RASHID KABOD BERITA SABAH

RASHID KABOD BERITA SABAH

MASTER PROF@CIKGU RASHID KABOD
, Master Professional In General Management, Consultancy & Negotiator and Problem Solving(Public Sector, Govt & Private Sector), etc...
Leading to Doctorate Degree : PhD In Professional Communication, PhD In Political Science - Strategy & Implementation, Doctor Of Management, Doctor Of Business Admin, Doctor Of Education
and Doctor Of Laws - International (PR) & Laws(USA).

Qualifications / Skills / Experiences :
Executive Master - MBA (BWI-SCU) London UK, International Professional Fellowship (FIPFM) London UK, Kursus Diploma In Banking (UiTM), Kursus Sarjana Muda Undang - Undang (UM), Dip In Mgmt (DIM-UM),
Dip In Admin (DPA-PIM),
Dip In Edu (DPK-KPM), Cert Of Edu (CED-MPS), Cert Of TESL (JPS), Professional Of English Teaching (MPIK-KL), Professional Of English & Malays Language - College Of International Languages (MPBA-KL), Recognised
Professional In Life Insurance (PCE-LIAM), Recognised Professional In Management (AMIM-MIM), Recognised Professional In Public Relation / Perhubungan Awam (AMPRM-IPRM), Cert Of National Translation Institute (MSIA) / Institut Terjemahan Negara (ITNM), Cert Of Journalist / Wartawan (BERITA SABAH).

PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN PENDUDUK NEGERI SABAH
PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN PENDUDUK DAERAH SEMPORNA
PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN WARIS - WARIS PULAU DENAWAN & KG MENTALITIP SEMPORNA
PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN BAJAU SEMPORNA SABAH

PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI PANGLIMA NUJUM PULAU SIPADAN
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI IMAM HJ KABOD KG MANTALITIP
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI E-LAH DENAWAN SEMPORNA
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI DAYANG MAS & ANAK ANAK MANTALITIP
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI DAYANG LOY & ANAK ANAK SEMPORNA

Blogsite :
www.rashidkabodberitasabah.blogspot.com

Facebook :
Rashid Kabod Berita SABAH
Rashid Kabod Berita SEMPORNA
Rashid Kabod Pembangunan Semporna
Rashid Kabod Sekolah Semporna
Rashid Kabod Politik (Semporna, Sabah, Malaysia)

Nature Of Business :
Services : General References, General Businesses, Advertising & Marketing, Import & Export, Professional In Management, Consultation, Negotiation & Brokerage, etc.....

Organiser :
Master Of Ceremony ( MC ), Speech & Debate, Events, Seminar, Courses, Workshop, Concert, Sport, Games, Cultures & Carnivals, etc.....

Freelance :
Society Activist & Independent & Volunteer People Complaints, Arbitrator, Journalist, Blogger, Political Analyst & Observer, NGO, R & D ( Research & Development) and I & PW - Logistic ( Intelligent & PhsycoWar - Logistic ), etc...

Skills :
MC ( Master Of Ceremony ). Emcee & Deejay,
Declamator & Debator. Facilitator, speech , Mediator, Commentator, Interpreter & Editor, Author & Composer and PRO, Chairperson Of Meeting & Forum, and Permanent Chairperson Of Meeting & Convention, Representative Of Officiate Open Ceremony and Election Campaign & Prime Speech, Forum, Debator and Motion Debator Of Convention etc ...

Recognition : The Best Speaker and Debator Of Competition In Sabah ( Since 1985 ), ProActive In Motion Debator, Dialogue & Discussion, Forum and Seminar ( State, Nation, Asean, BIMP-EAGA & International ), etc...


Charges :
Consultation Fee, Management Cost, Brokerage Commission and Receive ( Other Payments ) etc .....


Jumaat, 14 Mei 2010

Kajian Komprehensif Isu Sabah & Sarawak

Jawatankuasa khas selesai isu Bumiputera Sabah dan Sarawak  


May 10, 2010, Monday

SIBU, SARAWAK : Satu jawatankuasa khas kabinet yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah dibentuk bagi menyelesaikan beberapa isu yang menyelubungi penduduk Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili berkata, jawatankuasa dianggota menteri daripada kedua-dua negeri sahaja yang mana empat daripadanya dari Sabah manakala dua lagi dari Sarawak.

Menteri terbabit terdiri daripada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal, Menteri Perusahaan Peladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok dan Menteri Luar Negeri Datuk Anifah Aman.

Manakala dua lagi menteri yang menganggotai jawatankuasa tersebut ialah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Douglas Uggah Embas dan Menteri Tenaga Hijau, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

“Makmal yang ditubuhkan itu akan membincangkan tidak kurang daripada tujuh perkara termasuk tanah, pekerjaan, pembangunan sosioekonomi, pendidikan serta keusahawanan.

Katanya, beberapa keputusan telah dibuat dan pengumuman dijangka akan dibuat oleh Najib yang dalam rangka lawatan ke Sarawak pada 13 Mei depan.



Dasar Baru Sempena Hari Guru 16hb Mei 2010

Dasar baru komprehensif guru diumum Ahad iniMay 11, 2010, Tuesday

SIBU, SARAWAK : Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata satu dasar baru yang lebih komprehensif untuk guru dijangka diumumkan di Kuantan pada Ahad ini sempena sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata dasar itu dijangka mengandungi skim lebih baik untuk pengetua dan guru besar daripada segi kenaikan pangkat, elaun dan manfaat lain.

“Kementerian sedang menimbang untuk menambah baik dasar bagi guru yang mengajar di pedalaman yang kini menerima elaun kesusahan RM1,500 sebulan disebabkan kos pengangkutan yang tinggi,” katanya dalam majlis dialog dengan guru dan anggota Persatuan Ibu Bapa dan Guru di Sekolah Menengah Sacred Heart di sini semalam.

Muhyiddin berkata satu kajian perlu dilakukan berhubung keperluan guru di pinggir bandar kerana ia juga harus mengambil kira pembangunan infrastruktur 10,000 sekolah di seluruh negara termasuk 1,500 di Sarawak.

Mengenai pengambilan ke maktab perguruan, beliau berkata kerajaan mungkin menimbang mengambil penduduk tempatan di kawasan-kawasan yang amat memerlukan tenaga guru di Sarawak dan Sabah bagi mengurangkan masalah penempatan guru dan kos peng-angkutan. — Bernama

Permohonan Paspot Malaysia Siap Dengan Segera !!!

Pasport siap satu jam mulai hari ini



KUALA LUMPUR: Bermula hari ini orang ramai boleh mendapatkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) dalam tempoh satu jam selepas pembayaran dibuat, berbanding dua jam sebelum ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Abdul Rahman Othman.
“Langkah ini selaras dengan usaha kerajaan yang mahu setiap proses permohonan dokumen berkenaan dipercepatkan dan dikeluarkan dalam tempoh satu jam,” katanya kepada Bernama di sini semalam.
Katanya perkhidmatan tersebut boleh diperolehi di beberapa pejabat cawangannya yang terpilih di seluruh negara.
“Kita ada 37 pejabat seluruh negara, buat masa ini kita laksanakan di 25 pejabat cawangan kita dulu sebab di pe-jabat besar kita seperti di Kuala Lumpur dan Putrajaya, kena buat persediaan mungkin kena tambah pekerja dulu dan peralatan untuk cepatkan proses pengeluaran,” katanya.
Antara pejabat-pejabat  imigresen yang akan menawarkan perkhidmatan itu esok adalah Alor Setar, Kulim, Bukit Kayu Hitam, Langkawi dan Sungai Petani di  Kedah.
Di Johor pula boleh didapati di pejabat cawangannya di Muar, Mersing, Kukup dan Segamat. Di Pahang ia boleh didapati di Kuantan, Raub dan Temerloh. — Bernama