RASHID KABOD BERITA SABAH

RASHID KABOD BERITA SABAH

MASTER PROF@CIKGU RASHID KABOD
, Master Professional In General Management, Consultancy & Negotiator and Problem Solving(Public Sector, Govt & Private Sector), etc...
Leading to Doctorate Degree : PhD In Professional Communication, PhD In Political Science - Strategy & Implementation, Doctor Of Management, Doctor Of Business Admin, Doctor Of Education
and Doctor Of Laws - International (PR) & Laws(USA).

Qualifications / Skills / Experiences :
Executive Master - MBA (BWI-SCU) London UK, International Professional Fellowship (FIPFM) London UK, Kursus Diploma In Banking (UiTM), Kursus Sarjana Muda Undang - Undang (UM), Dip In Mgmt (DIM-UM),
Dip In Admin (DPA-PIM),
Dip In Edu (DPK-KPM), Cert Of Edu (CED-MPS), Cert Of TESL (JPS), Professional Of English Teaching (MPIK-KL), Professional Of English & Malays Language - College Of International Languages (MPBA-KL), Recognised
Professional In Life Insurance (PCE-LIAM), Recognised Professional In Management (AMIM-MIM), Recognised Professional In Public Relation / Perhubungan Awam (AMPRM-IPRM), Cert Of National Translation Institute (MSIA) / Institut Terjemahan Negara (ITNM), Cert Of Journalist / Wartawan (BERITA SABAH).

PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN PENDUDUK NEGERI SABAH
PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN PENDUDUK DAERAH SEMPORNA
PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN WARIS - WARIS PULAU DENAWAN & KG MENTALITIP SEMPORNA
PRESIDEN / PENAJA :
PERSATUAN BAJAU SEMPORNA SABAH

PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI PANGLIMA NUJUM PULAU SIPADAN
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI IMAM HJ KABOD KG MANTALITIP
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI E-LAH DENAWAN SEMPORNA
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI DAYANG MAS & ANAK ANAK MANTALITIP
PENGERUSI / PENAJA :
KOPERASI DAYANG LOY & ANAK ANAK SEMPORNA

Blogsite :
www.rashidkabodberitasabah.blogspot.com

Facebook :
Rashid Kabod Berita SABAH
Rashid Kabod Berita SEMPORNA
Rashid Kabod Pembangunan Semporna
Rashid Kabod Sekolah Semporna
Rashid Kabod Politik (Semporna, Sabah, Malaysia)

Nature Of Business :
Services : General References, General Businesses, Advertising & Marketing, Import & Export, Professional In Management, Consultation, Negotiation & Brokerage, etc.....

Organiser :
Master Of Ceremony ( MC ), Speech & Debate, Events, Seminar, Courses, Workshop, Concert, Sport, Games, Cultures & Carnivals, etc.....

Freelance :
Society Activist & Independent & Volunteer People Complaints, Arbitrator, Journalist, Blogger, Political Analyst & Observer, NGO, R & D ( Research & Development) and I & PW - Logistic ( Intelligent & PhsycoWar - Logistic ), etc...

Skills :
MC ( Master Of Ceremony ). Emcee & Deejay,
Declamator & Debator. Facilitator, speech , Mediator, Commentator, Interpreter & Editor, Author & Composer and PRO, Chairperson Of Meeting & Forum, and Permanent Chairperson Of Meeting & Convention, Representative Of Officiate Open Ceremony and Election Campaign & Prime Speech, Forum, Debator and Motion Debator Of Convention etc ...

Recognition : The Best Speaker and Debator Of Competition In Sabah ( Since 1985 ), ProActive In Motion Debator, Dialogue & Discussion, Forum and Seminar ( State, Nation, Asean, BIMP-EAGA & International ), etc...


Charges :
Consultation Fee, Management Cost, Brokerage Commission and Receive ( Other Payments ) etc .....


Ahad, 15 September 2013


Penduduk Mukim Simunul Dipindah Secara Berperingkat - Ketua Pengarah ESSCOM

Download & Edited By, Admin ( Rashid Kabod Berita Sabah )


SEMPORNA, 12 Sept (Bernama) -- Sebanyak 1,371 penduduk berstatus warganegara di Mukim Simunul akan dipindahkan secara berperingkat ke dua penempatan baharu yang disediakan kerajaan dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang, kata Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Mohammad Mentek.


Beliau berkata penduduk warganegara yang bakal berpindah ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Bubul Lama akan dipindahkan dalam tempoh setahun akan datang manakala yang bakal berpindah ke kawasan Dewan Undangan Negeri Bugaya pula dalam tempoh dua tahun.

Katanya ESSCOM akan meminta kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Perumahan Negara agar projek PPR Kampung Bubul Lama yang mengandungi 831 unit dapat disiapkan segera manakala projek PPR di Bugaya dapat dimulakan segera.

"Saya nasihatkan penduduk Mukim Simunul supaya tidak risau kerana urusan perpindahan mereka akan diuruskan sepenuhnya oleh ESSCOM dari mula mereka berpindah hinggalah selepas mereka berpindah. Selepas mereka berpindah, kita akan lihat aspek kebajikan termasuk aspek sosio ekonomi mereka.

"Kita tidak akan tinggalkan mereka begitu sahaja. Konsep kita ialah 'ESSCOM Sentiasa Bersama Mereka'," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk sembilan buah kampung Mukim Simunul di Dewan Masyarakat di sini hari ini.

Mohammad berkata ESSCOM akan memastikan tidak ada penduduk warganegara di Mukim Simunul akan terpinggir atau teraniaya sepanjang proses permindahan itu kerana apa yang dilakukan kerajaan ialah demi kebaikan mereka dan generasi akan datang.

Menurutnya penempatan baharu di Kampung Bubul Lama dan Bugaya, kira-kira tiga kilometer dari pekan Semporna, akan dipastikan jauh lebih selesa dan selamat berbanding kediaman mereka di kawasan setinggan sekarang.

Katanya kawasan penempatan baharu mereka kelak akan disediakan dengan pelbagai kemudahan seperti kelas prasekolah, surau, dewan, pondok polis dan sistem kumbahan dan pembuangan sampah lebih teratur bagi memastikan penduduknya dapat hidup selesa.

Mohammad berkata kehidupan penduduk Mukim Simunul di kawasan setinggan hari ini terdedah kepada pelbagai gejala penyakit seperti kolera dan batuk kering kerana tidak mempunyai sistem pembuangan sampah dan kumbahan yang teratur.

Sebagai contoh katanya pada tahun 2012 sahaja, 320 kes penyakit batuk kering, sejenis penyakit berjangkit, dikesan kawasan Mukim Simunul, tidak termasuk penyakit berbahaya lain seperti denggi dan kolera.

Sementara itu, Mohammad berkata ESSCOM akan mewujudkan sebuah Lembaga Pelawat bagi memantau impak perpindahan penduduk Mukim Simunul bagi membolehkan tindakan segera diambil jika terdapat sebarang kekurangan.

Mengenai 815 penduduk berstatus bukan warganegara, Mohammad berkata mereka akan dipindahkan juga tetapi kerajaan tidak akan menyediakan kemudahan kepada mereka dan perbincangan lanjut mengenainya akan diadakan dengan kerajaan negeri serta agensi berkaitan.

-- BERNAMA




Tiada ulasan:

Catat Ulasan