KUALA LUMPUR :
Kerajaan telah memperuntukkan DANA RM15JUTA untuk Bahagian Sokongan Keluarga ( BSK ), sebagai membantu isteri - isteri yang terabai oleh suami mereka ketika dalam proses perceraian di Mahkamah Syariah di Malaysia dan apabila suami menghilangkan diri tanpa nafkah, pemberian wang pendahuluan tersebut dapat meringankan bebanan isteri - isteri berkenaan.
Cara permohonan bantuan kewangan tersebut, bagi isteri - isteri yang masih belum mendapat keputusan Perintah Mahkamah berkenaan soal nafkah dan kes masih tergantung di mahkamah, boleh mendapatkan Perintah Nafkah terlebih dahulu sebelum memohon wang bantuan tersebut.
Wang Pendahuluan tersebut hanyalah diberikan kepada mereka yang memperolehi perintah daripada Mahkamah Syariah berdasarkan keperluan ibu dan bilangan anak serta umur anak - anaknya.
Tabungan Pusingan ini hendaklah dibayar semula kepada BSK oleh bekas suami atau bapa berdasarkan kriteria utama penyerahan bantuan kewangan itu.
Lelaki yang sengaja mengingkari Perintah Mahkamah akan tetap dikesan / dijejaki oleh BSK yang akan memfailkan kes Penguatkuasaan dan Pelaksanaan Perintah Mahkamah.
Manakala bagi ibu - ibu tunggal pula, sekiranya BSK berpendapat mereka layak mendapat Bantuan Dana tersebut, seperti bekas suami atau bapa gagal dikesan atau tidak berkemampuan, permohonan bantuan kewangan itu akan dipanjangkan kepada Majlis Agama Islam Negeri atau Agensi Kerajaan lain seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk dipertimbangkan bagi mendapat bantuan tersebut.