Pengerusi Penaja dan semua ahli jawatan kuasa mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pertubuhan Pendaftaran Malaysia terhadap surat berkenaan.
Pengerusi Penaja ( Tuan Ustaz Kusugan Bin Ali ) bakal Presiden Parti Warisan Rakyat Sabah Bersatu tersebut berkata, " Kami Ahli Jawatan Kuasa Penaja akan merayu kepada menteri dalam masa yang terdekat ini dan keputusan menteri itu adalah muktamad ", dan katanya lagi, " Kami mohon dipertimbangkan semula dan mohon kelulusan pendaftaran parti itu sebelum Pilihan Raya Umum Malaysia yang ke-13 ( PRU KE-13 ) yang dijangka akan diadakan dalam tahun ini 2012 / 2013 atau bila - bila masa dari sekarang ".
SURAT RAYUAN tersebut, akan dikemukakan oleh AJK penaja dan di ketuai oleh Pengerusi Penaja bakal presiden parti itu di Pejabat Menteri Hal Ehwal Dalam Malaysia, di Putrajaya kelak.
Dengan wujudnya kelulusan parti itu sebelum PRUKE13, diatas budibicara dan pertimbangan menteri, sebelum pembubaran Parlimen Malaysia dan sebelum SPR menjalankan Pilihan Raya Umum secara demokrasi, maka parti itu sudah pasti ada peluang menyertai PRU ke-13 kelak, dengan bercadang meletakkan calon - calonnya disemua kawasan 25 Parlimen dan 60 DUN di Negeri Sabah, selepas mengadakan perbincangan dengan pemimpin - pemimpin Barisan Nasional ( BN ) atau komponan - komponan BN di Negeri Sabah atau mengikut nasihat Presiden BN di mana - mana tempat yang sesuai untuk membantu memperolehi keputusan undi solid majoriti BN di Negeri Sabah.
Secara keseluruhannya objektif penubuhan Parti Warisan Rakyat Sabah Bersatu itu, adalah untuk pembangunan secara menyeluruh demi khususnya rakyat malaysia dalam aspek hal ehwal agama, pelajaran, ekonomi, sosial, infrastruktur dan sebagainya, selaras dengan perkembangan zaman kontemporari Malaysia Menuju Wawasan 2020 dengan cemerlang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan