RASHID KABOD BERITA SABAH

RASHID KABOD BERITA SABAH

MASTER PROF@CIKGU RASHID KABOD
, Master Professional In General Management, Consultancy & Negotiator and Problem Solving(Public Sector, Govt & Private Sector), etc...
Leading to Doctorate Degree : PhD In Professional Communication, PhD In Political Science - Strategy & Implementation, Doctor Of Management, Doctor Of Business Admin, Doctor Of Education
and Doctor Of Laws - International (PR) & Laws(USA).

Qualifications / Skills / Experiences :
Executive Master - MBA (BWI-SCU) London UK, International Professional Fellowship (FIPFM) London UK, Kursus Diploma In Banking (UiTM), Kursus Sarjana Muda Undang - Undang (UM), Dip In Mgmt (DIM-UM),
Dip In Admin (DPA-PIM),
Dip In Edu (DPK-KPM), Cert Of Edu (CED-MPS), Cert Of TESL (JPS), Professional Of English Teaching (MPIK-KL), Professional Of English & Malays Language - College Of International Languages (MPBA-KL), Recognised
Professional In Life Insurance (PCE-LIAM), Recognised Professional In Management (AMIM-MIM), Recognised Professional In Public Relation / Perhubungan Awam (AMPRM-IPRM), Cert Of National Translation Institute (MSIA) / Institut Terjemahan Negara (ITNM), Cert Of Journalist / Wartawan (BERITA SABAH).

PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN PENDUDUK NEGERI SABAH
PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN PENDUDUK DAERAH SEMPORNA
PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN WARIS - WARIS PULAU DENAWAN & KG MENTALITIP SEMPORNA
PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN BAJAU SEMPORNA SABAH

PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI PANGLIMA NUJUM PULAU SIPADAN
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI IMAM HJ KABOD KG MANTALITIP
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI E-LAH DENAWAN SEMPORNA
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI DAYANG MAS & ANAK ANAK MANTALITIP
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI DAYANG LOY & ANAK ANAK SEMPORNA

Blogsite :
www.rashidkabodberitasabah.blogspot.com

Facebook :
Rashid Kabod Berita SABAH
Rashid Kabod Berita SEMPORNA
Rashid Kabod Pembangunan Semporna
Rashid Kabod Sekolah Semporna
Rashid Kabod Politik (Semporna, Sabah, Malaysia)

Nature Of Business :
Services : General References, General Businesses, Advertising & Marketing, Import & Export, Professional In Management, Consultation, Negotiation & Brokerage, etc.....

Organiser :
Master Of Ceremony ( MC ), Speech & Debate, Events, Seminar, Courses, Workshop, Concert, Sport, Games, Cultures & Carnivals, etc.....

Freelance :
Society Activist & Independent & Volunteer People Complaints, Arbitrator, Journalist, Blogger, Political Analyst & Observer, NGO, R & D ( Research & Development) and I & PW - Logistic ( Intelligent & PhsycoWar - Logistic ), etc...

Skills :
MC ( Master Of Ceremony ). Emcee & Deejay,
Declamator & Debator. Facilitator, speech , Mediator, Commentator, Interpreter & Editor, Author & Composer and PRO, Chairperson Of Meeting & Forum, and Permanent Chairperson Of Meeting & Convention, Representative Of Officiate Open Ceremony and Election Campaign & Prime Speech, Forum, Debator and Motion Debator Of Convention etc ...

Recognition : The Best Speaker and Debator Of Competition In Sabah ( Since 1985 ), ProActive In Motion Debator, Dialogue & Discussion, Forum and Seminar ( State, Nation, Asean, BIMP-EAGA & International ), etc...


Charges :
Consultation Fee, Management Cost, Brokerage Commission and Receive ( Other Payments ) etc .....


Ahad, 15 September 2013



DOWNLOAD & EDITED BY, ADMIN ( Rashid kabod berita sabah )


HARI PERTAMA OPERASI BANCIAN SIMUNUL BABITKAN 620 RUMAH, 3,500 PENGHUNI



July 31, 2013

Sebanyak 620 rumah dengan 3,500 penghuni dibanci pada hari pertama "Operasi Bancian Mukim Simunul Semporna" semalam yang dilancar pihak Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom).

Ketua Pengarah Esscom Datuk Mohammad Mentek berkata bancian itu membabitkan 90 pembanci di tiga kampung iaitu Kampung Dap-Dap, Ice Box dan Simunul. Beliau berkata berdasarkan bancian awal, 90 peratus penduduk di kampung berkenaan adalah warga Malaysia.

DATUK MOHAMMAD MENTEK - DIRECTOR GENERAL
Mohammad berkata Esscom turut menugaskan anggotanya termasuk tentera dan polis untuk mengiringi pembanci yang bertugas di perkampungan mukim Simunul. "Kita menugaskan dua pembanci di setiap rumah yang dikunjungi, dan kita pastikan mereka diiringi anggota pasukan keselamatan kita.
"Pembanci kita, yang terdiri daripada pelajar sekolah di daerah Semporna, begitu bersemangat menjalankan tugas yang diamanahkan.

"Untuk hari ini, operasi bancian ditumpu di tiga lagi kampung iaitu Kampung Sri Jaya, Batu dan Kampung Sejati. Jika semuanya berjalan lancar, operasi bancian mukim Simunul akan siap sepenuhnya esok (Khamis), ini seperti yang ditetapkan," katanya sambil menambah notis pemberitahuan bancian dikeluarkan sehari sebelum operasi dilancarkan semalam, sekali gus memudahkan urusan pembancian.

Mohammad berkata operasi bancian mukim Simunul melibatkan sembilan kampung, dan kawasan yang akan dibanci esok ialah Kampung Mesrah, Kampung Sri Aman dan Kampung Selamat. Beliau berkata Kampung Selamat merupakan penempatan pelarian yang diwarta, termasuk mereka yang memegang dokumen IMM13.

Dokumen IMM13 merujuk pas khas Jabatan Imigresen untuk pelarian tulen Filipina akibat perang bagi membolehkan mereka tinggal di Sabah. Mohammad berkata rata-rata penduduk kampung di situ sudah dimaklum atau mengetahui bahawa ia lebih kepada operasi mendapatkan maklumat, dan bukan membabitkan tangkapan yang mungkin menimbulkan rasa ketakutan atau bimbang.

Selain Jabatan Perangkaan Malaysia dan pejabat Daerah Semporna, turut menjayakan program itu ialah anggota pertahanan dan keselamatan Esscom, Jabatan Kesihatan Sabah serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, katanya.

Kampung Simunul Semporna mencatat sejarah hitam sejak pembukaannya pada 9 Mac 1939, apabila enam anggota pasukan keselamatan terkorban dalam insiden serangan hendap pada 2 Mac lepas.

Berikutan insiden pencerobohan di Lahad Datu Februari lepas dan kejadian di Simunul Semporna, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan Esscom pada 7 Mac. 

Bernama, 

July 31, 2013.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan