reacts, he can’t run away from the fact that he has not proven to be a competent leader.
He is weak, he flip-flops, he spends public money extravagantly and gets sarcastic when he’s questioned about it, he keeps silent when the rakyat need him to say something to reassure them, he talks about instituting reform but he dares not go the whole hog. As a result, his so-called reforms have merely been half-measures.
He makes amendments to draconian laws, falling short of repealing them. He did repeal the Internal Security Act (ISA) and the Emergency Ordinance but after GE13, he brought back preventive detention through amendments to the Prevention of Crime Act (PCA). He also gave us the dreaded Public Assembly Act (PAA), which narrows our democratic space.
And I haven’t even begun to talk about his colourless record for tackling corruption. Does he even have the guts for it?
So, yes, his ratings have dropped – and this is all I can say: he certainly deserves it. Yes, I reiterate, he does indeed.
Thu, 19 Dec 2013 03:30:00
GMT | By Kee Thuan
Chye
BLOG: Najib deserves his ratings drop
According to the Merdeka Centre survey, approval ratings
for Najib have dropped from 62 per cent in August to 52 per cent. It is his
lowest since September 2009, which was five months after he took over as prime
minister.
| DATO' SERI HJ NAJIB TUN RAZAK - PM MALAYSIA |
“He deserves it,” I said, emphatically.
According to the Merdeka Centre survey, approval ratings for Najib have dropped from 62 per cent in August to 52 per cent. It is his lowest since September 2009, which was five months after he took over as prime minister. Then, he had ratings of 59 per cent.
The current drop was due to declining belief in him expressed by Malay, Chinese and Indian respondents hailing from different social backgrounds. Of the 1,005 individuals polled from all states throughout Peninsular Malaysia, 41 per cent were dissatisfied with Najib’s performance as prime minister.
Asked how happy they were with the Government, 39 per cent said they were dissatisfied with it and 8 per cent said they were angry with it. Only 38 per cent gave it a nod. This is also a drop of 12 per cent from the 50 per cent who were happy with the Government in August.
“People asked me if the ratings drop was because he’s bringing on GST (goods and services tax),” my friend said, “but I told them no, because that’s coming on only in 2015.”
My friend is right. The main reason is the rising costs of daily living. Electricity tariffs, highway toll rates, assessment rates for Kuala Lumpurians, petrol prices, the price of sugar. They will inevitably snowball into inflation. Transport costs will increase, rents will go up, raw and prepared food prices will rise further, etc, etc. The Malaysian rakyat are not looking forward with cheer to the new year. Goodness knows what other hazards lie in wait.
Another reason is the rakyat’s realisation that the Government makes promises but doesn’t keep them. To give one of its slogans a twist, we say, “Janji tidak ditepati.” (Promises unfulfilled.) It’s interesting to note that the ethnic group that registered the biggest disappointment in Najib was the Indians. From 76 per cent in August, their faith in him has dropped to 57 per cent. That’s a slump of 19 per cent. They must have realised that even with former Hindraf leader P. Waythamoorthy having been made a deputy prime minister through some deal struck between him and Najib, the Indians are still on a losing wicket.
Worse, what another Government slogan says about the needs of the people being considered first (rakyat didahulukan) is turning out to be a lie. How are the people being given priority when they are becoming increasingly burdened with rising prices?
Appropriately then, this ratings drop is a double whammy for Najib. At the last general election (GE13), he led his Barisan Nasional (BN) coalition to electoral victory but lost the popular vote, garnering 47 per cent compared to the Opposition’s 51 per cent. Now his own popularity has dived. It says a lot about how the people by and large have come to distrust him and his government.
Isnin, 9 Disember 2013
JPJ laksana sistem gred, nilai Institusi Memandu | |
| 8th December, 2013 KUALA TERENGGANU: Mulai Januari depan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakann sistem penggredan terhadap kesemua 195 Institusi Memandu (IM), di seluruh negara. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad berkata ia bagi menilai perkhidmatan yang disediakan IM, seterusnya memberi gred berdasarkan bintang untuk mewujudkan persaingan sihat antara institusi berkenaan. Beliau berkata, JPJ telah membangunkan sistem khas dengan kriteria yang akan dijadikan garis panduan untuk memberi gred kepada IM berkenaan. “IM dengan perkhidmatan terbaik akan dikategorikan sebagai IM lima bintang dan yang paling minimum ialah satu bintang di mana kita yakin sebelum akhir tahun depan, semua IM akan selesai dinilai. “IM terbaik akan diraikan dalam satu majlis khas untuk memberi anugerah itu seterusnya diharap dapat memberi motivasi kepada IM lain,” katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan pembukaan sebuah IM baharu di Batu Buruk di sini kelmarin. Setiap tahun, kira-kira 1.5 juta kenderaan berdaftar dengan JPJ manakala jumlah pemohon lesen untuk motokar dan motosikal pula ialah sebanyak 450,000, katanya. Ismail berkata penambahan mendadak jumlah kenderaan dan pengguna jalan raya itu memerlukan banyak IM baharu untuk menampung jumlah calon pemandu yang semakin meningkat saban tahun. “Sehubungan itu, bermula tahun depan juga, JPJ akan memperkenalkan Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) yang lebih menitikberatkan aspek kesedaran, disiplin dan sikap berhemah di jalan raya. “Di institusi inilah, calon-calon diberi pendedahan mengenai keselamatan di jalan raya dan ia adalah elemen penting sebelum mereka diberikan lesen,” katanya. |
Ahad, 15 September 2013
Published: Selasa Ogos 6, 2013 MYT 11:23:00 PM
Esscom Kemuka Empat Opsyen Selesai Penempatan Atas Air Kampung Simunul
Download & Edited By, Admin ( Cikgu Rashid Kabod )
SEMPORNA: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) akan mengemukakan empat opsyen kepada kerajaan mengenai penyelesaian kesesuaian penempatan di sembilan perkampungan atas air kawasan Mukim Simunul, di sini.
Ketua Pengarah Esccom, Datuk Mohammad Mentek berkata, empat opsyen berkenaandiperoleh hasil kajian bersama agensi lain serta susulan bancian yang dilaksanakan pihaknya terhadap perkampungan berkenaan, baru-baru ini.
"Saya akan bentangkan empat opsyen cadangan ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan kita tunggu keputusannya sama ada penduduk kampungair ini berpindah atau kekal di tempat mereka," katanya.
Mohammad berkata demikian kepada pemberita ketika mengumumkan hasil bancian Esscom ke atas sembilan kampung di Mukim Simunul di Pejabat Daerah Semporna di sini, Selasa.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran empat opsyen berkenaan.
Mengenai hasil bancian ke atas 13,738 di sembilan kampung di Mukim Simunul berkenaan, Mohammad berkata bancian yang dilaksanakan mencapai tahap 97 peratus.
Katanya, hanya 170 buah rumah daripada 2,356 rumah di sembilan kampung berkenaan tidak dapat dibanci kerana premis berkenaan bertutup dan tiada penghuni.
Menurutnya, sebanyak 815 rumah yang dibanci di mukim itu didiami penduduk bukan warganegara iaitu mereka yang memegang dokumen penduduk tetap (kad pengenalan merah), pemegang kad pengenalan hijau dan pemegang dokumen IMM13.
"Penghuni 46 buah rumah lagi tidak memiliki sebarang dokumen.
"Kita juga dapati kebanyakan penduduk iaitu 38 peratus bekerja dalam sektor perkhidmatan dan hanya 28.5 peratus dalam sektor sektor perikanan," katanya.
Sehubungan itu, Mohammad berkata segala aspek perlu diteliti sebelum sebarang keputusan diambil terhadap isu penempatan penduduk berkenaan.
Mohammad juga berkata, sembilan buah kampung di Mukim Simunul berkenaan merupakan projek perintis Esscom untuk mengkaji kesesuaian penempatan 131 kampung atas air di kawasan Zon Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esszone) dengan 23 ribu buah rumah membabitkan 116,000 penduduk. - BERNAMA
PEMANDANGAN KAMPUNG SIMUNUL, SEMPORNA - SABAH
| Kampung Simunul Semporna Sabah |
| Kampung Simunul Semporna Sabah |
| Kampung Simunul Semporna Sabah |
| Kampung Simunul Semporna Sabah |
Kampung Simunul Semporna Sabah |
Kampung Simunul Semporna Sabah
DOWNLOAD & EDITED BY, ADMIN ( Rashid kabod berita sabah )
HARI PERTAMA OPERASI BANCIAN SIMUNUL BABITKAN 620 RUMAH, 3,500 PENGHUNI
July 31, 2013
Sebanyak 620 rumah dengan 3,500 penghuni dibanci pada hari pertama "Operasi Bancian Mukim Simunul Semporna" semalam yang dilancar pihak Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom).
Ketua Pengarah Esscom Datuk Mohammad Mentek berkata bancian itu membabitkan 90 pembanci di tiga kampung iaitu Kampung Dap-Dap, Ice Box dan Simunul. Beliau berkata berdasarkan bancian awal, 90 peratus penduduk di kampung berkenaan adalah warga Malaysia.
Mohammad berkata Esscom turut menugaskan anggotanya termasuk tentera dan polis untuk mengiringi pembanci yang bertugas di perkampungan mukim Simunul. "Kita menugaskan dua pembanci di setiap rumah yang dikunjungi, dan kita pastikan mereka diiringi anggota pasukan keselamatan kita.
"Pembanci kita, yang terdiri daripada pelajar sekolah di daerah Semporna, begitu bersemangat menjalankan tugas yang diamanahkan.
"Untuk hari ini, operasi bancian ditumpu di tiga lagi kampung iaitu Kampung Sri Jaya, Batu dan Kampung Sejati. Jika semuanya berjalan lancar, operasi bancian mukim Simunul akan siap sepenuhnya esok (Khamis), ini seperti yang ditetapkan," katanya sambil menambah notis pemberitahuan bancian dikeluarkan sehari sebelum operasi dilancarkan semalam, sekali gus memudahkan urusan pembancian.
Mohammad berkata operasi bancian mukim Simunul melibatkan sembilan kampung, dan kawasan yang akan dibanci esok ialah Kampung Mesrah, Kampung Sri Aman dan Kampung Selamat. Beliau berkata Kampung Selamat merupakan penempatan pelarian yang diwarta, termasuk mereka yang memegang dokumen IMM13.
Dokumen IMM13 merujuk pas khas Jabatan Imigresen untuk pelarian tulen Filipina akibat perang bagi membolehkan mereka tinggal di Sabah. Mohammad berkata rata-rata penduduk kampung di situ sudah dimaklum atau mengetahui bahawa ia lebih kepada operasi mendapatkan maklumat, dan bukan membabitkan tangkapan yang mungkin menimbulkan rasa ketakutan atau bimbang.
Selain Jabatan Perangkaan Malaysia dan pejabat Daerah Semporna, turut menjayakan program itu ialah anggota pertahanan dan keselamatan Esscom, Jabatan Kesihatan Sabah serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, katanya.
Kampung Simunul Semporna mencatat sejarah hitam sejak pembukaannya pada 9 Mac 1939, apabila enam anggota pasukan keselamatan terkorban dalam insiden serangan hendap pada 2 Mac lepas.
Berikutan insiden pencerobohan di Lahad Datu Februari lepas dan kejadian di Simunul Semporna, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan Esscom pada 7 Mac.
Bernama,
July 31, 2013.
July 31, 2013.
Penduduk Mukim Simunul Dipindah Secara Berperingkat - Ketua Pengarah ESSCOM
Download & Edited By, Admin ( Rashid Kabod Berita Sabah )
SEMPORNA, 12 Sept (Bernama) -- Sebanyak 1,371 penduduk berstatus
warganegara di Mukim Simunul akan dipindahkan secara berperingkat ke dua
penempatan baharu yang disediakan kerajaan dalam tempoh satu hingga dua
tahun akan datang, kata Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai
Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Mohammad Mentek.
Beliau berkata penduduk warganegara yang bakal berpindah ke Projek
Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Bubul Lama akan dipindahkan dalam tempoh
setahun akan datang manakala yang bakal berpindah ke kawasan Dewan
Undangan Negeri Bugaya pula dalam tempoh dua tahun.
Katanya ESSCOM akan meminta kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan dan Jabatan Perumahan Negara agar projek PPR Kampung Bubul
Lama yang mengandungi 831 unit dapat disiapkan segera manakala projek
PPR di Bugaya dapat dimulakan segera.
"Saya nasihatkan penduduk Mukim Simunul supaya tidak risau kerana urusan
perpindahan mereka akan diuruskan sepenuhnya oleh ESSCOM dari mula
mereka berpindah hinggalah selepas mereka berpindah. Selepas mereka
berpindah, kita akan lihat aspek kebajikan termasuk aspek sosio ekonomi
mereka.
"Kita tidak akan tinggalkan mereka begitu sahaja. Konsep kita ialah
'ESSCOM Sentiasa Bersama Mereka'," katanya kepada pemberita selepas
mengadakan pertemuan dengan penduduk sembilan buah kampung Mukim Simunul
di Dewan Masyarakat di sini hari ini.
Mohammad berkata ESSCOM akan memastikan tidak ada penduduk warganegara
di Mukim Simunul akan terpinggir atau teraniaya sepanjang proses
permindahan itu kerana apa yang dilakukan kerajaan ialah demi kebaikan
mereka dan generasi akan datang.
Menurutnya penempatan baharu di Kampung Bubul Lama dan Bugaya, kira-kira
tiga kilometer dari pekan Semporna, akan dipastikan jauh lebih selesa
dan selamat berbanding kediaman mereka di kawasan setinggan sekarang.
Katanya kawasan penempatan baharu mereka kelak akan disediakan dengan
pelbagai kemudahan seperti kelas prasekolah, surau, dewan, pondok polis
dan sistem kumbahan dan pembuangan sampah lebih teratur bagi memastikan
penduduknya dapat hidup selesa.
Mohammad berkata kehidupan penduduk Mukim Simunul di kawasan setinggan
hari ini terdedah kepada pelbagai gejala penyakit seperti kolera dan
batuk kering kerana tidak mempunyai sistem pembuangan sampah dan
kumbahan yang teratur.
Sebagai contoh katanya pada tahun 2012 sahaja, 320 kes penyakit batuk
kering, sejenis penyakit berjangkit, dikesan kawasan Mukim Simunul,
tidak termasuk penyakit berbahaya lain seperti denggi dan kolera.
Sementara itu, Mohammad berkata ESSCOM akan mewujudkan sebuah Lembaga
Pelawat bagi memantau impak perpindahan penduduk Mukim Simunul bagi
membolehkan tindakan segera diambil jika terdapat sebarang kekurangan.
Mengenai 815 penduduk berstatus bukan warganegara, Mohammad berkata
mereka akan dipindahkan juga tetapi kerajaan tidak akan menyediakan
kemudahan kepada mereka dan perbincangan lanjut mengenainya akan
diadakan dengan kerajaan negeri serta agensi berkaitan.
-- BERNAMA
Ahad, 14 Julai 2013
Admin (Blogger) : Rashid Kabod Berita Sabah
Pemberita
Bebas : SAKMAN BIN AKSAN
SEMPORNA,SABAH : Ahad,
14 Julai 2013
Sempena lawatan YB Dato’ Seri Hj
Mohd Shafie Bin Hj Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia (
KKLW ) merangkap Ahli Parlimen P189. Semporna ke Daerah Semporna pada hari ini
( Ahad, 14 Julai 2013 ) Datuk Seri tersebut telah mengambil peluang keemasan
untuk berbuka puasa bersama – sama 500 orang terdiri daripada Pemimpin – Pemimpin
Masyarakt Tempatan, Ketua – Ketua Jabatan
Persekutuan dan Negeri termasuk Sector Swasta dan Penduduk / Rakyat Daerah
Semporna di Masjid Bandar Daerah Semporna itu, ADUN yang turut hadir YB Dato’
Seri Hj Nasir Bin Tun Dr Hj Sakaran ( N53 Senallang ) dan YB Dato’ Dr Hj Jaujan
Bin Hj Sambakung ( N52 Sulabayan ).
YB Datuk Seri Hj Mohd Shafie
sambil memeriksa keadaan fizikal Masjid Bandar Semporna itu seterusnya
mengumumkan kepada semua yang hadir Masjid tersebut akan dibaik pulih dengan
segera untuk keselesaan Penduduk Daerah Semporna secara keseluruhannya ketika menjalankan
ibadah dan aktiviti – aktiviti lain hal ehwal Agama Islam selanjutnya.
Semua yang hadir merasa kagum dan
berterima kasih kepada pemimpin – pemimpin yang hadir, tersebut, khususnya lawatan
YB Dato’ Seri Hj Mohd Safie itu, sebab membuat lawatan amal ke Daerah Semporna
sempena bulan Ramadan Al – Mubarak ketika Penduduk Islam Daerah Semporna
menjalankan ibadah puasa dan berkesempatan memberikan peruntukan untuk membaik
pulih Masjid Bandar Semporna dengan segera, bermakna apabila menjelang Hari
Raya 1434H ( satu Syawal ) sudah pastinya Bangunan / Fizikal Masjid Bandar
Semporna akan kelihatan lebih tersergam indah dan menjadi kebangaan seluruh Penduduk
Daerah Semporna.
CADANGAN POSITIF : MOHON JUGA DIBAIK PULIH ( RENOVATION ) TANDAS DAN TEMPAT
BERWUDHU SERTA PAGAR AGAR SETANDING DENGAN PIAWAIAN ( STANDARD ) KEPERLUAN
SEMASA DEMI KESELESAAN SECARA AMNYA.
Terima Kasih YB dan Terima Kasih YB.
Langgan:
Catatan (Atom)







