Kementerian Pelajaran diminta tunai janji
5th January, 2011
Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Marudu, Baintin Adun @ Abdul Halim memberitahu beliau amat terkilan apabila ramai guru-guru yang terbabit bertemu dengan beliau dan mohon masalah ini dikemukakan ke Kementerian Pelajaran Malaysia.
Baintin berkata beliau difahamkan lebih 1,000 orang guru sandaran belum menerima pelantikan semula jawatan mereka sehingga ke hari ini.
Katanya sebagai pemimpin (NGO) di pering- kat Bahagian dan akar umbi beliau menghubungi Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia Datuk Dr Fuad Zarkashi untuk menyelesaikan masalah ini namun tidak ada sebarang tindakan yang diambil setakat ini.
“Memandangkan guru merupakan pendidik kepada anak-anak bangsa yang amat besar maknanya kepada semua pihak saya merayu kepada Timbalan Menteri Pelajaran khasnya agar perkara ini dapat diselesaikan dalam masa yang terdekat disebabkan musim persekolahan sudah pun bermula dua hari lepas,” katanya.
Baintin yang juga Presiden Persatuan Kimaragang yang ditemui di Pejabat Perhubungan Umno Kota Marudu di sini kelmarin, juga merayu kepada guru-guru terbabit agar bersabar akan perlantikan mereka.
Katanya tidak ada kerajaan sebaik kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak mahu rakyatnya senantiasa bermasalah didalam negara sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan