Pada Selasa, 6hb April, 2010 di Dewan Rakyat Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, ketika menjawab soalan Datuk Mohamed Aziz ( BN Sri Gading ) kajian komprehensif tentang kanak - kanak tiada dokumen telah siap dan lengkap pada September tahun lepas ( 2009 ).
Pelbagai cadangan akan dibentangkan kepada kerajaan berdasarkan kajian tersebut, termasuk mendaftarkan murid - murid tersebut di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan, selepas mendapat pengesahan status mereka daripada ketua kampung, sebagaimana yang dijelaskan dalam pekeliling bertarikh Mac 11, 2009, tahun lepas. Bagaimanapun tertakluk kepada syarat yang ditentukan, seorang daripada ibubapanya mestilah warganegara malaysia.
Kementerian Pendidikan akan menguatkuasakan Pendidikan Sekolah Rendah menjadi pendidikan wajib dan ibubapa akan dihukum di bawah seksyen 29(A) Akta Pendidikan 1996, jika ibubapa gagal mendaftar anak bersekolah.
Rujukan : Surat Khabar : Daily Express.
Wednesday, 7th April, 2010.
Local. Page 11
Tiada ulasan:
Catat Ulasan