Kementerian Kewangan nafi kutipan cukai akan dilabur dalam saham
The Malaysian Insider – 23 minutes ago, Rabu, 18-06-2014
Kementerian Kewangan hari ini menafikan laporan bahawa cukai yang dikutip oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan digunakan untuk melabur dalam saham atau bon.
"Sebagai contoh, selepas perbelanjaan seperti pembayaran bonus, ia boleh menyimpan semua simpanan dalam deposit tetap sebagai pelaburan," kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah selepas menghadiri Sidang Kemuncak CFO 2014 di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata demikian semasa ditanya pemberita mengenai kontroversi pembentangan rang undang-undang mengenai cadangan pindaan kepada LHDN Malaysia 1995 [Akta 533].
"Cadangan rang undang-undang itu bertujuan memberikan LHDN fleksibiliti untuk menyediakan skim gaji dan mengambil pekerjanya sendiri, yang akan meningkatkan produktiviti dan kecekapan," kata Irwan.
Beliau berkata Singapura dan Kanada sebagai contoh, LHDN negara berkenaan berdikari, dan menyumbang kepada peningkatan produktiviti selain kutipan cukai juga tinggi.
Menurut Irwan, pihak berkuasa mengkaji menawarkan 1.5% daripada cukai yang dikutip sebagai fi agensi kepada LHDN, namun cadangan itu belum dimuktamadkan.
Angka itu diperoleh daripada hasil yang dikutip LHDN sejak 10 tahun lepas, dan perbelanjaan operasinya dalam tempoh itu, katanya.
Semalam, Kementerian Kewangan berkata kerajaan menangguhkan pembentangan rang undang-undang itu yang dijadual pada minggu ini ke sesi Parlimen akan datang, pada Oktober, bagi membolehkan semakan lanjut dibuat. – Bernama, 18 Jun, 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan