Blogger : Rashid Kabod Profesional
Kebanyakan pulau - pulau dalam daerah semporna, berpenghuni penduduk tempatan warga negara malaysia dan bukan warga negara malaysia atau pun ada juga duduk disitu pendatang tanpa izin, yang saya tekankan disini, mereka sungguh malang sekali sebab ketiadaan bekalan elektrik 24 jam dan tiada bekalan air bersih, beberapa ikhtiar yang mereka lakukan seperti menggunakan genarator sediri dan membeli air bersih dari bandar semporna dengan menggunakan tangki, drum dan galon, beginilah aktiviti utama kehidupan harian mereka.
Saya terbaca dalam surat khabar tempatan ( Sabah ) dan kebangsaan, yang mana perancangan kerajaan persekutuan melalui tindakan KKLW untuk membuat percubaan 10 buah pulau diberikan bekalan elektrik secara teknologi solar dan generator, dan juga ada disebut bekal air bersih.
Kerajaan persekutuan dan KKLW jangan hanya publisiti dan dalam isu khabar sahaja. Perlu ditunaikan dengan secepat yang mungkin sebab penghuni - penghuni tersebut sudah berabad lamanya, dalam kehidupan yang menderita seperti tersebut.