KUALA LUMPUR :
Kerajaan memansuhkan bayaran wad yang dikenakan terhadap pegawai dan pesara perkhidmatan awam yang mendapat rawatan di hospital kerajan berkuatkuasa 1hb April 2010.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam berkata menurut Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 4 Tahun 2010 yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam pemansuhan itu turut terpakai untuk anggota keluarga dan ibubapa mereka.
Kelayakan untuk angota keluarga dan ibubapa sah adalah berdasarkan kelayakan yang ditetapkan kepada pegawai awam berkenaan.
Kelayakan wad untuk pesara dan anggota keluarga mereka pula adalah berdasarkan gred hakiki terakhir pegawai sebelum bersara.
Kelayakan wad untuk pegawai pengurusan tertinggi, Gred 45 - 54 ialah kelas 1 bilik seorang Gred 31 - 4 ( kelas 1 bilik berdua ), Gred 21 - 30 ( kelas 1 bertiga ) dan Gder 1 - 20 ( Kelas 2 ).
Peruntukan pekeliling perkhidmatan ini pada keseluruhannya turut dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Pihak Berkanun.
Rujukan : Surat Khabar, Utusan Borneo. ( Nasional )
Khamis, 11 mac 2010. Muka Surat 15.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan