Kibaran Sambulayang atau Lambaian Sambulayang di Daerah Semporna melambangkan ada sesuatu perayaan atau acara yang akan atau sedang berlangsung di daerah ini.
Sempena Regatta Lepa perayaan tahunan yang tercatat dalam kalendar Pelancongan Malaysia akan berlangsung di Daerah Semporna, Sabah pada 24hb dan 25hb April 2010 yang mana akan dilancarkan oleh TYT Negeri Sabah dan dihadiri oleh semua lapisan masyarakat seluruh sabah dianggarkan 60 ribu hingga 70 ribu orang dan khususnya, oleh pemimpin - pemimpin sabah yang diketuai oleh YAB Ketua Menteri Sabah dan ada juga diantara pemimpin - pemimpin dari Sarawak dan Semenanjung Malaysia yang datang sama - sama menyaksikan perayaan ini, terutama sekali pelancong - pelancong dari luar negeri.
Kibaran Sambulayang berwarna- warni ini ada warisan nenek moyang bangsa Bajau Semporna sejak zaman silam lagi, sehingga hari ini masih segar dipelihara lambang kegagahan dan kehebatan kreatif kesenian warisan budaya di zaman silam.
Lambaiyan Sambulang siap dipasang di setiap rumah sepanjang jalan raya sejauh 14 kilometer dari Bandar Semporna sebagai menandakan perayaan Regatta Lepa di daerah ini akan bermula.
Blog : RashidKabod BERITA SABAH
KOMEN MEMBINA :
BalasPadamBAJAU SEMPORNA adalah penduduk tempatan yang sejati yang bertamadun.
BAJAU LAUT istilah ini sebenarnya TIADA sebab hanyalah terjemahan oleh pada sarjana dan penyelidik serta pengarang buku.
Sebenarnya istilah yang ada dalam Bahasa Bajau terhadap BAJAU LAUT itu adalah PALA'UH.
Sewajarnya, untuk membetulkan istilah yang sebenar perlu dilakukan oleh semua pihak agar tidak memjejaskan imej BAJAU SEMPORNA secara berterusan dan supaya tidak berlaku salah tafsir pihak - pihak luar keatas istilah " BAJAU SEMPORNA , BAJAU LAUT DAN PALA'UH.
Istilah yang betul - BAJAU SEMPORNA
Istilah yang betul - PALA'UH
Istilah yang tidak betul - BAJAU LAUT