KUALA LUMPUR Sabtu, 16hb April, 2011
Blogger : RashidKabod ProfesionalKesatuan Perkhidmatan Penguruan Kebangsaan ( KPPK ) kelmarin, menggesa pegawai pelajaran daerah menggunakan budibicara apabila mengendalikan kes kanak kanak bersekolah yang tiada mempunyai sijil kelahiran, walaupun ibubapanya rakyat malaysia.
Ulasan Setiausaha Agungnya KPPK ( Lok Yim Pheng ) disebut sebagai berkata, " sewajarnya kanak - kanak itu dibenarkan bersekolah terlebih dahulu, dan isu sijil kelahiran itu akan diselesaikan kemudian ".
Kementerian Pelajaran wajar mengeluarkan Pekeliling yang menasihatkan Pegawai Pelajaran dan Guru Besar agar mengutamakan pelajaran daripada hanya berbalah mengenai teknikal isu ketiadaan sijil kelahiran murid - murid .
Kes sembilan kanak - kanak SRJK Tamil Ladang Limsun di Seremban yang dihalang bersekolah akibat ketiadaan sijil lahir kini dapat bersekolah semula seperti biasa Febuari 2011 lepas, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr. Wee Ka Siong dan Perunding Jawatankuasa Kabinet mengenai komuniti India di Jabatan Perdana Menteri Datuk N. Siva Subramaniam.
Kes tersebut berlaku ketika Pegawai Pelajaran memberitahu Guru Besar di sekolah itu, bagi setiap pelajar yang tiada sijil lahir jika didapati belajar disekolah tersebut Guru Besar itu akan didenda RM1,000 bagi setiap murid, jika sabit kesalahan.