Kucing, Sarawak :
KUCHING: Rakyat di negeri ini kini boleh mendapatkan MyKad gantian hanya dalam tempoh sehari berbanding 30 hari se-belum ini selepas pencetakan MyKad secara teragih dilaksanakan di Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sarawak.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata kejayaan itu merupakan nilai tambah kepada pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kementerian itu iaitu ke-negaraan, permit masuk dan sijil kelahiran lewat.
Dalam sidang akhbar itu juga Hishammuddin menyuarakan persetujuan terhadap cadangan Menteri Muda Perhubungan Sarawak Datuk Lee Kim Shin agar ketua-ketua masyarakat di negeri ini diberi taklimat mengenai keperluan dan syarat mengemukakan permohonan dokumen pengenalan diri agar proses permohonan dapat dipercepatkan.
Menurut Lee banyak permohonan rakyat negeri ini khusus-nya dari kawasan pedalaman terpaksa ditolak kerana permohonan mereka tidak dilengkapi dengan dokumen-dokumen diperlukan.
Saya setuju dengan cadangan itu dan KDN telah membuat kaji selidik dan mendapati antara punca kekangan yang wujud terutama daripada penduduk pedalaman Sarawak yang hidup jauh dan berselerak perlu diatasi degan penuh berhemat.
“Sebab itu JPN memperluaskan operasi Unit Khas Bergerak ke kawasan-kawasan pedalamam Sarawak untuk memudahkan golongan ini yang ada juga daripada kumpulan miskin tegar memohon dokumen pengenalan diri,” katanya.
Sementara itu dalam ucapan perasmiannya Hishamuddin berkata setakat ini sebanyak 8,680 MyKad yang sudah siap belum dituntut di seluruh negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan