Kerajaan Beri Duit Raya RM500.00 Sebelum 1 Syawal 1431
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disebut sebagai berkata pada Rabu, 25hb Ogos 2010, Kerajaan akan memberikan Bantuan Khas RM500.00 sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 2010 ini, kepada 1.24juta petugas awam ( Gred 1 hingga 54 ) dan 590,000 pesara kerajaan sebelum 1hb Syawal 1431.
Bayaran tersebut melibatkan perbelanjaan kerajaan berjumlah RM934.6Juta iaitu RM639.6Juta bagi petugas awam dan RM295Juta bagi pesara kerajaan.
Bagaimanapun Presiden CUEPACS berharap dalam pembentangan BUDGET 2011 pada 15hb Oktober 2010 depan, oleh Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan Kerajaan akan dapat mempertimbangkan BONUS YANG LEBIH TINGGI.