Kuala Lumpur : Setiausaha Agung PKR Kebangsaan Saifuddin Nasution disebut sebagai berkata, pada Khaimis, 27hb Ogos 2010, " 12 Ahli Parti Keadilan Rakyat di Sabah telah digantung keahliannya untuk tempoh satu tahun sebab didapati menubuhkan Parti Baru di Sabah yang diberi nama " Parti Cinta Sabah ( PCS ) ".
Penyiasatan telah dibuat oleh Jawatankuasa Disiplin Parti PKR dan mengesahkan wujud perbuatan melanggar disiplin parti dan cadangan kepada Majlis Tertinggi Parti Penggantungan Keahlian mereka tersebut berkuatkuasa pada Ahad lepas, 22hb Ogos 2010.
Mereka tersebut diberi tempoh 14 hari untuk membuat rayuan, bermula pada 29hb Ogos 2010.
Ahli - ahli PKR yang digantung tersebut ialah Daniel John Jambun, Awang Ahmad Sah, Moses @ Mozes Michael Iking, Nicholas James Guntobun, Paul Kerangkas, Slyvester @ Balon Mujim, Innocent Makajil., Nasir Samie, Hary Kujukok, Manisit Rubbin Guribbin, Gosibin Yousundang dan Guandee Kohoi.
Mereka telah mendaftar Parti PCS bulan Disember 2009 lepas, ketika suasana tegang Datuk Dr Jeffrey Kitingan Naib Presiden PKR mengumumkan akan meletak jawatan daripada Parti PKR, oleh yang demikian mereka semua tersebut didapati telah campurtangan hal - ehwal PKR Sabah oleh Pemimpin PKR Pusat ( Kebangsaan ).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan