KONG (kanan) merasmikan karnival Motor New Straits Times-Maybank COTY2U 2010 sambil disaksikan Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Sdn Bhd, Datuk Syed Nadzri Syed Harun (kiri) dan Timbalan Presiden Maybank, Lim Hong Tat (tengah).
Pindaan akta dijangka lulus bulan depan
KUALA LUMPUR: Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang dijangka diluluskan Dewan Rakyat, bulan depan, akan membolehkan kenderaan elektrik didaftarkan secara sah di negara ini.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata, ketika ini, undang-undang yang termaktub dalam akta itu tidak membenarkan kenderaan jenis itu didaftarkan kerana tidak mempunyai nombor enjin seperti kenderaan biasa.
“Untuk mendaftarkan kenderaan memerlukan dua nombor pendaftaran iaitu nombor enjin dan juga nombor casis. Kenderaan elektrik tidak mempunyai nombor enjin, jadi kita harap pindaan akta ini dapat membenarkan pendaftaran dibuat untuk menggunakan nombor casis saja,” katanya selepas merasmikan karnival Motor New Straits Times-Maybank COTY2U 2010, di sini semalam.
Karnival COTY2U selama dua hari berakhir hari ini, adalah yang pertama diadakan bersempena acara tahunan Anugerah Kereta Terbaik 2010 anjuran Car, Bikes and Trucks yang juga sisipan akhbar New Straits Times yang ditaja Maybank Berhad.
Karnival COTY2U selama dua hari berakhir hari ini, adalah yang pertama diadakan bersempena acara tahunan Anugerah Kereta Terbaik 2010 anjuran Car, Bikes and Trucks yang juga sisipan akhbar New Straits Times yang ditaja Maybank Berhad.
Karnival itu dibuka kepada orang ramai daripada jam 10 pagi hingga 9 malam dengan bayaran RM5 bagi dewasa dan percuma untuk kanak-kanak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan