Najib timbang adakan PRU lebih awal ikut Sarawak
KUALA LUMPUR:
Datuk Seri Najib Razak semalam tidak menolak kemungkinan mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak, ketika mandat yang diberikan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) berbaki 35 bulan lagi.
Jika Pengerusi BN itu memilih mengadakan PRU-13 serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak, maka tarikh itu perlu diadakan sebelum Julai ini.
Mandat Kerajaan Persekutuan pimpinan BN hanya berakhir pada Mei 2013, manakala kerajaan negeri Sarawak berakhir Julai ini.
“Boleh... tunggu dan lihat,” kata Perdana Menteri ketika ditanya sama ada Barisan Nasional (BN) bersedia menghadapi dua pilihan raya serentak
“Dalam pilihan raya, sebarang kemungkinan boleh (berlaku). Saya pertimbangkan segala-galanya dan apa juga berkemungkinan,” katanya.
Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ditemui selepas majlis pecah tanah bangunan tambahan Sekolah Agama Labis bernilai RM2.4 juta, di Labis semalam bagi mengulas isu sama berkata, terpulang kepada Perdana Menteri untuk membuat keputusan.
Semalam, akhbar melaporkan pemimpin BN dan pembangkang menyatakan kesediaan parti masing-masing menghadapi PRU-13 jika diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak yang akan diadakan pada bila-bila masa sehingga tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu berakhir pada 24 Julai depan.
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dalam rancangan Dialog Pembangunan Sosioekonomi dan Politik Sarawak yang disiarkan menerusi TV1 dilaporkan berkata, beliau akan berunding dengan Perdana Menteri mengenai kemungkinan pilihan raya negeri diadakan serentak dengan pilihan raya umum.
Sementara itu, diminta mengulas pilihan raya kecil DUN Merlimau berikutan kematian wakil rakyat kawasan itu, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan yang juga Exco Kerajaan Negeri Melaka kelmarin, Najib berkata, pilihan raya kecil itu adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan tidak diduga sama sekali.
“Saya percaya BN Melaka akan membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya kecil itu,” katanya

Tiada ulasan:
Catat Ulasan