RASHID KABOD BERITA SABAH

RASHID KABOD BERITA SABAH

MASTER PROF@CIKGU RASHID KABOD
, Master Professional In General Management, Consultancy & Negotiator and Problem Solving(Public Sector, Govt & Private Sector), etc...
Leading to Doctorate Degree : PhD In Professional Communication, PhD In Political Science - Strategy & Implementation, Doctor Of Management, Doctor Of Business Admin, Doctor Of Education
and Doctor Of Laws - International (PR) & Laws(USA).

Qualifications / Skills / Experiences :
Executive Master - MBA (BWI-SCU) London UK, International Professional Fellowship (FIPFM) London UK, Kursus Diploma In Banking (UiTM), Kursus Sarjana Muda Undang - Undang (UM), Dip In Mgmt (DIM-UM),
Dip In Admin (DPA-PIM),
Dip In Edu (DPK-KPM), Cert Of Edu (CED-MPS), Cert Of TESL (JPS), Professional Of English Teaching (MPIK-KL), Professional Of English & Malays Language - College Of International Languages (MPBA-KL), Recognised
Professional In Life Insurance (PCE-LIAM), Recognised Professional In Management (AMIM-MIM), Recognised Professional In Public Relation / Perhubungan Awam (AMPRM-IPRM), Cert Of National Translation Institute (MSIA) / Institut Terjemahan Negara (ITNM), Cert Of Journalist / Wartawan (BERITA SABAH).

PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN PENDUDUK NEGERI SABAH
PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN PENDUDUK DAERAH SEMPORNA
PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN WARIS - WARIS PULAU DENAWAN & KG MENTALITIP SEMPORNA
PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN BAJAU SEMPORNA SABAH

PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI PANGLIMA NUJUM PULAU SIPADAN
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI IMAM HJ KABOD KG MANTALITIP
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI E-LAH DENAWAN SEMPORNA
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI DAYANG MAS & ANAK ANAK MANTALITIP
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI DAYANG LOY & ANAK ANAK SEMPORNA

Blogsite :
www.rashidkabodberitasabah.blogspot.com

Facebook :
Rashid Kabod Berita SABAH
Rashid Kabod Berita SEMPORNA
Rashid Kabod Pembangunan Semporna
Rashid Kabod Sekolah Semporna
Rashid Kabod Politik (Semporna, Sabah, Malaysia)

Nature Of Business :
Services : General References, General Businesses, Advertising & Marketing, Import & Export, Professional In Management, Consultation, Negotiation & Brokerage, etc.....

Organiser :
Master Of Ceremony ( MC ), Speech & Debate, Events, Seminar, Courses, Workshop, Concert, Sport, Games, Cultures & Carnivals, etc.....

Freelance :
Society Activist & Independent & Volunteer People Complaints, Arbitrator, Journalist, Blogger, Political Analyst & Observer, NGO, R & D ( Research & Development) and I & PW - Logistic ( Intelligent & PhsycoWar - Logistic ), etc...

Skills :
MC ( Master Of Ceremony ). Emcee & Deejay,
Declamator & Debator. Facilitator, speech , Mediator, Commentator, Interpreter & Editor, Author & Composer and PRO, Chairperson Of Meeting & Forum, and Permanent Chairperson Of Meeting & Convention, Representative Of Officiate Open Ceremony and Election Campaign & Prime Speech, Forum, Debator and Motion Debator Of Convention etc ...

Recognition : The Best Speaker and Debator Of Competition In Sabah ( Since 1985 ), ProActive In Motion Debator, Dialogue & Discussion, Forum and Seminar ( State, Nation, Asean, BIMP-EAGA & International ), etc...


Charges :
Consultation Fee, Management Cost, Brokerage Commission and Receive ( Other Payments ) etc .....


Ahad, 21 November 2010

Kenderaan Elektrik Boleh Didaftar Di Malaysia 2011

KONG (kanan) merasmikan karnival Motor New Straits Times-Maybank COTY2U 2010 sambil disaksikan Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Sdn Bhd, Datuk Syed Nadzri Syed Harun (kiri) dan Timbalan Presiden  Maybank, Lim Hong Tat (tengah).
KONG (kanan) merasmikan karnival Motor New Straits Times-Maybank COTY2U 2010 sambil disaksikan Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Sdn Bhd, Datuk Syed Nadzri Syed Harun (kiri) dan Timbalan Presiden Maybank, Lim Hong Tat (tengah).
Pindaan akta dijangka lulus bulan depan
 
KUALA LUMPUR: Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang dijangka diluluskan Dewan Rakyat, bulan depan, akan membolehkan kenderaan elektrik didaftarkan secara sah di negara ini. 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata, ketika ini, undang-undang yang termaktub dalam akta itu tidak membenarkan kenderaan jenis itu didaftarkan kerana tidak mempunyai nombor enjin seperti kenderaan biasa.

“Untuk mendaftarkan kenderaan memerlukan dua nombor pendaftaran iaitu nombor enjin dan juga nombor casis. Kenderaan elektrik tidak mempunyai nombor enjin, jadi kita harap pindaan akta ini dapat membenarkan pendaftaran dibuat untuk menggunakan nombor casis saja,” katanya selepas merasmikan karnival Motor New Straits Times-Maybank COTY2U 2010, di sini semalam.

Karnival COTY2U selama dua hari berakhir hari ini, adalah yang pertama diadakan bersempena acara tahunan Anugerah Kereta Terbaik 2010 anjuran Car, Bikes and Trucks yang juga sisipan akhbar New Straits Times yang ditaja Maybank Berhad.
 
Karnival itu dibuka kepada orang ramai daripada jam 10 pagi hingga 9 malam dengan bayaran RM5 bagi dewasa dan percuma untuk kanak-kanak.

PM Pinda Perlembagaan BN

Kuala Lumpur :



PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum memulakan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di Menara Dato' Onn, PWTC, semalam. 
- Foto Sairien Nafis
Barisan Nasional pinda perlembagaan benarkan ahli bersekutu, gabungan

 KUALA LUMPUR: Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) semalam me­­minda perlembagaannya bagi mem­­bolehkan sesiapa juga mengemukakan per­­­­­­­­mohonan terus untuk menjadi ahli BN tanpa menyertai mana-mana parti kompo­­nennya berkuat kuasa serta-merta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata walaupun komponen parti BN sebulat suara memutuskan untuk mem­­perkenalkan ke­­ahlian bersekutu dan keahlian bergabung itu, tetapi pada masa sama berwaspada terhadap kemungkinan ada pihak menyertainya dengan ni­­at tidak baik. 

Pengerusi BN itu berkata, langkah ber­­ke­­naan memperlihatkan BN sebagai parti yang inklu­­sif dan bersikap terbuka kepada sesiapa yang mempercayai konsep serta prinsip perjuangan parti itu.

"Sesiapa pun boleh menjadi ahli bersekutu BN tetapi sebagai contoh jika dia dari parti pembangkang hendak masuk, Dewan Tertinggi BN kena bagi kelulusan. Ini satu syarat yang kita tetapkan supaya tidak ada mana-mana orang yang masuk dengan niat tidak baik terhadap BN.

"Selain itu, ahli parti komponen BN juga tidak boleh masuk (menjadi ahli bersekutu). Maknanya jika sudah menjadi ahli UMNO, tidak boleh tinggalkan UMNO (kerana) hendak menjadi ahli bersekutu. Jika MIC pun begitu.

"Kita turut memutuskan bahawa mana-mana pertubuhan politik, persatuan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) boleh menjadi ahli gabungan BN. Ini adalah usaha kita kepada kumpulan lain yang ingin bekerjasama dengan BN kerana mereka percaya kepada matlamat perjuangan parti," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di sini, semalam.

Najib berkata, keputusan Dewan Tertinggi berhubung pindaan perlembagaan BN akan diwartakan, manakala tarikh penguatkuasaannya dimaklumkan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Bagaimanapun, beliau berkata, sebarang keputusan mengenai peraturan dan perkara lain berhubung ahli bersekutu serta ahli bergabung akan diperincikan kemudian oleh Dewan Tertinggi BN dengan mengambil kira pandangan daripada semua parti komponen.

Selain itu, Najib berkata, BN juga memutuskan menubuhkan Kelab Sahabat BN untuk sesiapa yang ingin menjadi rakan atau sahabat kepada parti.

Katanya, Kelab Rakan Muda BN juga akan diwujudkan dengan kumpulan sasaran golongan muda berumur 18 hingga 21 tahun yang belum menjadi pengundi tetapi ingin menghayati dan menyokong perjuangan BN.

KDN Gantian MyKad 1 Hari Seluruh Negara ( Malaysia )

Kucing, Sarawak :



 

  
KUCHING: Rakyat di negeri ini kini boleh mendapatkan MyKad gantian hanya dalam tempoh sehari berbanding 30 hari se-belum ini selepas pencetakan MyKad secara teragih dilaksanakan di Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sarawak.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata kejayaan itu merupakan nilai tambah kepada pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kementerian itu iaitu ke-negaraan, permit masuk dan sijil kelahiran lewat.

Dalam sidang akhbar itu juga Hishammuddin  menyuarakan persetujuan terhadap cadangan Menteri Muda Perhubungan Sarawak Datuk Lee Kim Shin agar ketua-ketua masyarakat di negeri ini diberi taklimat mengenai keperluan dan syarat mengemukakan permohonan dokumen pengenalan diri agar proses permohonan dapat dipercepatkan.

Menurut Lee banyak permohonan rakyat negeri ini khusus-nya dari kawasan pedalaman terpaksa ditolak kerana permohonan mereka tidak dilengkapi dengan dokumen-dokumen diperlukan.

Saya setuju dengan cadangan itu dan KDN telah membuat kaji selidik dan mendapati antara punca kekangan yang wujud terutama daripada penduduk pedalaman Sarawak yang hidup jauh dan berselerak perlu diatasi degan penuh berhemat.

“Sebab itu JPN memperluaskan operasi Unit Khas Bergerak ke kawasan-kawasan pedalamam Sarawak untuk memudahkan golongan ini yang ada juga daripada kumpulan miskin tegar memohon dokumen pengenalan diri,” katanya.

Sementara itu dalam ucapan perasmiannya Hishamuddin berkata setakat ini sebanyak 8,680 MyKad yang sudah siap belum dituntut di seluruh negara.


Pada majlis itu beliau turut berkesempatan menyerahkan sendiri dokumen pengenalan diri kepada 29 penerima dengan 20 daripadanya adalah penerima MyKad yang baru siap manakala sembilan lagi akan menerima sijil kewarganegara

Bukit Tengkorak Di Daerah Semporna, Sabah



Keunikan Bukit Tengkorak


1911-muzium-2
Di lokasi inilah kerja-kerja Ekskavasi Arkeologi dilakukan oleh Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Jabatan Muzium Sabah
 
Bukit Tengkorak terletak kira-kira 500 kaki d atas paras laut di pesisiran pantai Semporna, Timur Sabah (Utara 4 27’ 20.08” dan 118 37’ 04.3” Timur). Bukit Tengkorak merupakan tapak pelindung gua batuan volkanik dan sebahagian daripada bibir gunung berapi yang berdiameter sekitar 2 kilometer.

Kajian arkeologi yang sistematik dan saintifik telah dijalankan di Bukit Tengkorak dan kawasan sekitar daerah Semporna oleh sekumpulan Penyelidik dari Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Jabatan Muzium Sabah semenjak 1994 hingga hari ini.

Hasil kajian arkeologi yang diperolehi menunjukkan bahawa Bukit Tengkorak merupakan sebuah tapak pembuatan tembikar prasejarah yang terbesar di Asia Tenggara. Antara bukti arkeologi yang telah ditemui terdiri daripada ribuan serpihan tembikar prasejarah dan tanah liat yang digunakan untuk pembuatan tembikar. Selain itu, kajian etnoarkeologi menunjukkan bahawa teknologi pembuatan tembikar masih lagi diamalkan sehingga hari ini oleh masyarakat Bajau di Semporna.

Ekskavasi arkeologi di Bukit Tengkorak juga menunjukkan ia kaya dengan pelbagai artifak arkeologi seperti alat batu mikrolit (kecil), batu pemukul kulit kayu, beliung sisa-sisa tulang haiwan serta cengkerang dan tulang ikan laut. Asosiasi arifak-arifak berkenaan yang ditemui semasa ekskavasi menunjukkan bukti kewujudan aktiviti sibsisten seperti pemburuan haiwan dan penangkapan ikan serta pengumpulan cengkarang di laut.

Bukit Tengkorak merupakan sebuah tapak arkeologi yang penting di Malaysia dan Asia Tenggara. Kepentingan Bukit Tengkorak termasuk penemuan bukti dan hipotesis baru mengenai penghijrahan manusia dan perdagangan atau pertukaran maritime prasejarah di kepuluan Asia Tenggara dan Pasifik. Penyelidikan arkeologi di Bukit Tengkorak telah menemui bukti perdagangan laut yang terpanjang di dunia, iaitu dari Timur Sabah ke New Britain di Melanesia, sejauh lebih 3,500 kilometer kiria-kira 3,000 tahun dahulu.

Bukti ini secara tidak langsung mencadangkan bahawa lautan dari Melanesia ke kepulauan Asia Tenggara, 2,000 – 3,000 tahun sebelum Captain James Cook menjelajahi kepulauan Asia Tenggara dan lautan Pasifik pada 1768-1779. Bukit Tengkorak juga telah dikenal pasti sebagai salah satu tapak pembuatan tembikar tanah yang terbesar sekali di Asia Tenggara pada Zaman Neolitik. Berpuluh-puluh ribu serpihan tembikar tanah yang berusia 3,000 tahun dahulu dan dihiasi dengan pelbagai corak telah ditemui di tapak berkenaan.

Penemuan lain yang unik di tapak ini ialah industri pembuatan alat batu mikrolit yang diperbuat daripada batuan akik, cert dan obsidian. Industri alat batu mikrolit itu merupakan penemuan yang luar biasa dan jarang sekali ditemui di kepulauan Asia Tenggara.

Kajian arkeologi pada 2002 hingga 2006 di tapak Melanta Tutup, sebuah tapak baru yang terletak kira-kira 12 kilometer dari Bukit Tengkorak juga telah mendedahkan bukti baru mengenai kewujudan manusia prasejarah manusia di daerah Semporna lebih 10,000 tahun dahulu pada Zaman Paleolitik sehingga Zaman Neolitik (3,000 tahun dahulu), Zaman Logam dan Zaman Sejarah Awal (1,000 tahun dahulu).

Bukti-bukti arkeologi yang ditemui semasa ekskavasi di tapak berkenaan ialah artifak prasejarah seperti pengebumian manusia dalam keranda kayu balak, tempayan, dan pengebumian lunjur, alat batu mikrolit yang dibuat daripada akik, cert dan obsidian, serpihan tembikar tanah dan batu, loceng gangsa, alat-alat besai, manik, dan sisa-sisa flora dan fauna seperti tulang haiwan, ikan dan cengkarang laut.

Kajian perbandingan jumpaan artifak seperti tembikar dan alat batu yang ditemui di Bukit Tengkorak menunjukkan banyak persamaan dengan artifak yang ditemui di tapak-tapak sezaman yang lain di Asia Tenggara dan lautan Pasifik. Kajian paleoantropologi dan perbandingan rangka-rangka manusia yang ditemui di Semporna dan tapak-tapak lain di Asia Tenggara turut menyokong hipotesis migrasi dan penyebaran berleluasa populasi manusia prasejarah di Asia Tenggara pada Zaman Neolitik dan Logam.

Kajian sumber batuan dan artifak obsidian yang ditemui di Bukit Tengkorak turut mencadangkan kewujudan rangkaian perdagangan atau pertukaran dan pergerakan manusia secara jarak jauh melalui lautan antara kepulauam Asia Tenggara dan Pasifik seawal 3,000 tahun dahulu.