Semporna, Sabah
Jalan Raya Semporna / Tawau Perlu Di Perbesarkan
Jalan Raya Semporna / Tawau bermula dari round about Post Office Bandar Semporna sehinggalah ke round about Kunak / Semporna perlu diperbesarkan / jalan dua hala sebab kenderaan semakin hari semakin banyak.
Dalam masa puncak, kesesakan kenderaan sangat serius di jalan raya ini, maka nampaklah keadaan pengurusan jalan raya yang tidak mengikut piawaian standard.
Manakala, round about yang berhampiran dengan Petronas Station itu terlalu kecil menyusahkan kenderaan berat ( besar ) dan bas express untuk melaluinya.
Begitu juga, round about di Simpang Bukit Lalang / SMK Abdullah semporna,Sabah seringkali terlanggar oleh kenderaan berat, bas express dan kereta biasa di waktu malam serta ketika cuaca gelap sebab terlalu kecil dan jalan rayanya tidak cukup luas.
Perhatian Penting :
Simpang Jalan Kubang Pinang, Semporna terlalu unik mengelirukan dan mengakibatkan kesilapan pemanduan ketika melaluinya dan bagi pemandu - pemandu yang tidak biasa, pada kali pertama melalui di jalan itu, seringkali tersilap terutama diwaktu malam dan cuaca gelap.
CADANGAN YANG MEMBINA :
Di harap pihak yang berkenaan ( Pihak Yang Berkuasa ) dapat mengambil perhatian yang serius dalam perkara tersebut, demi kebaikan kita bersama, ditambah lagi dengan terkenalnya Daerah Semporna dan Pulau - Pulaunya sebagai Destinasi Pelancongan Terindah di Negeri Sabah dan di mata dunia. Oleh yang demiikian, Daerah Semporna sangat memerlukan jalan dua hala.
Dan juga, setiap tahun Perayaan Regatta Lepa dan lain - lain perayaan serta pelbagai aktiviti selalu dianjurkan di Daerah Semporna, situasi ini dapat mendorong lagi perlunya Jalan Raya Semporna / Tawau diperbesarkan (menjadi jalan dua hala ).
Respon Positif dan Kebijaksaan Pihak yang Berkenaan, sangat diharpkan dan terima kasih.
Tinjauan RashidKabod Berita Sabah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan