SEMPORNA :
Program gotong - royong membersihkan Bandar Semporna disertai oleh kira - kira 3,000 orang terdiri daripada kakitangan kerajaan, swasta, pertubuhan sukarela, pelajar, anggota polis dan tentera.
Tuan Pegawai Daerah Semporna merangkap Pengerusi Majlis Daerah Abdul Muhammed Ibnu Abdul Kadir berkata, "pendekatan diplomasi yang diamalkan antara masyarakat Daerah Semporna dan pihak Majlis Daerah merupakan penyumbang kepada kejayaan kerbersihan ini."
Beliau berharap kempen kesedaran akan diteruskan kepada kumpulan sasar seperti mereka yang tinggal di Kg. Air.
"Gotong Royong Perdana" tersebut telah dilancarkan sempena Regatta Lepa Daerah Semporna minggu depan iaitu pada 24hb dan 25hb April 2010, oleh Datuk Jaujan Sambakung sebagai mewakili Menteri Kemajuan Luar Bandar dan wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Datuk Jaujaun, berharap pemimpin dan pegawai kerajaan terus berusaha meningkatkan kesedaran masyarakat betapa pentingnya menjaga kebersihan bandar kita.
Dan mengikut pemerhatian Datuk Jaujan, dari semasa ke sama tahap kebersihan Bandar Semporna semakin baik ekoran dayausaha dan kerja berterusan Majlis Daerah Semporna serta kerjasama yang padu semua pihak yang berkenaan menjaga kebersihan Bandar Semporna ini.
Blog : RashidKabod BERITA SABAH.
KOMEN MEMBINA :
BalasPadamUsaha - Usaha Majlis Daerah Semporna dan Pemimpin serta Masyarakat, khususnya kakitangan kerajaan, Polis dan Tentara, NGO dan Pelajar - Pelajar adalah sangat terpuji.
TETAPI, Blog RashidKabod BERITA SABAH mencadangkan alternatif yang lain yang lebih berkesan dan konsisten seperti mengambil contoh daripada DBKK dan melantik pakar - pakar berkenaan membuat assingment Research & Development ( R & D )berkaitan pembuangan dan kebersihan sampah dalam bandar.
JIKA TIADA R & D - Aktiviti membuang sampah secara tradisi dan konservatif sentiasa diamalkan berterusan tanpa kesan yang positif.