Gaji pengawal keselamatan naik : mulai 1 Julai ini, 2010/04/27
MELAKA:
Kenaikan gaji untuk pengawal keselamatan mulai 1 Julai ini tetap dilaksanakan walaupun terdapat syarikat keselamatan yang kurang mampu untuk melaksanakannya.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata sebarang masalah yang timbul berhubung perkara itu akan diselesaikan oleh kementerian itu dan Kementerian Dalam Negeri.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata sebarang masalah yang timbul berhubung perkara itu akan diselesaikan oleh kementerian itu dan Kementerian Dalam Negeri.
"1 Julai ini akan dilaksanakan kerana ia sudah diwartakan, semua isu yang timbul kita akan selesaikan," katanya selepas menyampaikan ucaptama pada persidangan antarabangsa mengenai dialog antara budaya di sini, malam tadi.
Berikutan pengumuman itu terdapat beberapa syarikat pengawal keselamatan meminta kerajaan menyediakan satu mekanisme bagi membantu syarikat yang kurang mampu untuk memberikan gaji baru itu.