Kibaran Sambulayang atau Lambaian Sambulayang di Daerah Semporna melambangkan ada sesuatu perayaan atau acara yang akan atau sedang berlangsung di daerah ini.
Sempena Regatta Lepa perayaan tahunan yang tercatat dalam kalendar Pelancongan Malaysia akan berlangsung di Daerah Semporna, Sabah pada 24hb dan 25hb April 2010 yang mana akan dilancarkan oleh TYT Negeri Sabah dan dihadiri oleh semua lapisan masyarakat seluruh sabah dianggarkan 60 ribu hingga 70 ribu orang dan khususnya, oleh pemimpin - pemimpin sabah yang diketuai oleh YAB Ketua Menteri Sabah dan ada juga diantara pemimpin - pemimpin dari Sarawak dan Semenanjung Malaysia yang datang sama - sama menyaksikan perayaan ini, terutama sekali pelancong - pelancong dari luar negeri.
Kibaran Sambulayang berwarna- warni ini ada warisan nenek moyang bangsa Bajau Semporna sejak zaman silam lagi, sehingga hari ini masih segar dipelihara lambang kegagahan dan kehebatan kreatif kesenian warisan budaya di zaman silam.
Lambaiyan Sambulang siap dipasang di setiap rumah sepanjang jalan raya sejauh 14 kilometer dari Bandar Semporna sebagai menandakan perayaan Regatta Lepa di daerah ini akan bermula.
Blog : RashidKabod BERITA SABAH